Hakimi Sudah 20 Hari..

8:04:00 PM 14 Comments A+ a-


Sekejapnya masa... hakimi sudah pun 20 hari ahad lalu :) Malam siang..malam siang...nanti nak masuk sebulan.. dua bulan.. tiga bulan dan seterusnyaa.... kejapnya anak mama membesar~~


Buah hati jijah sekarang adalah hakimi... 
sumpah! dialah nyawa jijah.. dialah penawar.. dialah penyejuk mata.. dia adalah segala-galanya! Alhamdulillah Allah kurniakan buah hati ni pada jijah...
Terima kasih Ya Allah!

Perkembangan hakimi terbaru... 

1. hakimi suka tidur sepanjang siang.. tapi bila malam dia susah nak tidur.. apa tak nya mata nya buntang ajak mama,nenek dan tok ayah dia main.. grr!! kadang-kadang subuh baru la lelap.. 
2. hakimi suka mandi.. bila angkat dari air terus menangis.. hahaha tak puas main air rupanya...
3. hakimi tak suka bedung.. kalau di bedung bila dia mengeliat habis tangan kaki terkeluar dari bedung..
4. hakimi suka gelak sorang-sorang... comel sangat! bila nak snap gambar..senyap!
5. hakimi berat dah pun 4kg hari ini.. fuh semangatnya anak mama.. patutlah lenguh nak dukung kimi.. hehehe :)


Semoga anak mama membesar dengan sihat ye sayang~~
mama papa sayang kimi sangat-sangat!






Ladybug Untuk Hakimi

8:30:00 AM 18 Comments A+ a-


Comelnyaa ladybug ni...merahh kaoo~~
ini hadiah dari kawan facebook..kawan blog dan kawan tempat kerja di Hospital Likas iaitu Nisa Basid :)


sebenarnya ladybug ni 3 in 1.. 
boleh di jadikan toy, bantal dan selimut..
dalam perut ladybug ni ada selimut.. selimutnya pon besar tau!
kalau nak pakai keluarkan dan sumbat dalam perut ladybug tu balik kalau tak guna...best kan..

murah rezeki hakimi ni... banyak dapat hadiah...hehe Alhamdulillah..
btw mekasihh auntie nisaa.. 
kimi hug auntie nisa ketat-ketat.. xoxo ^______^

nak beli baju tidur menarik leh join group nisa ni



Nuffnang CPUV Olay JAS Bundle,University of London dan KL Sogo

8:00:00 AM 17 Comments A+ a-


Time dah hujung-hujung bulan la CPUV menjelma..
aiyaa bila nak cashout ni..





Alhamdulillah rezeki nuffnang lagi..
CPUV Olay JAS Bundle, University of London dan KL Sogo on going~~
semuanya rezeki buat anakanda hakimi... lepas ni duit nuffnang beli keperluan hakimi saja.. 
mama dah tak nak usik dah... ngee~~

moga murah la rezeki hakimi dengan pendapatan sampingan mama berblog... 
InsyaAllah :)




Hadiah Dari Blogger Yui Untuk Hakimi :)

1:00:00 PM 16 Comments A+ a-


Semalam jijah terima parcel dari pos laju.. setahu jijah.. jijah takde pun order barang... pelikk~ 
sekali tengok parcel dari blogger yui..
wahhh rupanya yui ni nak buat surprise yer...langsung tak bagitahu kan.. 

hadiah untuk hakimi dari aunty yui..
2 helai baju, mitten n booties serta topi dan kad!



hakimi besar sikit leh pakai baju dari aunty yui bersama seluar jeanss..
pehh mesti hakimi hensem punya.. hikhik :p

Photo: Tq aunty Nurul Yui mitten n booties ni.. 
hakimi dah mandi,susu n tidoo..pasni mama bedung...From Cymera

tq aunty yui.. peluk cium dari hakimi ^__^


Hakimi Sudah Dua Minggu

2:27:00 PM 22 Comments A+ a-


Alhamdulillah semakin sihat dan membesar anakanda mama ni..
Alhamdulillah juga hakimi takde jaundis/kuning...
tali pusat tanggal pada hari ke-8 usia hakimi :)



day 1
lahir 3.59kg


day 5


day 8


day 10
berat hakimi 3.7kg.. semangat anak mama! pheww~~


papa dan hakimi superman! 
papa balik sabah... ni la gambar terakhir hakimi bersama papanya sebelum papa balik ke Sabah..
mama sedih... :(
nanti hakimi jumpa papa balik bulan 11.. masa tu hakimi dah dua bulan lebih... huuuu~~
sian kimi dari dalam kandungan dah selalu kena tinggal dengan papa.. nasib baik kimi anak yang baik.. sangat memahami :)


day 13
kimi dah pandai main sekarang... suka gelak-gelak sendiri.. mata melilau tengok orang jalan ke hulu hilir.. kimi anak yang bijak.. keluar dari perut mata dah celik melilau tengok sekeliling..hehehe Alhamdulillah :)

day 15
nurse datang timbang..berat hakimi naik 3.9kg... semangatnya anak mama....
semoga membesar dengan sihat yer nak :) 
mama sayang hakimi ^__^




Kronologi Bersalin Secara Induce Dan Pembedahan

11:41:00 AM 42 Comments A+ a-


Alhamdulillah jijah selamat melahirkan anakanda lelaki pada 10/9/13 @ 8.29pm secara pembedahan seberat 3.59kg. phewww~~ putera sulung jijah dan suami, Zulhakimi Zaim Bin Zulkhairi Syafiq..

Baiklah jijah nak ceritakan detik-detik melahirkan hakimi di induce dan akhirnya terpaksa di bedah.. huuu...

Actually due date jijah 3/9/13 @ 40minggu jijah sendiri serah diri kat hospital sebab takde tanda-tanda nak bersalin...
lagipun masa tu contraction on and off. tapi takde keluar darah,lendir mahupun air ketuban.
buat CTG reactive memang takde tanda-tanda contraction.
bila buat VE( vaginal examination) os dah buka 1cm.
doktor scan air ketuban ok dan berat anakanda mencecah 3.2-3.4kg! phewww~~
dan doktor kata kalau tak bersalin juga kena tambah 6hari..

9/9/13 @ Isnin 41minggu Admit wad untuk IOL (induce of labor).. dah 6hari memang jijah takde tanda-tanda nak bersalin pun.. 
10am- check in kat Hospital Port Dickson tukar baju pink.. doktor seluk os buka 2cm dan dia terangkan kesan IOL postin.. 
11.30am-12pm- cek CTG takde kontraksi lagi..
Doktor bagi masa 24jam kalau malam tak bersalin esok induce..

10/9/13@ Selasa

4am- Cek CTG.. kontraksi 1 in 10..

5.30am- siap mandi.. keluar lendir+darah.. makan roti+horlicks

7.30am- doktor masukkan induce guna foley cateter. jijah tak induce guna ubat sebab os dah buka 2cm.. macam masuk tiub kencing.. tapi tiub ni masuk kat rahim kita. then doktor akan flush air masuk ke tiub tu akan menjadi belon.

1-2pm- suami datang melawat borak-borak dengan dia kemudian pergi buang air kat tandas. masa kat tandas tu buang air tiba-tiba belon tu jatuh dari miss v. besar gak macam saiz telur. tu bermakna os/rahim dah buka.

2pm- panggil suami dan suami panggil nurse.. nurse suruh masuk bilik pemeriksaan.. doktor seluk cek bukaan 5cm. terus di tolak ke labor room. masa tu tak rasa sakit kontraksi lagi.. boleh lagi berjalan ke katil ambil baju baby.. kuikuikui

2.35pm- doktor pecahkan air ketuban. air ketuban warna kuning hijau menandakan baby dah berak dalam perut. masa air ketuban keluar rasa macam air paip.. banyak pula tu..hahaha

5.30pm- buka 6cm.. dah start sakit kontraksi.. kebetulan time tu jijah sorang dalam LR jadi suami boleh masuk teman. lagipun kan jijah nurse kat situ dulu.. emm ok.. time kontraksi berguling-guling atas katil. mengiring ke kiri.. makin lama makin sakit sampai genggam besi katil kuat-kuat. kejap pegang tangan suami kejap pegang besi. rasa nak berak.. berak..berak.. nurse pun suruh berak je atas katil.. tapi bukan nak berak sebenarnya.. hahaha tapi sebab ada CTG tak selesa di buatnya.. huu suruh suami bawakan air zamzam. dapat minum air.. ada tenaga nak push. dalam masa yang sama tak putus-putus baca doa nabi yunus 

7-8pm- sakit yang tak di tahan-tahan. meraung atas katil. pastu doktor seluk kata dah buka 8cm tapi posisi kepala baby mendongak/posisi OP jadi tak dapat nak turun ke pelvic.. tiba-tiba denyutan nadi baby lemah dan tiba-tiba kembali normal tapi selepas doktor berbincang terus emergency operate! masa tu memang kelam kabut.. nurse masuk tiub kencing tak rasa apa dah. tahu sakit kontraksi jer. doktor pun minta sign borang pembedahan dan borang bius. terus di tolak ke bilik pembedahan OT (operation theater). ketika dalam perjalanan ke bilik pembedahan nampak semua keluarga menunggu di luar wad. perasaan berdebar!
-dalam OT doktor bius dah start cucuk ubat bius kat tulang belakang. jijah under SPINAL. masa tu kena duduk, peluk bantal dan kepala tunduk. kira posisi meringkuk la. masa cucuk memang tak rasa apa sebab sakit kontraksi lagi sakit time tu. doktor banyak kali sedarkan jijah kalau jijah tertidur. takut betul dia.. slow-slow rasa kebas separuh badan pinggang ke bawah. doktor suruh angkat kaki dan tangan dua-dua tapi tak boleh. memang rasa kebas. ini bermakna ubat bius dah meresap dalam badan..
-then doktor buat penghadang antara perut dengan muka dengan kain hijau. bermakna pembedahan tengah di lakukan. memang tak rasa apa. nampak kepala doktor je tengah lakukan. hahaha 


8.29pm- tiba-tiba dengar baby nangis.. kuat pula tu.. sempat lagi jijah cakap anak sapa la tu kuatnya nangis.. hahaha semua gelak kata anak kau lah jijah..ngehngehngeh then nurse bawakan ke dada jijah tanya apa jantina anak. confirm jijah kata boy! syurgaa sangat bila baby duk atas badan kita.. then nurse bawa anak jijah pergi ke wad bersalin untuk di bersih dan di timbang. yang tinggal doktor dan doktor bius untuk selesaikan yang lain. yang jijah tahu masa tu tengah mengantok dan mamai. doktor bius berkali kejutkan jijah...

9pm- nurse tolak jijah dari katil pembedahan ke strecher untuk di bawa ke wad. dorang angkat macamana pun jijah tak rasa apa. memang kebas satu badan. huuu 

keluar dari OT tengok semua keluarga dah menunggu. suami, makayah,mertua,abg dan keluarga meriah! semua risaukan jijah.. gilir-gilir mereka masuk dalam wad. 

10pm- masuk wad. pakai selimut tebal pun rasa sejuk menggigil. jijah di suruh berehat baring flat sebab kesan bius hilang dalam masa 6jam selepas di bius. langsung tak leh gerak lagi satu badan. dahaga sangat. terus minta air kotak soya.. hahaha baby di bawa ke jijah.. masa tu suami lah yang azan dan qamatkan dia. pastu baru ayah mertua azan dan qamatkan kali kedua. Alhamdulillah sepanjang malam baby tak merengek langsung..

11/9/13 @ Rabu

pagi ni rasa dah boleh gerakkan badan. doktor round pagi tu suruh buka tiub kencing dan drip. pastu dia suruh gerak ke tandas untuk menggalakkan peredaran darah. tengah hari baru jijah bergerak ke tandas. memang mengambil masa yang banyak dari baring mengiring ke duduk kemudian turun dari katil. kemudian slowly berjalan ke tandas. memang membongkok dengan tangan ampu di perut. takut dengan luka pembedahan.

12/9/13 @ Khamis

Alhamdulillah dah boleh discaj dari wad.. doktor bekalkan suntikan heparin untuk elakkan pembekuan darah. hari-hari cucuk 2x kat peha di rumah selama seminggu. 


Alhamdulilah syukur sangat semuanya selesai. hakimi pun lahir sihat dan besar 3.59kg. segala kesakitan berbaloi dengan kehadiran si comel ni.. syukur! jijah tetap merasa nikmat bersalin sakit kontraksi walaupun bersalin czer. takdir! sudah tersurat yang jijah bersalin czer.. siapalah jijah nak mempersoalkan kehendak Allah.. tapi harapan jijah moga anak seterusnya jijah dapat bersalin normal.. tapi pastikan kepala baby tak mendongak lagi... Amin.. 




mudah-mudahan zulhakimi zaim menjadi mujahid yang soleh.. anak yang mendengar kata dan taat pada ibubapanya.. InsyaAllah mama n papa akan didik zulhakimi zaim menjadi Imam Muda Hakimi...Amin...


seronok pengalaman menjadi mama! Alhamdulillah :)




Posisi OP

10:21:00 AM 21 Comments A+ a-


S : Saya baru melahirkan anak secara caesarean kerana serviks sukar buka. Menurut doktor masalah ini disebabkan kedudukan bayi tidak betul iaitu kepala bayi mendongak ke atas dan bukan ke bawah. Apakah puncanya sedangkan sehari sebelum bersalin, doktor sudah membuat ujian imbasan dan didapati kedudukannya normal. Saya harap doktor dapat terangkan dengan terperinci supaya saya lebih bersedia untuk kelahiran anak kedua kelak.
Julia, Balakong, Selangor.


J : Kedudukan kepala bayi yang mendongak ke atas dikenali sebagai posisi OP. Ada kajian yang mengatakan hanya 25% bayi dalam posisi begini yang lahir normal. Selainnya, lahir dengan bantuan forsep, vakum atau pembedahan LSCS.

Posisi OP ini berlaku secara spontan. Tidak ada apa yang ibu atau bayi boleh lakukan bagi mengelakkan masalah ini. Walaupun kedudukan bayi dikatakan normal melalui ujian ultrasound sebelumya, namun di hari puan merasa sakit kontraksi, ada kemungkinan bayi puan berpusing mendongak ke posisi OP pula!

Bagi kelahiran anak kedua, puan hendaklah berehat sekurang-kurangnya 18 bulan. Walau pun tidak ada doktor yang boleh menjanjikan bahawa masalah ini tidak akan berulang lagi, puan hendaklah bersikap positif dan optimistik. Pada pendapat saya, yang penting adalah kedua-dua ibu dan anak dilahirkan sihat dan selamat. Puan juga digalakkan supaya mencuba bersalin secara normal bagi kandungan seterusnya. Saya doakan puan berjaya.


sumber : pama


teringat masa bersalinkan hakimi minggu lepad.. dalam posisi OP juga.. tapi di sebabkan tak lepas ke pelvic terpaksa operate.. apa-apa pun Alhamdulillah semuanya selamat..

semoga anak kedua nanti dapat bersalin normal.. dan paling penting jangan la baby besar! hahaha :p





My Hero Zulhakimi Zaim Bin Zulkhairi Syafiq :)

4:41:00 PM 50 Comments A+ a-


Allahuakbar.. Subhanallah.. Alhamdulilah jijah selamat melahirkan anakanda kesayangan pada 10/9/13@8.29pm seberat 3.59kg :)
secara pembedahan atau emlscs (emergency lower segmen caeserean section)..

maaf buat korang tertunggu tunggu gambar anakanda jijah..
nah... perkenalkan...

v
v
v


Zulhakimi Zaim Bin Zulkhairi Syafiq


day 1



hakimi green line day 4 :)

nampak mamanya kecik kan tapi anakanda besarr.. 
patutlah lahir terlebih hari 41weeks kena induce then berat pula tu.... hahaha :p

Alhamdulilah selamat.. nampak muka hakimi geram sangat sangat..
lebih-lebih lagi rambutnya lebat, pacak dan ada lesung pipit belah kiri.. syukur :)

nanti jijah ceritakan detik-detik melahirkan hakimi di induce dan akhirnya terpaksa di bedah.. huuu





Hadiah Untuk Hakimi Dari Ibu Alisha dan Aqilah

8:30:00 AM 16 Comments A+ a-


Dah lama jijah terima bungkusan dari ibu Alisha dan Aqilah..
alaaa siapa lagi kalau bukan blogger kak Ina Intan Berlian tu ^___^




ini di katakan rezeki anak.. belum lahir dah dapat hadiah..syukur Alhamdulilah :)
Terima kasih banyak-banyak kak ina! 
sangat bersusah payah je belikan baju untuk baby.. hehe

nanti kalau anakanda jijah pakai jijah tunjuk gambar yer.. hehehe ^___^


autopublish



Nuffnang Digi Prepaid Project Zoom

10:00:00 AM 12 Comments A+ a-




Rezeki nuffnang lagi.. hehe Alhamdulilah :)
murah rezeki anakanda mama ni yer..
CPUV 13 2013 iaitu Digi Prepaid Project Zoom muncul di bulan september..

tq nuffnang! muaahh xoxo


~autopublish~






Moga Di Permudahkan Segalanya.. Amin..

8:30:00 AM 27 Comments A+ a-




9/9/13 @ Isnin 41weeks 
Admit wad untuk IOL (induce of labor) 

Jijah disini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf andaikata pernah meluka kan hati sesiapa. Mohon maaf bebanyak ye. So sorry  

Dan mohon doakan semoga jijah selamat melahirkan little khalifah ni.. hampir 10 bulan perjalanan indah dah jijah lalui, sekarang bakal ke dunia baru pula. Parenthood  

moga jijah kuat mengharungi proses kontraksi induce dan bersalin nanti..


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

"Hasbunallah Wani'mal Wakîl Alallahi Tawakaltu"
~Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah~
moga kita dipermudahkan, sihat n selamat ye anakku sayang... Amin~



Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan jijah ini lahir dengan mudah dan sempurna..
ampunkan lah segala dosa dan ringankan kesakitan ini.. Amin.



~autopublish~



PostDate Pregnancy~ 40Weeks+ 3Day..

7:58:00 PM 39 Comments A+ a-


Hai semua!

ramainya duk bertanya keadaan jijah.. jijah dah bersalin ke belum? jijah tak bersalin lagi ke? hahaha
sabar ye semua... still awaiting~~ hohoho
anakanda masih ligat bermain-main dalam perut mamanya.. sabar jelah anakku ni oi!

masa 3/9/13 40minggu hari tu jijah sendiri serah diri kat hospital sebab takde tanda-tanda nak bersalin...
lagipun masa tu contraction on and off. tapi takde keluar darah,lendir mahupun air  ketuban.
buat CTG reactive memang takde tanda-tanda contraction. 
bila buat VE( vaginal examination) os dah buka 1cm.
doktor scan air ketuban ok dan berat anakanda mencecah 3.2-3.4kg! phewww~~


mama n papa yang excited! tapi hero kami tak nak keluar lagi~~ 

dan doktor kata kalau tak bersalin juga kena tambah 6hari..
huuu sekarang dah tiga hari post date dah rupanya jijah ni.. tinggal lagi 3hari sebelum admit wad untuk di induce. maknanya hari isnin ni.. wuaaa :( 

hari-hari nurse suruh datang checkup dan hari ni jumpa doktor untuk tindakan selanjutnya.. 
apa-apa pun keputusan doktor jijah terima.. induce pun induce la.. lagi cepat lagi bagus.. 
janji mama dan anakanda mama keluar dengan sihat dan selamat.. Amin..

mungkin ada salah silap jijah pada semua.. mohon maaf jika ada menguris hati kawan-kawan antara sedar mahupun tidak sedar..

doakan jijah selamat dan kuat untuk mengharungi proses bersalin nanti samaada induce mahupun sebagainya..

"SETIAP ORANG ADA BAHAGIAN DIA MASING-MASING"


~Ya Allah permudahkanlah dan jangan kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala susah adalah mudah bagimu... 
Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan dengan rahmatmu ya Arhamarrahimin... ~ 




Fridge Magnet Avon Dari Blogger Qasehnya Rania

10:31:00 PM 14 Comments A+ a-


Alhamdulilah hari tu rezeki menang Giveaway dari Blog Lobak Susue aka Blogger Qasehnya Rania :)
selamat sudah terima hadiahnya....



fridge magnet avon ni limited edition tau!
cantik sangattt!!
memang bertuah jijah memilikinya.. hehehe :)


jom ke blog ciksu Qasehnya Rania 



Saya Belum Bersalin Lagi La... Hehehe

2:10:00 PM 32 Comments A+ a-


Tak sangka yer ada juga menanyakan keadaaan jijah sekarang.. bajet retis boleh??.. kuikuikui
baik la kawan-kawan jijah belum bersalin lagi yer..
malas nak update.. baca dan komen blog orang jelah.. huu~~
lagipun suami dah balik bercuti.. jadi habiskan masa untuk si dia tersayang.. hehe :)

menghitung hari je ni.. esok 3/9 due date.. puas pujuk nak jadi anak merdeka tapi anakanda belum ada tanda-tanda nak keluar... alahaii anak -_-"




hati excited nak anakanda keluar awal.. risau cuti tanpa gaji jijah kalau dah teroverdue.. takut kontraksi yang orang cakap sakit separuh mati..huuu takut kena jahit.. alahai.. macam-macam perasaan ni wei..

jijah perlukan doa kalian semua..
jadi jijah mohon maaf jika penulisan jijah dalam blog ni ada menguris hati kalian. 
doakan jijah sihat, selamat dan kuat untuk mengharungi proses bersalin. 
moga Allah permudahkan urusan jijah nanti. insyaAllah Amin...


Alhamdulillah suami pun dah start cuti. harap dalam minggu due date ni bersalin la.. amin


Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan jijah ini lahir dengan mudah dan sempurna..
ampunkan lah segala dosa dan ringankan kesakitan ini.. Amin.