Ribut di Port Dickson 30 Julai 2011 [Gambar]

8:53:00 PM 3 Comments A+ a-



setahu jijah tak pernah berlaku tragedi macamni sekitar Port Dickson selama jijah tinggal sini. Hujan lebat dan ribut kuat melanda semasa Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana Perajurit Muda dan Konstabel Polis di Kem Pusasda.


selepas  sahaja PM Najib merasmikan Majlis Perbarisan. terus ribut,hujan melanda. nasib baik PM kita tak mengalami apa-apa. banyak juga  kemusnahan berlaku ketika itu. jalan jammed. hospital mengisytiharkan bencana sedang berlaku.


kereta yang di letak di tepi jalan musnah di hempap pokok yang tumbang. signboard juga hancur.



ribut di port dickson



bayangkan lepas je korang selesai melihat perbarisan nampak kereta korang jadi begini. sadisnya..

ribut di port dickson


ribut di port dickson

ribut di port dickson

ribut di port dickson

ribut di port dickson

ribut di port dickson


kereta habis di tenggelami air. kesiannya kalau orang yang datang dari jauh. macamner la dorang balik kan bila jadi begini. tapi bencana alam dugaan Allah.



ribut di port dickson




paling teruk sekali berlaku. tak sangka betol sebab tak pernah-pernah berlaku di PD. tapi masa tu orang cakap air laut memang dah bergelora. dah la kami tinggal betol2 berhampiran dengan pantai. kalau TSUNAMI memang habis satu daerah Port Dickson. Nauzubilah.





pokok tumbang



banjir. habis kereta tenggelam. Ya Allah!!



hingga sekarang sekitar daerah Port Dickson mengalami masalah air. sebab di katakan tebing Sungai Linggi Port Dickson pecah! seksanya tak de air ni kan. ape tak boleh. 


Ya Allah berikan kami kekuatan menjelang bulan Ramadhan ni.


baca lagi : 



sumber: gambar sini

Khairul fahmi Che Mat[Apek] Putus Tunang

1:00:00 PM 4 Comments A+ a-


Pagi tadi kecoh apabila Harian Metro memaparkan kisah pasal Khairul Fahmi Che Mat dalam surat khabar Harian Metro.


frontpage



Apa yang terpendam akhirnya terlerai dan Apek,22, telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan beliau dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.


“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.


Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.





Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.


Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.





Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.


Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitumemutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


sumber: harianmetro



p/s: semoga Elia n Khairul Fahmi tabah hadapi dugaan. dugaan masa pertunangan inilah terjadi. andai goyah perhubungan maka terjadilah perpisahan. lagipon masing2 masih muda remaja lagi. Semoga hubungan mereka masih dapat diselamatkan lagi. sama2 kita doakan. 

Cek Nuffnang Pertama Dah Terima!

10:00:00 AM 16 Comments A+ a-









3hari lepas jijah dapat email daripada HSBC mengenai cek yang bakal jijah terima. Alhamdulilah ni cek pertama jijah setelah bergiat aktif dengan nuffnang selama 5 bulan sejak bulan 3 lalu. walau pon tak sehebat jumlah yang korang terima setiap bulan. tapi bagi jijah tetap bersyukur. Alhamdulilah. tenQ nuffnang.




dan Alhamdulilah penantian selama sebulan berakhir jugak apabila cek amaun nuffnang ni selamat jijah terima khamis lalu. jijah cashout pada 24 jun lalu dan kini betapa bahagianya dapat pegang cek ni. syukur! rezeki nak menyambut bulan ramadhan dan rezeki raya jijah nanti.


ini lah hasilnya selama 5bulan aktif dapat BE. jadi sekarang tak nampak lagi bila nak cashout kali kedua sebab BE lepas cashout tak masyuk pon dah jadi ME huhuhu -_- dan sampai sekarang takde BE baru yang muncul. huuuuuu :( yang ada hanyalah  iklan kempen CPC jer..


encik nuffnang jijah nak BE lagi!! satu pon jadik lah. hohoho tapi walau ape-ape pon jijah saaaaayang ketat-ketat kat encik nuffnang sebab sudi bagi jijah BE sebelum ni hingga dapat cek pertama ni! 


terima kasih encik nuffnang!! muaaaahhhh!!

selamat berpuasa ^^


p/s: macamner nak tunaikan dari cek ni. tak reti lah...huuuuuu :( nak kena pergi HSBC dulu untuk tunaikan ke. huhu

Ribut Selepas PM Najib Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana Port Dickson

10:44:00 PM 21 Comments A+ a-





PORT DICKSON, 30 Julai -- Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.


Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.
 








Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.


Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.
 





Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.


sumber Bernama

****************************




pandangan dari keretaku semasa jammed berlaku..

Bebas Tuduhan Khalwat l Abby Tidak Hadiri Majlis Pernikahan

6:00:00 PM 13 Comments A+ a-






Selama 3 tahun kes tuduhan khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza di bicarakan di mahkamah,mereka sudah menarik nafas lega apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur melepas & membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat. Keputusan telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Salehan Yatim yang berpuas hati apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Pada 30 Oktober 2008 sekitar 3 pagi, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan pelakon drama, Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, telah ditangkap berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.



Kedua-dua pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 September ini di Crowne Plaza Mutiara, dimana Memey Suhaiza akan mengenakan set persalinan yang dipinjamkan, iaitu gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta.



Walau bagaimanapon, pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.


Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta.


“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya 

Mengenai keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Jumaat yang melepas dan membebaskan Norman dan Memey atas tuduhan berkhalwat kira-kira tiga tahun lalu, Abby enggan mengulas berhubung perkara itu.

Menurut Abby, dia tiada hak untuk memberi komen mengenai kes tersebut memandangkan bekas suaminya itu tiada kena mengena lagi dengannya.

"Itu adalah keputusan mahkamah. Jika mereka (Norman dan Memey) disabitkan bersalah, maka salahlah mereka dan jika keputusan berpihak pada mereka, maka mereka berada di pihak yang betul.


p/s: tah betol ke tak ek. kalau pon betol khalwat then dibebaskan pula tu antara dia dan Allah. siapa kita nak menghukum kan. tapi kerana memey lah punca keretakan rumahtangga abby! wallahualam :)

sumber: oh bulan.mStar

Perbarisan Tamat Latihan Perdana Perajurit Muda dan Konstabel Polis Siri 1/2011

10:00:00 AM 27 Comments A+ a-


Sticky Post till 30 july

PORT DICKSONPerbarisan Tamat Latihan Perdana Perajurit Muda dan Konstabel Siri 1/2011 bakal mencipta sejarah tersendiri. Seramai 984 orang konstabel polis yang menjalani latihan asas bersama tentera selama enam bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) akan mengadakan perbarisan tamat latihan pada Sabtu ini bersama 2,107 perajurit muda.

gambar hiasan- tentera laut,tentera udara,tentera darat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencetuskan idea latihan bersama polis dan tentera itu, dijangka menyaksikan perbarisan tamat latihan perdana Angkatan Tentera Malaysia-Polis Diraja Malaysia siri 1/2011 itu.

Program latihan bersama antara ATM dan PDRM di satu tempat adalah yang julung kali diadakan dan dijangka dapat menjimatkan kos kerajaan sebanyak RM639 juta untuk tempoh lima tahun.

Sejak Januari tahun ni, 984 orang pelatih PDRM menjadi kumpulan pertama menjalani latihan selama enam bulan di Pusasda.

Tiga stesen televisyen antarabangsa akan membuat liputan perbarisan itu nanti dan dijangka seramai 20 ribu orang ramai bakal menyaksikan detik bersejarah menerima tabik hormat perbarisan daripada Perdana Menteri.



LATIHAN TERAKHIR ... Jurulatih Kawad Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar Khalil Mohammad dan (dua, kiri) memeriksa perbarisan kehormat Konstabel Polis sambil diperhatikan oleh Jurulatih Kawad Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rejimen Sarjan Mejar, Saaid Abd Rahman (kiri) ketika latihan Perbarisan Tamat Latihan Perdana bersama ATM di Port Dickson. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan majlis yang penuh bersejarah ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Sabtu ini


Ayat 1000 Dinar Di Murahkan Rezeki

12:00:00 PM 6 Comments A+ a-



Sesiapa yang mewiridkan ayat 1000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat.


Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.


Ayat ini dipetik dari Surah At-Tholaq [65:3] yang bermaksud:

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Ayat ini daripada Rijalu'Ighaib, diberikan kepada seorang lelaki di tengah lautan dengan hadiah 1000 dinar.


Siapa yang mewiridkan membacanya setiap kali sesudah menunaikan Solat Fardhu 5 waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia bakal mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat.


Barangsiapa membaca ayat ini sesudah menunaikan Solat Fardhu dengan bilangan ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 dan seterusnya, nescaya akan ditolak kesulitan yang dihadapinya.


Malah Allah s.w.t akan melapangkan urusannya dan pengamalnya berasa tenang. Pergaulan seharian serta pekerjaan juga menjadi mudah.



Isteri Jimmy Shanley,Suhaila Lantik Peguam Minta Cerai,Hak Penjagaan Anak

5:11:00 PM 11 Comments A+ a-



Majlis cukur jambul Zahrah Shanley, anak kepada Jimmy Shanley, 32 & Nursuhaila Eliani, 25 berlangsung dalam suasana penuh keberkatan di rumah keluarga sebelah Nursuhaila di Sungai Buluh, malam tadi. Seramai 100 jemputan hadir termasuk pihak media membanjiri perkarangan rumah agam Datuk Suhaimy & Datin Muniroh bermula pukul 8 malam.

Majlis Cukur Jambul Anak Jimmy Shanley Suhaila

Majlis dimulakan dengan solat secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan yassin oleh penduduk sekitar yang hadir bersama. Selepas solat Isyak, kumpulan marhaban memulakan upacara dengan melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran yang diketuai oleh Puan Rohana.

Majlis Cukur Jambul Anak Jimmy Shanley Suhaila

Upacara cukur jambul Zahray Shanley dilakukan oleh bapa kepada Nursuhaila, Datuk Suhaimy sambil disaksikan oleh ibunya, Datin Muniroh. Majlis cukur jambul ini turut meraikan kelahiran bayi abang & kakak ipar Suhaila.
Walau bagaimanapun, kelibat Jimmy Shanley tidak kelihatan sehingga berakhirnya majlis pada pukul 11 malam tadi.

Majlis Cukur Jambul Anak Jimmy Shanley Suhaila


Berikut ialah kenyataan dari Suhaila semasa majlis cukur jambul anaknya semalam:-

Buat masa sekarang anak dengan saya. Dan saya juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan hak penjagaan anak dan saya mahu membuat tuntutan cerai dengannya. Saya nekad untuk bercerai kerana beranggapan kami sudah tidak bersefahaman. Saya tidak takut kalau ada perkara-perkara yang dia bongkar. Saya tidak kisah apa yang dia akan lakukan dan apa yang akan berlaku sekali pun. Saya memang tidak ada kawan luar, kawan-kawan yang saya ada pun semuanya kawan semasa di sekolah dahulu. Dia memang tidak benarkan saya keluar rumah, malah semua kena ikut cakap dia. Padanya, dia lebih sukakan suasana ‘privacy’ yang tidak perlu bercampur dengan orang ramai. Tidak bagi saya yang lebih sukakan suasana ramai, seperti malam ini. Dia mahu saya ikut cara dia, tetapi kenapa dia tidak mahu terima cara saya dengan keluarga yang sememangnya riuh


Dalam pada itu, bapa mentua Jimmy, Datuk Suhaimy yang dikatakan terkilan dengan sikap Jimmy Shanley berhubung pengumuman pembatalan majlis cukur jambul yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan, 24 Julai lalu



Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Nama saya tercemar sehinggakan saya jadi malu dengan kawan-kawan yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis cukur jambul cucu saya jadi atau tidak. Bila ramai yang bertanya, saya jadi terkejut kerana majlis yang dirancang akan dilaksanakan dan dia sendiri tahu majlis ini akan dibuat pada 27 Julai. Bila itu terjadi, saya jadi sangat marah dengan tindakannya. Pada saya, jadi atau tidak majlis tersebut tidak perlu keluarkan kenyataan. Bukannya kita jemput satu stadium. Apa motif dia untuk keluarkan kenyataan sedemikian. Ini adalah majlis saya.


Ibu mertua Jimmy, Datin Muniroh juga turut kecewa dengan Jimmy Shanley:-

Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia ‘free’. Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepdanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya.


Dan nampaknya Datin Muniroh kini menyokong penuh anaknya Suhaila selepas pendedahan mengenai kisah sebenar yang terjadi:-

Memang sebelum ini saya sebelahi dia, tetapi bila saya dapat tahu yang dia bertindak sedemikian, saya rasa sangat kecewa. Sebelum ini, saya hanya diamkan sahaja kerana ingat anak saya yang bersalah sehingga sanggup memarahi anak sendiri kerana percayakan dia. Sehinggalah sidang media yang dilakukan anak saya, baharulah saya mengetahui hal sebenar. Anak saya memang tidak pernah ceritakan kepada kami apa yang berlaku. Cukup banyak yang saya lakukan untuknya, tapi dia balas seperti itu pula

p/s: tak tahu nak cakap ape. orang dah tak sudi kan..lepaskan aje.
walau ape2 pon doakan terbaik buat pasangan ini.

Kursus Induksi Modul Umum dan Modul Khusus

8:00:00 PM 19 Comments A+ a-


Assalamualaikum...


Semua anggota perkhidmatan awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan yang baru dilantik perlu mengikuti kursus induksi sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan awam.

Kursus ini merupakan kursus wajib kepada kakitangan awam bagi memenuhi syarat pengesahan jawatan.

Terbahagi kepada 2 iaitu Modul Umum dan Modul Khusus

Objektif Kursus Induksi

  1. Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota perkhidmatan awam mengenai dasar-dasar utama kerajaan dan perancangan program pembangunan negara
  2. Memberi penjelasan mengenai sistem pentadbiran,prosedur-prosedur utama,arahan-arahan dan pekeliling pekeliling serta panduan panduan kerajaan
  3. Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan keperluan asas bagi perkhidmatan agensi kerajaan
  4. Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam perkhidmatan awam