Nak Lagi Classified Chicken Domino!!

12:30:00 PM 40 Comments A+ a-


Hari tu makan Domino Pizza! Ya Allah sedapnya....
even nipis je kesedapannya memang terasa.




makan sorang Classified Chicken!
ala baru RM15 je offer...
tapi tak kenyanggggggg!! nak lagii...............huhuhu



Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah

9:00:00 PM 20 Comments A+ a-





Alhamdulilah... Tahniah! Pelakon yang manis bertudung Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman.




Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya tadi kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.

Irma Hasmie menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.




Pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.

Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.







Tazkirah Jumaat Part 21

12:30:00 PM 9 Comments A+ a-




Walau SEKUAT manapun SAYANG kita kepada seseorang, simpanlah sedikit rasa KERAGUAN di dalam hati supaya bila suatu ketika nanti kita DIUJI, kita tidak akan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula......♥

Lirik Lagu Akur Janji Edie feat Wanie

3:00:00 PM 36 Comments A+ a-


Mungkin ada yang belum pernah dengar lagu ni kan.. Macam biasa lagu ni jijah dengar dekat radio Suria.fm. Cuba hayati lirik dan lagu ni.. memang best dan menusuk kalbu. 

Buat pengetahuan korang.. lagu ni merupakan lagu tema sebuah majlis perkahwinan di belah timur. maka dengan itu lagu ni sesuai la sangat bagi pasangan yang bakal berkahwin mahupun sudah berkahwin.

Jijah tahu lagu ni memang kena dengan rata-rata pasangan bercinta. bila kita bercinta kita juga berjanji akan setia, saling saling menyayangi, hidup mati bersamanya, kau lah kekasih awal dan akhir, jiwa raga ku serah padamu.. begitu dengan perasaan jijah masa bercinta dulu. dan alangkah manisnya bila percintaan kita itu terikat dengan sebuah ikatan yang sah. manis kan :)

Dan bila terikatnya dengan ikatan yang sah kita percaya itulah jodoh yang Allah berikan kepada kita. Dan InsyaAllah moga Allah merestui hubungan yang telah terbina hingga kekal abadi... 




jijah suka lagu ni!


Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasakan
Bahagia begini
Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu
Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu
Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan
Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui



Jijah doakan kebahagiaan kawan-kawan jijah sehingga terciptanya sebuah ikatan yang sah! Amin...


Wordless Wednesday [25]- Takut Kena Sumpah

10:00:00 AM 24 Comments A+ a-





Rahsia Di Sebalik Teguran

3:30:00 PM 22 Comments A+ a-


Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, korang adalah orang paling rugi, kerana korang berpeluang membina diri korang tetapi awal-awal lagi korang sudah merobohkannya. betul tak?? jadi kalau orang lain menegur korang tu, cubalah berpikiran positif kerana disebalik teguran ada nasihat yang berguna.


Kata Hukama, 
"Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".




Minuman Untuk Berdiet

8:00:00 AM 21 Comments A+ a-



Anda ingin berdiet??
Nah jijah kongsikan minuman yang sesuai untuk berdiet!


Coklat Panas Rendah Lemak

Campuran koko di dalam secawan coklat panas boleh memberikan kesan kenyang pada korang dan sesuai di minum ketika bersarapan.

Halia dan Oren

Halia berkesan untuk membuang angin dalam badan. Oren pula membekalkan sumber vitamin C terbaik yang boleh membantu penghadaman semasa berdiet.

Teh Herba

Satu cawan teh herba boleh membantu meredakan ketegangan dan tekanan yang dialami sepanjang hari. Ia sesuai dinikmati pada waktu petang. Teh herba juga boleh membantu korang dari mengambil makanan yang banyak akibat tekanan.

so yang berdiet tu sila lah amalkan :)


Yey! Menang Giveaway Clinelle Dari Ardinihumaira.com

8:04:00 PM 31 Comments A+ a-


Hanya tulis "saya nak sample cinelle ni" dalam kotak komen beliau sini





dapat sample clinelle intense skin moisturizer 5ml!!
tak sangka jijah yang asalnya suka-suka join giveaway dari kak ardinihumaira ni.
terus lekat nama jijah bila lucky draw dalam entry sini..
rezeki weyh.. Alhamdulilah :)





lebih menarik lagi kak dini bagi brooch dan deep cleansing nose sekali.
buat pengetahuan korang, kak dini ni memang peramah dan pemurah..
dah banyak hadiah kak dini bagi jijah.. happy sangat tau!


terima kasih banyak-banyak kak dini.. hadiah dah sampai tau!
jijah doakan akak bertambah rezeki lagi dan di permudahkan bersalin nanti.
Amin..Amin..


kak dini preggy 7month tau! beza satu hari wedding dengan jijah je..
jeles sungguh! jijah je takdo rezeki lagi..hahahaa :P


Istimewanya Wanita Part 20

9:00:00 AM 8 Comments A+ a-






Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

BEN ASHAARI DAN SAYA

8:52:00 PM 31 Comments A+ a-


BEN ASHAARI

klik banner untuk join


Bagi daku, daku suka baca blog yang bila dia komen entry daku, 
daku komen entry dia.. 
kan timbul give n take baru la di namakan blogger setia..
sekian...

Semoga Selamat Pulang Kembali Suami ku

1:00:00 PM 57 Comments A+ a-


Sejak suami draft Sabah..perasaan tersangat sukar untuk diluahkan..rasa rindu menyelubungi diri. 
kalau dulu single boleh la.. tapi bila dah kahwin pantang teringat je pasti air mata berjujuran jatuh..
kalian paham kan..emm :/


tapi daku perlu sentiasa bersikap positif! haruslah memahami!

Kerana!! tugasnya memerlukan dia bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa saja! 
dan sebagai isteri daku mestilah cuba memahami kerjayanya walaupun diri daku sentiasa ditinggalkan untuk jangka masa yang panjang....sob sob :(

inilah dia penangan berkasihan dengan abang LANUN ni! kuikuikui

bila berjauhan ni daku perasan suami menjadi seorang suami yang penyayang walaupun berjauhan kerana  dia sentiasa mengingati daku setiap detik dia di sana..

jadi...kepada kamu yang daku cintai,

SEMOGA SELAMAT PULANG KEMBALI KE SEMENANJUNG!



Abang, cepat lah pulang ke semenanjung! rindu sangat sangat :(



raya nanti baru suami balik cuti...lima tahun dia duduk Sabah...tssskkk :(



Wordless Wednesday [24] - Troll Cashier MCD

12:00:00 PM 18 Comments A+ a-





troll cashier MCD jom!

Semangat!

4:00:00 PM 24 Comments A+ a-


Hai..si cantik dan si kacak.. tiga hari bercuti kan. Jadi bagaimana nak jadikan korang lebih bersemangat hari  ni selepas bercuti? Amalkan tips-tips ini...

1. Semasa anda bangun dari tidur setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati anda dengan Istighfar.
2. Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja anda. Jangan bercakap dan jangan berfikir mengenai apa jua keburukan di tempat kerja anda.
3. Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.
4. Jika anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran anda akan menarik keburukan lain datang dan muncul dalam hidup anda. Lama kelamaan anda hilang semangat untuk pergi kerja. Niatkan kerja anda satu cara untuk anda berbakti. Lebihkan menolong orang, ringankan beban orang sedaya upaya anda.
5. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah s.w.t.
6. Moga dari situ, rezeki anda murah jadinya, hingga anda beroleh rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.




InsyaAllah :)


Sedapnya Bubur Durian ..Nyum nyum

9:00:00 AM 34 Comments A+ a-


Ayah bawa balik durian. dia buka jijah terus ngap!
ada la dalam 5 ulas sempat rembat
takut nak makan banyak. nanti pitam pulak. muahaha :p


tapi bukan sampai situ je
mak masak bubur durian. makan dengan pulut peh marveles!
sedap tak terperi ok. 




makan bubur durian+pulut sikit je pun dah kenyang.

Alhamdulilah :)



Nota Untuk Ayah Selamat Hari Bapa

4:00:00 PM 17 Comments A+ a-






Nota Untuk Ayah
~Hadiah terbaik seorang ayah kepada anak-anaknya ialah mencintai ibu mereka. Cintailah isteri nescaya anak-anak mencintai kita. Jangan sesekali memisahkan kasih antara anak dan ibu,nanti putus pula kasih antara anak dan bapa~
♥ Selamat Hari Bapa Semua! ♥

Irma Hasmie Nikah 29 Jun Ini

8:30:00 AM 16 Comments A+ a-


Tahniah buat Irma Hasmie yang cantik!





Irma Hasmie bakal menjadi isteri Redza pada 29.6.12 ini bertempat di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3petang dan Majlis Resepsi berlangsung di MAEPS Serdang pada hari yang sama jam 8.00malam.

kad pun sudah mula di edarkan.. Pada hari pernikahan nanti, Irma akan mengenakan busana daripada pereka fesyen Hatta Dolmat dan majlis persandingan pula dia akan menyarungkan ilham rekaan Ezuwan Ismail.



Tak sabar nak tengok Irma yang gorjes ni.

Semoga majlis nanti berjalan dengan lancar dan rumahtangga mereka bahagia hingga akhir hayat :)





Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi- Cinta Setengah Mati

5:00:00 PM 26 Comments A+ a-


suria.fm suka putarkan lagu baru baru kan..
first time dengar lagu ni kat Suria.fm memang jijah dah jatuh cinta dengan liriknya.
best sungguh!
begitu la jijah harapkan cinta setengah mati buat suami tercinta. 
takut sangat akan kehilangan si dia..
apa-apa pun jijah sanggup lakukan demi suami tercinta. InsyaAllah -_-"
moga Allah meredhai :)




setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu (demi kamu)

setiap hari ku harapkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku berikan
demi kamu demi kamu

reff:
sya la la la lai la la la la lai
seribu kali ku mati ku rela tuk dirimu
sya la la la lai la la la la lai
sekali pun ku takut kan kehilanganmu

setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu demi kamu

repeat reff [4x]

setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu (demi kamu)


Cinta Setengah Mati- Indah Dewi Pertiwi


Istimewanya Wanita Part 19

3:00:00 PM 11 Comments A+ a-







SECARA lumrahnya, TUBUH MANUSIA cuma mampu MENAHAN SAKIT sehingga 45 (unit) kesakitan. 
Walaubagaimana pun, ketika bersalin, seseorang wanita itu menghadapi kesakitan pada tahap 57 (unit) kesakitan...
Ini bersamaan dengan kesakitan seperti patah 20 tulang pada masa yang sama.
Oleh itu, HARGAILAH JASA & PENGORBANAN IBU serta ISTERI ANDA..

Awan Pelik Di Kota Kinabalu

3:30:00 PM 21 Comments A+ a-





SubhanAllah! Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah

Ada beberapa gambar awan aneh tersebut, semoga kita dijauhkan dari segala musibah. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.





Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.



Apa yang merisaukan jijah adalah suami jijah ketika itu sedang belayar di Pantai Barat Sabah. Semoga dirinya dan krew kapal selamat dari di landa musibah. Semoga dirinya di bawah lindungan Allah SWT. Amin..





Cik Azizah's Blog Dah 1000 Like

3:00:00 PM 27 Comments A+ a-



Alhamdulilah.. tadi saja belek fan page Cik Azizah's blog sebab nak update latest entry. 
tak sangka Cik Azizah's Blog sudah menjangkau 1000 likes!




mungkin juga naik like cepat di sebabkan 
Awesome Giveaway yang di anjurkan oleh blogger shida
tq yang menjayakan giveaway ni..
pakat ramai ramai join ok!


terima kasih korang yang sudi like fan page ni.. muaahhh ketat-ketat :)
happy blogging korang ^___^


Wordless Wednesday [23]- iPaid!

8:30:00 AM 18 Comments A+ a-






:p


Kos Kahwin? Kenapa Pengantin Risau Untuk Berkahwin?

4:30:00 PM 49 Comments A+ a-


Khas untuk orang bujang dan yang merancang untuk kahwin. Sedikit checklist bajet perkahwinan jijah tempoh hari.. 

Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara semudah tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.ngeee~~ (Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)



Kos 1 - Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda...!" hahaha

Kos Negeri Sembilan RM 200


Kos 2 - Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman daku daripada kawan-kawan, keluarga...bila ditanya isu ini, paling sikit keluarga minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.


Kos 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan,gelang kahwin

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi memang nasib lah.

Sediakanlah sekitar RM 1,000-RM 3,000.


Kos 4 - Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh kan. Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop. muahaha :p

Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard. Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran tau.


Kos 5 - Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Mungkin boleh di pakai balik masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri. Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.

RM 500 - RM 1000.


*Kos 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin

Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi...hakhakhak :p

RM 500 - RM 1,500.

*Kos 7 - Mekap

Selalunya di pakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 200 - RM 500.

*Kos 8 - Set Pelamin

Selalunya di pakejkan juga bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 1000 - RM 2000.


Kos 9- Set Kahwin Lengkap

Kalau set kahwin lengkap yang biasa di tawarkan oleh butik pengantin. Kita kira yang ni la yer. Kos no 6+7+8 makanya:

RM1500 - RM3000


Kos 10 - Jurugambar

Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan? Yang mahalnya sebab ada custom album,photobook la dan macam-macam lagi.

RM 1000 - RM 3000


Kos 11 - Duit untuk jurunikah dan saksi

Perkahwinan di Negeri Sembilan ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing ye.

Kos sekitar RM 150.


Kos 12 - Kad Jemputan

Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah korang buat sendiri la kalau kreatif. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga. Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.

Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang?

RM 500 - RM 1,000


Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin lelaki sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

Lebih kurang RM 16,000

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk korang.


Kos 13 - Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran. Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.

RM 2,500 - RM 10,000


Kos 14 - Duit makan kenduri

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran. Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.

Kalau di kawasan Port Dickson dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.

RM 10,000 - RM 20,000


Kos 15 - Bilik pengantin

Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ. Yang kena beli semua, ingat murah ka?

RM 1,500 - RM 3,000.


Kos 16 - Doorgift

Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah. Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.

RM 1000 - RM 3000.


Kos 17 - Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ? Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

Anda minta saudara kalian meriahkan majlis kalian, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda. Ia berbeza mengikut lokasi.

Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.


Kos 18 - Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal. Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal. Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.

Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin

RM 16000 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)

Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 34,500!!




Haaa!!


Umak Aih!

Psst. Tutup mulut tu abang long, kak long...

Amacam?

Berani beli kereta baru ?

Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?

Berani tak mahu buat business part time ?

Berani tak mahu belajar investment ?

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos lebih kurang

RM 15,000


Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.


P/S: Informasi ni sangat berguna...berjimat cermat la supaya dapat membuat persedian awal kepada yang merancang untuk berkahwin....tak nak hidup penuh hutang piutang yer korang....


Terima kasih sudi buat kira-kira dengan jijah :D

Sudah Enam Bulan atau Baru Enam Bulan?

8:00:00 PM 45 Comments A+ a-


Daisypath Anniversary tickers


Alhamdulilah.. sudah masuk setengah tahun usia perkahwinan kami.. perkataan sudah enam bulan atau baru enam bulan datang silih berganti.. Terima kasih yang mendoakan kesejahteraan rumahtangga kami walaupon kami suami isteri yang berjauhan -_-"




banyak benda daku perlu belajar lagi dalam alam rumahtangga. sebagai manusia biasa kadang-kadang kita lupa dan buat sesuatu yang tak di ingini. yelah dulu kita solo lagi. nak jaga hati cuma satu je. kali ni berdua, banyak hati kena jaga.. siapa kata tiada gaduh dalam rumahtangga. itu lumrah kehidupan. ada pasang ada surutnya. nasib la suami menegur dengan cara baik :)


selepas berkahwin peribadi daku melambangkan suami, dosa daku di tanggung oleh suami. maka apa yang daku buat demi menjaga nama baik dan maruah suami daku. Alhamdulilah daku dah membiasakan diri apabila pergi ke mana-mana harus mendapatkan izinnya terlebih dahulu. semuanya demi dia :)


masih banyak lagi ilmu rumahtangga daku perlu belajar dan belajar lagi dalam rumahtangga. semoga Allah meredhai setiap perbuatan yang kita lakukan. semoga rumahtangga ni kekal hingga ke jannah :)


sekarang ni daku dambakan anak buat penyeri rumahtangga kami. doakan yer :)
dah sebulan hubby draft Sabah..menghitung hari bila la suami ni nak pulang yer. huhuhu


Arrianshah Akid Anak Tomok dan Ayu

3:00:00 PM 15 Comments A+ a-


Ayu isteri kepada Tomok selamat melahirkan bayi lelaki yang bernama Arrianshah Akid pada hari Selasa 29 Mei 2012 sekitar 6 petang dengan seberat 3.33kg. wah besar juga tu!


Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan

Best sangat nama anak Tomok dan Ayu ni :)


Anak Tomok


Bayi Lelaki Tomok

Anak Tomok


adoi tengok pipi dia.. tembamnya.. even jijah selalu tengok baby kat wad tapi tak pernah puas tengok muka comel baby!

tahniah buat Tomok dan Ayu.. semoga Arrianshah Akid menjadi anak yang berjasa buat kedua ibu bapanya InsyaAllah :)



telur penyu haram? betul ke wei? cuba baca sini

"Waris" Judul Baru Kekasihku Seru Akan Datang

1:00:00 PM 29 Comments A+ a-




Drama Seram 'Kekasihku Seru' ni merupakan drama favourite[klik untuk baca] jijah ketika itu. 

siap download lagi setiap jalan ceritanya di youtube! 
sehingga kini rasanya belum ada satu pun drama seram melayu yang berjaya mengatasi keseraman Kekasihku Seru. rasa jijah la kot. hehehe

kali ni drama ni yang berjudul 'Waris' bakal di tayangkan di tv mulai 14 jun setiap hari khamis 10 malam. tak sabar jijah nak tengok ni. tak pernah miss tengok dulu. :p


Drama baru ni kesinambungan dari kehidupan Rashad(Fizz Fairuz) dan Marisa(Emelda) selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.

Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.


Tengok sinopsisnya pun sudah menarik! apa kata jangan ketinggalan untuk menonton Waris bermula 14 Jun, setiap hari Khamis jam 10.00 Malam di TV3.


jangan lupa klik sumber 


Istimewanya Wanita Part 18

3:30:00 PM 12 Comments A+ a-






Thabit Al Bahani berkata:  
"Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah mata sangat baik khidmatnya kepada suami. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suami, di pegangnya pelita sehingga kehabisan sumbu, maka di ambilnya rambutnya di jadikan sumbu pelita. Pada keesokkanya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya..~~




Betapa Besarnya NIlai Sebuah DOA

8:30:00 AM 15 Comments A+ a-





Dalam tidak sedar..

Setiap hari kita memohon di dalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah

seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa’nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa’Aafinii (sihatkan aku)


Wa’fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..

Sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..


selamat beramal :)


Tips Untuk Mengubati Kerinduan

3:00:00 PM 46 Comments A+ a-


Dah 3 minggu lebih suami berkhidmat di bumi Sabah. kali ni nak share Tips Untuk Mengubati Kerinduan versi jijah bagi sesiapa yang long distance relationship macam jijah. muahaha :p


1. Hubungi orang yang dirindui - Tidak dinafikan mendengar suara orang kita rindu sudah cukup menggembirakan kita. Secara tidak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap kerinduan kita.
2. Melihat foto atau video - Kalau rindu, tataplah gambarnya. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat foto atau video orang yang kita rindui.
3. Kunjungi tempat yang pernah dilawati bersama - Pergilah ke tempat yang biasa kita kunjungi ketika bersama dahulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan. Gambarkan dia ada bersama kita.
4. Memeluk pakaiannya - Bau pakaian yang telah dipakai boleh mengubat kerinduan. Anda juga boleh bawa pakaiannya yang belum dicuci untuk dicium dan dibawa ke tempat tidur.



 seksa kan penangan berjauhan ni.. tapi tak pe Allah memberikan ujian, agar kita sedar hanya Dia sebagai sandaran . Dan yakinlah, Dalam ujian ada satu kenikmatan, iaitu rasa dekat dengan Tuhan...
~Alhamdulillah~


bini askar mestilah berjiwa kental! oyeahh~


Tq Nuffnang! Akhirnya Semua BE Dah Jadi Metered

3:30:00 PM 20 Comments A+ a-




Dah sebulan Digi Broadband Internet bertahan dalam blog ni.
patut lah sejak jijah balik dari Terengganu lalu earning dia tak naik naik rupanya nak metered.




maka dengan itu kesemua tiga BE tahun 2012 ni dah metered.
dan tinggalkan iklan kempen je yang bertapak dalam blog jijah ni. hohoho

Alhamdulilah syukur dengan earning yang terkumpul.
moga ada rezeki lagi lepas ni memandangkan tak lama lagi nak puasa dan berhari raya :)

tq encik nuffnang atas kesudian memberi BE. 
len kali bagi lagi la yer.. xoxo :p





Wordless Wednesday [22]- True Story Man

8:30:00 AM 21 Comments A+ a-



true story man


Jemput Semua Join Awesome GA Dunia Sebenar Shida

3:30:00 PM 15 Comments A+ a-




korang yang berada di zon Cik Azizah's Blog jemput join 
Awesome Giveaway Dunia Sebenar Shida.
klik banner tu terus ke blog GA.


apa yang penting syarat2 korang kena penuhi dulu kemudian korang submit link entry giveaway tu di dalam kotak yang shida sediakan di sini


gudluck semua. hadiah superb besh!! ada keronsang,shawl,topup,kain pasang boleh buat raya, dan macam macam lagi.. rugi korang tak join...
sponsor bukan main hebat! macam abg eqbal zack,lyssa secret dan lain lain lagi..


cepat join. pemenang di pilih secara random tapi yang pasti mesti salah satu hadiah korang akan dapat! yeahhh!


haaihhh rugi tak dapat nak join. hahahaha


jemput join di SANA. :)

Kain PolkaDot

8:30:00 AM 32 Comments A+ a-




kain ni sepupu suami jijah bagi masa baru baru kahwin dulu.
rezeki pengantin baru masa tu. hehe
first time dapat kain polkadot memang excited giler :)
pink+purple gitu. memang favourite. i tell u~~

memandangkan tak lama lagi nak menyambut ramadhan dan raya puasa
jijah nak hantar tailor dah.
kain polkadot ni jijah cadang nak buat baju pesak gantung.
pheww mesti cantik kan kan.. ngeee~~
dah siap jadi baju nanti boleh pakai untuk raya... phewww seronok!
kita tunggu hasilnya nanti..


tahun ni first time raya berdua sebagai suami isteri. tahun depan raya bertiga pula.. eh eh :p
tak sabar nak buat persiapan raya sebagai isteri. ngehngehngeh..
tapi.. adakah suami jijah akan balik raya?
atau adakah jijah akan dapat cuti raya?
oooo stress rasa! huhuhuhu :(


dua tahun tak menjahit! jijah dah lupa asas jahit baju kurung. ruginyaaaa :(

Replika Monument di Taman Tamadun Islam

2:00:00 PM 34 Comments A+ a-


weekand lalu daku dan family ke Taman Tamdun Islam yang terletak di Pulau Wan Man Terengganu.
Taman monument TTI ni menawarkan kepada pelawatnya dengan pengalaman yang unik dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama yang global.

Tiket dengan harga RM15 seorang. Setiap orang akan di berikan pasport masuk.

Di mulakan dengan Masjid Negara di Malaysia.

Masjid Negara ini di bina sebagai tanda penghormatan terhadap PM Malaysia Pertama.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam


Masjid ini di namakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28. 
Struktur kubah emas masjid ni merupakan binaan tertinggi di Brunei.

yang ni mesti korang kenal. Taj Mahal Agra India


Maharaja Mughal kelima Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. 
Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya Mumtaz Mahal.


Kubbah As Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin


Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.

Masjidil Haram Mekah Saudi Arabia

Masjid ni menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam iaitu Kaabah bermaksud 
"tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij".







bila tengok Masjidil Haram ni teringin sangat nak pergi. moga berpeluang pergi satu hari nanti. InsyaAllah

Masjid Nabawi Madinah, Saudi Arabia

Bandar Rasul Allah ni merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini di bina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda di semadikan.

Ada 23 buah monument Islam di Taman Tamadun Islam ni tapi tak semua jijah ambil gambar yer. huhuhu tapi cukup lah jijah sebagai jejak rasul buat korang. muahaha :)

akhir sekali tak sah kalau tak singgah Masjid Kristal!

Masjid Kristal mercu terunggul di Kuala Terengganu. 



Masjid Kristal di perbuat dari kristal,kaca dan besi memang betul betul memukau pandangan mata yang memandang! 


habis dah jalan jalan Ganu kita.. 
sangat menarik dan pengalaman yang luar biasa bila pergi sini. korang rasai lah sendiri. 

eh.. korang dah pergi ke Taman Tamadun Islam ni? cer citer sikit. muahaha :p