Alhamdulillah Pemberian Taraf Berpencen

5:15:00 PM 22 Comments A+ a-


Alhamdulilah dah 3 tahun berkhidmat sebagai kakitangan awam sejak julai 2010..
dah di sahkan jawatan..
dan akhirnya dah layak terima taraf berpencen..


sebelum ni tiap-tiap bulan tolak potongan KWSP.. RM300++ tu....
in shaa Allah mulai 1 februari gaji bulan seterusnya penuh..

moga-moga dapat bekerja dengan lebih cemerlang dengan sihat serta kuat sehingga umur 60tahun... pehhh~~


p/s: *errr... korang...duit KWSP boleh keluarkan sekarang ker.. bukan umur 50tahun nanti?? 
cer citer sikit*
ini hasil printscreen kat fb



harap jelas bila boleh keluarkan kwsp tu..hehehe





Rutin Harian Rumahtangga

8:00:00 AM 17 Comments A+ a-


Maaf korang,,,lately memang kurang berblog dan update entry!
almaklumlah lah sejak naik keje ni nak uruskan rumahtangga dengan adanya hakimi lagi..
agak mencabar juga la sebab handle sorang2.. encik suami pelaut memang jarang ada kat rumah -_-

hakimi ni seawal 5am dah kejutkan mama bangun.. dia sendiri jadi alarm. bangun main sorang-sorang..
mama mandi, jerang air panas, bagi susu dan tukar pampers hakimi..
jam 6am hantar hakimi ke rumah pengasuh/BS.. nasib BS duduk tingkat atas rumah jijah ni :)
terus gerak pergi keje... dari rumah Telipok nak ke Hospital Likas tu paling cepat 20minit kalau tak jem..
kalau suami ada 5.45am dah hantar hakimi then gerak hantar encik suami dulu ke kapal pastu terus gerak pergi hospital. kadang2 dah jem memang datang lewat pergi keje.. huhuhu

balik jam 3.30pm layan hakimi, mandikan, bagi susu sampai la jam 8pm.. jam 8pm hakimi golek-golek terus tidur.. bangun tiap 3 jam menyusu dan tukar pampers.. tidur!

bila hakimi tidur baru lah jijah dapat mandi dan masak n makan.. sebab hakimi pantang mama takde depan mata.. mula la keluarkan suara suprano dia tu.. hukhuk

kalau keje malam.. jam 8am mandikan hakimi.. main-main, jam 11am bagi minum susu kadang-kadang tertidur.. masa hakimi tidur ni la nak mandi, masak.. tapi hakimi tidur siang sekejap je.. banyak main :)
macam biasa jam 8pm hakimi dah tidur hantar dia kat rumah BS.. sampai la jam 8am.. see 12jam hakimi malam kat rumah pengasuh..

begitu la jadual hari hari.. penat memang penat! kadang-kadang tak mandi.. tak makan.. tapi demi anak gagahkan juga..


kan best kalau ada suami hari-hari di rumah.. boleh tolong2 jaga hakimi.. :( takpelah sabar je la.. ada hikmahnya nanti kan... in shaa Allah ^___^

moga jijah terus kuat besarkan hakimi sendirian.... Amin...



Hakimi Pakai Barut Gantung... Hewhewhew

9:00:00 AM 13 Comments A+ a-


Barut masa hakimi newborn tak muat... then mak jijah buatkan barut lagi tapi panjang punya.. pun sekarang hakimi 4bulan pakai tak muat..
Di sebabkan barut biasa tak muat dengan perut bobot si anak soleh ni..
jadi mamanya belikan barut gantung!


5helai RM30
beli dekat mybabycomel.com

dan bila hakimi pakai...
macam comel jer.. macam kacak jer...


tengok la perut si comel mama ni... bulattt!!



kimi cakap apa pandang pandang?? hehehe



p/s: eh korang pakaikan anak barut sampai umur berapa??




Papa Tak Belayar Buat Masa Ni....Yey!

1:54:00 PM 31 Comments A+ a-


Buat masa sekarang ni papa hakimi tak belayar dah... ada je kat kapal..
jadi ada banyak masa la bersama mama dan hakimi..

bila papa ada seronok la.. boleh pergi jalan-jalan..
kalau mama keje boleh papa jaga hakimi...


anak mama.. sama kah rupa kami?? hehehe


ke anak papa??

hargai encik suami selama dia ada kat darat..
bulan 2 dia nak duduk Labuan sampai berbulan-bulan.. lagi lama lah tak jumpa nanti.. sobsobsob :(
tabahlah wahai hati nanti..... -_-"



Burger Bakar! Nyumm Nyumm!

3:18:00 PM 19 Comments A+ a-


Baru-baru ni suami ajak makan kat Restoran Nasi Arab Nabawi dekat Alamesra depan 1Borneo KK..
sekali ada pula Burger Bakar!
serius tak pernah makan lagi... 
harusslahh try kaoo~~


burger bakar ayam single RM8..
ayam yang lembut.. roti di stim!
sedapp kaoo~~ mayonis, cheesee! nyummny!


11 Tips Untuk Cepat Hamil

4:17:00 PM 19 Comments A+ a-


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Begitu juga daku -_-" itu pasal daku lari ke Sabah.. hahaha :)

11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat :)

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. 
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
Memasak
Bersenam
Mendengar muzik
Membaca dan mendengar audiobooks
Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
Beromantik dengan suami
11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Selain tip di atas :

UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.



Tips Bantu Anak-anak Menjadi Insan Yang Soleh Solehah

3:50:00 PM 13 Comments A+ a-


Pesan Nabi saw: Anak2 yang nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. So tukar paradigma kita tentang anak kita itu. Fikir dan kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YANG MAKBUL. 
Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yang di di sangkakan/ fikirkan oleh hambaNya.

Perkara yang kita boleh lakukan untuk bantu anak2 menjadi insan yang soleh dan solehah:

1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman & Allah angkat hijab kpd doa ibubapa.

2. Didik anak tentang solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian: mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll. Pesan kpd anak lelaki utk elak kencing berdiri. Pesan kpd anak utk ISTIBRA' selepas kencing. Lelaki dgn berdehem 3 kali & perempuan dgn urut dari pusat ke bwh.

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib seperti yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mereka MAKAN BUAH2AN SEBELUM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an & lancarkan penhadaman. Vit C membantu tenangkan fikiran di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an & ganggu proses penghadaman!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. 

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan tentang cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Surah Fatihah, ayat qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mereka utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In shaa Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn 
jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai, buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Utk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem dpn anak sblm menasihati anak yg agak "degil". In sya Allah mrk akan mudah dengar nasihat!

20. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

21. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

22. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSAHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Moga Allah rahmati & bantu kita semua. Aameen, wassalam.


copy paste dari fb:fadzilahkamsah



moga zulhakimi zaim membesar jadi anak yang soleh.. saham akhirat, amanah dan semestinya pinjaman dari Allah buat mama dan papa!



Beli Baju Rompers Hakimi Dari F.O.S

1:18:00 PM 18 Comments A+ a-


Dah lama mencari baju rompers lengan panjang.
payah betul nak cari kat sabah ni..sekali jumpa kat F.O.S kat 1Borneo tu.. Alhamdulillah..

baju baju kat F.O.S boleh tahan murah gak kan..tapi murah bila beli 2 atau 3 helai.. jadi haruslah rembat 3 sekali sebab kalau beli 1@RM15.. kalau 3@RM34.. see RM11 banyak betul diskaunnya kan... :)



tak lupa juga beli rompers biasa.. tu pon RM13.. ikutkan kalau beli 2helai murah tak takpelah rompers lengan panjang dah ada kan :)



hari tu ada juga beli legging baby 3@RM11.. boleh la.. untuk duk perhiasan pakai dalam rumah jer.. hehehe


moralnya.. berjimat kat F.O.S pon boleh je bah... muahahahaha :p


Petua Hilangkan Selsema Untuk Bayi

8:00:00 AM 11 Comments A+ a-


Kerisauan seorang ibu semakin menjadi apabila bayi kecilnya sudah beberapa hari mengalami selesema yang tidak reda. Merengek dan enggan menyusu membuatkan ibu semakin bimbang.

Amalkan petua untuk menghilangkan selesema di kalangan bayi. Mungkin anda boleh cuba petua ini, mana tahu ia serasi dengan bayi anda.

1. Guna kapur sirih dengan kunyit. Ambil kunyit hidup dan digesekkan dengan kapur makan. Sapu sepanjang batang hidung bayi.
2. Madu membantu mengeringkan kahak. Campurkan madu dengan susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
3. Daun sirih juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan menggunakan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

in shaa Allah bayi anda akan sihat dan sembuh seperti biasa :)



Giveaway Birthday Azhafizah

8:58:00 PM 17 Comments A+ a-


Let's Celebrating Azhafizah Birthday!



klik banner untuk join

hadiah menarik kalau menang! 
tapi setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper.. 
jadi apa tunggu lagi.. jom la join!!

Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014.


Alhamdulillah Hakimi 4 Bulan

1:01:00 PM 18 Comments A+ a-


10/1/14 cukup sudah 4 bulan usia zulhakimi zaim...
Alhamdulillah hakimi membesar dengan jayanya... :)


baru baru ni hakimi ada batuk berkahak.. tapi selsema dan demam takde..
doktor cek paru-paru takde masalah.. dia bagi antibiotik Sy Amoxycilin..
budak-budak baya hakimi ni memang macam tu kan.. batuk tu nanti akan pulih sendiri.. in shaa Allah :)


anak yang semakin cerdik, pandai mengapai barang sudah..

checkup 4bulan:
berat: 7.5kg
panjang: 66cm
lilitan kepala: 44cm


Hakimi, kamu lah yang melengkapi hidup mama & papa! 
mama bersyukur sangat dapat melahirkan kamu... 
Semoga hakimi menjadi anak yang soleh, cerdik,bijak dan pandai serta bertanggungjawab untuk menjaga keluarga kita nanti..
i love u son! May this year of 2014 will fill with joy & happiness! Amin....



Cheese Cake Leleh~

8:53:00 AM 15 Comments A+ a-


Ramai dah makan cheese cake leleh kan.. ai je baru nak merasa dan makan.. muahaha :p
 setahun sekali daku makan cheese kek tau! dengar baik-baik setahun sekali... silalah percaya~

sebelum preggy kurang gemar cheese kek ni macam entry sini..
tapi bila preggy je cheese kek ni la paling di cari cari...

now anak dah 4bulan makan balik cheese kek.. tapi kali ni meleleh leleh punyaa~ nyummyy!!


perisa original dan strawberry.. hanya RM10! sangat puas hati makan!

jemput makan yer semua.... nyum nyummyy!!


beli kat blogger mummynemo.. cod area kota kinabalu..


Popular Book Fair Di 1Borneo

7:16:00 PM 10 Comments A+ a-


Sekarang ada POPULAR BOOK FAIR 2014 kat 1BORNEO Sabah..
sekali ada Book Fair memang tak akan lepaskan peluang untuk melihat buku-buku yang menarik.. banyak juga buku novel yang best..bertahun-tahun dah kot tak beli buku dan jejak kat kedai buku tau.. nampak tak nampak tak yang i ni memang bukan pembaca buku yang setia.. muahahaha :p

niat di hati nak la beli satu novel kononnya.. sekali bila pegang novel nak baca sinopsis.. encik suami hulur buku resepi masakan.. so... paham-paham jelah...sekarang dah takde masa lah jijah oi nak baca novel bagai.. kohkohkoh



rembat 4 buku.. dapat la diskaun 10%. kalau member rebate 20%.. ala boleh la kan...kurang RM1 je pun.. muahaha :p



untuk hakimi pun ada padahal dia baru 4bulan.. hehe bila mama bacakan hakimi 1,2,3... A,B,C kemain suka dia.. terkekek kekek ketawa :) 

nak tanamkan minat buku untuk hakimi.. ^___^ supaya dia besar nanti minat membaca.. in shaa Allah..



p/s: sory kak mimi azirah.. novel The Wedding Breaker tu habis la kak.. jijah pun nak tu.. -_-"
laku betul.. mentang2 drama Arianna Rose tengah di tayangkan sekarang...



Akhirnya.. Hakimi Ada Stroller!

5:36:00 PM 18 Comments A+ a-


Baru dapat belikan hakimi stroller! kalau sebelum ni pergi shooping mall terpaksa la dukung hakimi.. bergilir gilir dengan papanya dukung sebab anak mama ni kemain semangatt!! serius mengahh~ hikhikhik

jadi bila ada stroller senang la kalau nak pergi shooping mall.. kasi tolak je.. tak payah nak kendong-kendong lagi...

hari tu pergi One Baby World kat MetroTown KK dan berkenan dengan stroller jenama Halford Cosmo Dx travel system..


begini la jijah punya tapi warna purple :)



beli stroller dengan carrier dapat RM719 daripada RM799.. stroller boleh lipat payung..sangat muat dengan bonet myPE jijah tu... emm harga ni kalau kat semenanjung boleh dapat stroller SCR. tapi sabah stroller brand sweetcherry SCR takde... huhuhu

yeyy! akhirnya hakimi sudah ada stroller! yabedabedu..!! kira ini hadiah masa hakimi 3bulan lah...


p/s: hakimi hari ni 4bulan...ni ingat nak beli hadiah baju pula... banyak baju tak muat sudah...


Akhirnya Semua Iklan CPUV Nuffnang 2013 Metered

11:00:00 AM 28 Comments A+ a-


Lamanya tak update tentang encik kesayangan sorang tu.. encik nuffnang :)
ada CPUV baru pon tak update sampai la dia dah jadi metered.. muahahaha :p

dan akhirnya semua iklan nuffnang untuk tahun 2013 metered sudahh~~




jadi earning terkumpul sehingga disember 2013 RM78.91...
boleh la plan nak cashout hujung bulan ni....boleh dapat cek ke 6 pulak.. Alhamdulillah :)

sekarang dah 2014. silalah nuffnang beri jijah iklan baru~
please please... :p
jijah janji akan update entry banyak banyak! muahahaha :p


macam nak belikan hakimi playgym dengan duit nuffnang ni.. emm ok tak.. ok tak..
macam best jer..




Ada Cop Jururawat Yang Baru Lagi...

8:00:00 AM 16 Comments A+ a-


Koleksi Stamp Cop jururawat kali ke 6.. hahaha last beli cop dalam entry ini... 



tahun baru cop pun baru.. kali ni stamp mouse gitu.. pink lagi kaooo!! 


comel tak.. comel tak... muahahaha :p

macam biasa beli kat ezstamp.com


Barang Yang Perlu Di Hantar Ke Rumah Pengasuh

7:53:00 PM 22 Comments A+ a-


30/12/2013 lalu Aunty hakimi dah balik semenanjung.. papa hakimi pun kadang2 ada kadang2 belayar.. Bermulala episod jijah dan hakimi tinggal berdua dan pertama kali hantar anak soleh hakimi ke rumah pengasuh...

pening bila pikirkan barang yang perlu di bawa..tapi bincang-bincang dengan pengasuh dapat la kata sepakat...

Barang untuk tinggal terus :
- 1 tin susu.. [sejak keje ni jijah sudah campur susu.. so jangan nak perkecilkan pulak yer..huhh!]
- Mandian syampu,sabun, losyen
- Botol susu
- Tilam/bantal

Barang yang bawak hari-hari :
- Lampin 3 helai [kadang-kadang lampin buat towel]
- Towel
- Pampers 10keping
- Baju 4/5 helai
- Sapu tangan
- Barut
- Mitten & Booties
- Minyak yuyi
- Termos air panas
- Air masak suam
- Plastik baju kotor



Setiap malam sebelum tidur jijah kemas beg hakimi untuk di bawa ke rumah pengasuh..
Rutin setiap pagi, jam 6pagi jijah akan hantar hakimi dan barang-barang dia naik ke atas.. [oh ya rumah pengasuh tingkat atas rumah jijah tapi dia akan berpindah nanti... :( tapi tak la jauh sangat ] pastu jijah turun ambil beg jijah untuk ke hospital..
balik pun sama jijah simpan beg kat rumah dulu buka gril terus naik atas ambil hakimi..

bukan senang nak jadi SUPERMAMA.. nak handle sorang-sorang...sambil dukung hakimi, pegang bakul, pakai beg diapers.. memang mencabar! moga jijah terus di beri kekuatan dan kesabaran.. in shaa Allah :)



Bookmark dan Mini Calendar Vintage Dari DuniaShida.Com

6:23:00 PM 14 Comments A+ a-


Bookmark dan Mini Calendar dari shida sudah sampai!!
stylo sangat biru vintage ni!  I is likee ^___^



mini calendar pun tiada lagi ni.. boleh simpan dalam purse :)
terima kasih shidaa!
love ketat-ketat ^____^



Bajet Isi Rumah Selepas Berkahwin

10:48:00 AM 25 Comments A+ a-


Alhamdulilah.. perancangan Allah tu Maha Hebat. jijah sudah melalui pengalaman pertama menguruskan rumahtangga bersama suami dan si kecik.. Jadi, bila kami dah mulakan hidup bersama ni, daku uruskan semuanya.. bukan mudah rupanya nak handle sorang-sorang lebih-lebih lagi kita seorang yang bekerjaya dan suami pula jarang ada di rumah kerana belayar -_-"

Lama betul baru up entry ni.. Takpe lah yer daku nak share juga kelengkapan rumah/ bajet isi rumah bagi yang ingin memulakan hidup berumahtangga.. based on my experienced lah.. cerita setahun lepas.. sebagai kenangan dalam blog ni..hehe

Pertama sekali wajiblah cari Rumah Sewa!!

Rumah Sewa [link]


Kawan suami dapat draft semenanjung. so rumah sewa yang dia duduk dulu dia sewakan untuk kami pula.. apartment saja.. syukur :) murah pulak RM380 sebulan.. bukan mudah nak cari rumah murah kat sabah ni oit.. selalu owner akan minta deposit 2+1+utilities jadinya 380+380+380+100= RM1200. Nanti kalau jijah draft semenanjung jijah kena cari orang tanpa melalui tuan rumah sebab nanti dia nak naikkan harga rumah.. 
Kos wang: Rumah Sewa RM300-RM500.

Barang rumah di dapur

Peti Ais [link]




Ni paling penting.. senang nak simpan stok makanan, barang basah.. boleh main masak-masak.. lepas masak then panaskan balik.. so tak la membazir di situ.. hehe
Kos wang: RM800-RM1000

Dapur Gas/Rice Cooker



Bila dah ada peti sejuk, daku mesti nak masak punya untuk suami. takkan nak makan luar hari-hari kot. lagipon duduk tempat orang ni takut nak makan luar baik masak sendiri lebih baik. ala masak yang simple2 sudah. syukur ibu mertua kasi hadiah dapur gas dulu..
Kos wang: RM200 untuk dapur gas, tong gas, tubing..

Rak pinggan mangkuk [link]


Kena beli rak ni untuk letak dapur gas sebab rumah sewa ni takde kabinet/ tempat letak dapur gas. huhu hajat di hati nak beli kabinet kayu tapi pikir nanti susah nak bawa balik semenanjung maka lupakan. huhu rak ni pun memudahkan letak pinggan mangkuk kuali bagai tu.. yela bukan ada perabot pun kan..
Kos wang: RM100

Blender [link]


Beli blender.. senang nak masak! tak dapat hadiah kawen pong.. huhuhu
Kos wang: RM90

Water Dispenser [link]


hari tu masa balik kampung cuti berpantang nampak ada promosi jadi terus grab. pastu suruh suami bawa balik sabah. hahaha ini memudahkan nak guna air panas,air suam.. tak payah nak masak air lagi dah. hohoho
Kos wang: RM100

Lain-lain barang dapur macam pinggan mangkuk jijah beli jenis plastik je RM2 satu, sudu garfu,sudip,senduk, papan pemotong bawa dari semenanjung dulu. 
anggar je kos wang RM100

Bilik Tidur

Katil/ Tilam & Almari Pakaian [link]


Emm kalau nak set katil yang cantik dalam rumah sewa ni memang tak la. jijah ni kan hidup normad.. so kami sepakat pakai katil biasa-biasa je ok ape.. tapi ada anak tidur bawah bentang toto depan tv. hikss :p untuk almari pakaian [link] lebih kurang RM300
Kos wang: RM1000

Dan barang-barang rumah lain..

Langsir [link]



Takkan nak biarkan sliding door tu tak bertutup pula kan. Jadi langsir bawa dari semenanjung ihsan dari mak punya. langsir ni untuk lebih kurang 3 sliding door. untuk bilik langsir beli lain.. huhuhu
Kos wang: RM100 la katakan

Mesin Basuh

Kalau duduk seorang boleh la basuh pakai tangan je. ni bila dah kahwin cepat je bertimbun baju ni. suami jijah la ni suka tukar-tukar baju. tak larat nak basuh baju sendiri.. hehee nasib baik mak sudi bagi pinjam mesin basuh dia tu... bawa dari semenanjung dengan kereta..hehehe :p
Kos wang: RM300-RM500

Peralatan lain.


google

Peralatan lain ni macam mop,penyapu,baldi,gayung,alas kaki,bekas letak sabun,berus gigi mesti ada dalam mengemas rumah. beli kedai RM2 sudah.. semuanya bawak dari semenanjung..hehehe
Kos wang: RM50

eh maaplah daku tak beli perabot macam kerusi semua tu sebab susah nak bawa balik semenanjung nanti.. jadi ini rasanya barang keperluan yang penting dan asas.

huhuhu bila tengok wang kos semua kelengkapan mahu mencecah ribuan untuk memulakan hidup baru. dasyat kan. takpe slow slow. rezeki dah kahwin dan lebih-lebih lagi ada anak ni.. InsyaAllah sentiasa ada.

sekarang ni belajar berjimat belajar berdikari bila merantau ni.. tak gitu? hehehe harap-harap murah la rezeki tahun baru buat daku sekeluarga.. Amin..


Tazkirah Jumaat Part 53

9:00:00 AM 11 Comments A+ a-




Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa itu adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya”.


2014 Buka Buku Baru :)

12:00:00 AM 14 Comments A+ a-


Tahun baru menjelma lagi la...cepat bebenor masa berlalu yer...
Korang pasti ada azam baru yang terniat di hati kan..
Jijah?? Syukur Alhamdulillah azam tahun lepas sudah tercapai.. yeppi!!

macam biasa azam tahun baru ni pula..

:
:
:

Bismillah...

-semoga tahun baru 2014 ni menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga daku dan suami bersama anak soleh zulhakimi zaim :)
-moga hidup kami di murahkan rezeki sentiasa..
-semoga daku dapat menjadi isteri yang solehah kepada suami tercinta zulkhairi syafiq dan mama yang mithali kepada anak soleh zulhakimi zaim..
-semoga encik suami dapat draft balik semenanjung dan daku posting ke semenanjung juga.. 
-semoga zulhakimi zaim membesar dengan sihat dan kuat mengikut perkembangan usianya..tak sabar nak tengok hakimi pandai makan dan berjalan..ngee

Amin ya robbal alamin~~


jadi..

Selamat Tahun Baru 2014 Semua Orang! :')
moga azam tahun baru anda terlaksana juga.. Amin..