Mencium Tangan Suami

8:00:00 AM 11 Comments A+ a-


Amalkan selalu BERSALAMAN sambil MENCIUM TANGAN SUAMI setiap pagi apabila suami ke tempat kerja 
(bagi semua sebab berlakunya "pisah" samada keluarnya kerana rezeki, berjuang, musafir, dll).


HIKMAHNYA:

Ada beberapa RAHSIA KEBERKATAN disebalik amalan tersebut selain ianya sebagai ADAB tanda HORMAT ISTERI kepada seorang SUAMI. 
Dan yang terbaiknya KUCUPAN SAYANG dengan syarat dijaga adab2nya, antaranya tidak dilakukan dikhalayak ramai bagi menjaga MARUAH dan mengelakkan FITNAH.

Fynn Jamal - Arjuna Beta

9:00:00 AM 15 Comments A+ a-


Actually baru pertama kali dengar lagu ni masa ondaway nak pergi kerja..
almaklumlah time drive jer dengar radio pastu terus tak dengar2.. hehe

first time dengar lagu ni.. Allah syahdunyaa....best!
puitis sampai menyentuh naluri keibuan diriku ni..
lirik menyentuh hati ku....
tetiba rasa seronok dodoikan hakimi dengan lagu ini... sambil peluk dia.. kira lagu ni satu nasihat berguna buat dia pada masa hadapan kelak.



Arjuna Beta- Fynn Jamal
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang lupa
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa


betapa sayangnya ibu pada anak-anaknya kan...
lagu ni untuk mu zulhakimizaim.. mama sayang hakimi.. tsk tsk... sobsob


Happy 4th Anniversary Cik Azizah's Blog!!

4:47:00 PM 20 Comments A+ a-


Ingat lagi tarikh tu 26 February 2010..
Pertama kali berblog dan entry pertama adalah Ziezah is a New Blogger
terdetik hati nak buat blog sebab nak kongsi cerita sendiri dengan semua orang.. hahaha :P
blog ni dah anggap sebagai diari.. 
apa yang berlaku dalam diri ini semua nak share dalam blog.. sebab itu dengan adanya blog.. setiap entry yang jijah share kat sini akan mengimbas kembali kisah silam jijah :)

teringat awal-awal berblog dulu jijah selalu share tentang mylovely a.k.a suami jijah sekarang :p kisah percintaan sejak zaman sekolah.. setiap kali keluar dating mesti share dalam blog.. seronok sangat! hahaha :P 
pastu beralih cerita kerjaya jijah, share tentang tips, petua, tips perkahwinan, tips kesihatan macam kat menu bar bawah header jijah tu..
bila nak kahwin share pasal persiapan perkahwinan, bila dah berumahtangga share alam rumahtangga jijah jarak jauh pula..
kemudian jijah share kisah mengandung sampai ke 9 bulan mengandung, kisah bersalin dan berpantang dan kini kisah anak pula. 
see... indah juga hidup ini.. semuanya teratur kan.. hahahaha :)

bila baca balik semua entry yang jijah kongsi ni tersenyum lebar je dan akan jadi kisah silam yang berharga... nanti bila hakimi atau adik-adik dia dah besar.. mereka boleh baca kisah mamanya dari zaman anak dara sehingga tua. dari dia dan adik2 dalam perut sampai la ke dewasa.. insyaAllah kalau mampu berblog lagi.. 

jadi jijah taknak semua kenangan tu hilang.. nak ingat sampai bila-bila. insyaAllah selagi ada masa terluang jijah akan terus berblog.. blogger tegar katakan...ngee~~

tak sangka dah 4tahun berblog.. dapat ramai kawan.. dapat banyak hadiah dari kawan-kawan.. walaupon hanya di alam maya tapi anda semua sangat mesra! terima kasih pada semua yang membaca.. terima kasih pada 4450 follower.. terima kasih pada yang tegar mengomen.. i love u all!!



Happy 4th Anniversary Cik Azizah's Blog!!







Hujung Minggu Lalu

4:54:00 PM 16 Comments A+ a-


Weekand baru-baru ni kan papa balik KK..
kebetulan daku pon cuti.. maka berjalan la..
almaklum la papa balik baru dapat jalan-jalan.. kalau tak duk rumah je main dengan hakimi..hehehe




kalau bab berjalan hakimi pemenang lah.. tak habis2 berleter bahasa jerman dia tu..
sang papa suka melayan.. gambar di atas ni la gaya dua beranak bersembang! hahahaha 

geram je dengan anak soleh zulhakimizaim ni tau! makin besar makin mencuit hati... mihmihmih








Makan Coklat Sampai Lebam! Hahaha

8:00:00 AM 16 Comments A+ a-


Weekand ni papa hakimi balik KK dari Labuan..
labuan kan syurga coklat.. [link]
sang suami ni tahu-tahu jelah sang isteri ni suka makan coklat!
pergi borong coklat banyak-banyak~


kinder bueno, ferrero rocher gulpppp nyum nyumm!
stok seminggu ke dua minggu?? errr....
misi mengemukkan diri.. kalau berjaya.. phewww~~




Persediaan Solid Food Untuk Hakimi

12:35:00 PM 22 Comments A+ a-


10haribulan ni Hakimi genap lah usia 6 bulan.. ini bermakna hakimi dah boleh mamam! yeyyy!! mamanya excited nak bagi hakimi makan... 

jadi kat sini mama dah siap listing apa yang perlu di beli untuk persiapan solid food hakimi :)

apa yang mama perlukan
:
:
v
1. Nutritionist Cookbook tak beli buku ni tapi download dan print je dari internet :)



macam-macam resepi baby ada kat sini.. suka sangat! 

2. Feeding set baby


3. Training Cup
4. Bip plastik senang nak basuh kalau dah comot hakimi makan


5. Food Feeder macam best jer.. letak buah dalam tu..hakimi boleh makan/gigit sendiri..



6. Periuk kecik untuk masak bubur

7. Food Processor/ Blender/ Hand blender/ Mini Blender.. Baby Bullet..

emm takkan nak guna blender kita buat masak tu.. segala cili ada..kang rasa pedas pulak anak soleh mama tu makan..hohoho 


jadi mama beli steam+blender ni kat One Baby World..

mama prefer steam sebab kalau kukus/rebus kurang zat dah sebab dah masuk air rebusan.. 

8. Set mangkuk bertutup siap sudu untuk travel.

9. High chair/ tapi sebab ada rocker fisher price tu.. guna itu dulu la kot.. 

10. Baby Cube/ Food storage
macam jijah bekerja ni kena la blend sayur/buah buat banyak2 puri simpan buat stok dalam kiub simpan dalam freezer..



11. Warmer
macam tak perlu kot sebab boleh panaskan puri tu dalam mangkuk berisi air panas... kan?

4day rules, jijah plan nak bagi hakimi puree masa umur 6bulan ni

day 1-4= apple
day5-8= avocado
day9-12= sweet potato
day 13-16=pear

refer carta pemakanan bayi ni...



ehh macam banyak je list ni.. macam persiapan nak beli barang baby masa nak bersalin dulu pulak.. harap2 mama rajin nak masakkan untuk hakimi.. hahaha :p




Perkembangan Tumbesaran Anak 1-5 Bulan

10:35:00 AM 9 Comments A+ a-


Syukur Alhamdulillah si anak soleh zulhakimizaim tu berkembang mengikut tumbesarannya...
seronok tengok anak membesar depan mata mamanya... :)


macam sekarang hakimi dah 5bulan++ bila meniarap/ duduk/ berdiri kepala dah tegak..


pantang nampak kamera anak soleh ni terus tersenyum.. alahai comelnya kamu ni anak! bikin geramm jer :P

apa-apa pun setiap bayi perkembangannya lain-lain jadi mama2 jangan risau sangat jika anak tak pandai itu ini..
mama2 perhatikan.. jika ada yang meragukan sila lah berjumpa dengan doktor... :)

moga anak2 kita membesar dengan sihat dan kuat! Amin..



CPUV Pertama 2014 Visa Travel Happy

4:57:00 PM 11 Comments A+ a-


Alahai... baru muncul CPUV untuk tahun 2014 untuk blog kudus ni...
lately encik nuffnang macam kedekut je nak bagi iklan kan..
opsss ampunnn encik nuffnang! termengata pulak...hehe



earning baru nak naik RM1..
tapi takpe lah.. sikit-sikit lama lama jadi banyak nanti..
mudah-mudahan earning ni mampu bertahan lebih lama dan punyai earning yang banyak! hahaha
sila lah rajin mengupdatekan entry  yer puan jijah oi! kohkohkoh




Konflik Bajet Isi Rumah

4:30:00 PM 15 Comments A+ a-


Bukan senang nak bina rumahtangga... masing masing ada peranan sendiri...


betapa besarnya tanggungjawab suami yang perlu di pikul..



apa-apa pun dalam rumahtangga sepakat membawa berkat..
^___^







Hargai Anak Ketika Masih Kecil...

4:08:00 PM 17 Comments A+ a-


Ketika MEREKA masih lagi duduk dalam "walker"..
Ketika mereka mula mengangkatkan "punggung" untuk "berjalan"..
Ketika mereka masih "mencari" dan cuba "menyusun" perkataan..
Ketika mereka masih baru merasa nikmat "coklat & ice cream"..




DAN KETIKA ITULAH KITA perlu berbicara dan memahami mereka serta memberi sepenuh tumpuan..
KERANA bila MEREKA MENINGKAT DEWASA itu semua telah TIADA..



Anak Mama Dah 5 Bulan

3:54:00 PM 14 Comments A+ a-


10/2/14
isnin baru2 ni usia anak soleh zulhakimizaim dah 5bulan!
cepatnya anakanda mama ni membesar...
iya memang membesar dengan jayanya... syukur Alhamdulillah :)


bos kecikk cakap "apa pandang-pandang??" mihmihmih :P

pagi tadi checkup..

checkup 5bulan 2hari:
berat: 8.5kg
panjang: 68cm
lilitan kepala: 43.5cm
next TCA: 12/3/14



perkembangan 5 bulan sudah pandai mengesot.. angkat punggung..pegang botol susu sendiri.. dah tak nak duduk.. nak berdiri je.. macam besar sangat dah tu.. hikhik

tak lama lagi hakimi dah 6 bulan.. dah boleh start mamam.. tak sabar mama nak bagi hakimi makan!
jadi mama tengah listing apa yang perlu di beli sebagai persediaan solid food hakimi..

so nak tanya ibu-ibu apa yang perlu yer.. jom sama2 kita kongsi idea...??



Cakaplah dengan mama, Sayang....

4:05:00 PM 15 Comments A+ a-


Hakimi masa usia 4bulan sibuk nak bercakap..
"ba..ba.. ba.. pa.. pa.. pa.."
si papa kemain la suka anaknya panggil namanya.. huhuhu
sibuk la mereka berdua saling membalas.. so cute ok!
ada video tapi kat fb.. hakimi siap gaya mulut gitu...




jadi kalau anak sibuk nak bercakap sila lah bagi tindak balas..
melatih mereka berkomunikasi dengan anda. kan seronok :)



Hakimi Dah Pandai Mengesot

5:22:00 PM 28 Comments A+ a-


Anak soleh zulhakimi zaim ni memang bijak..
umur 3bulan dia dah pandai meniarap..
umur 4bulan dia dah mengesot.. tapi mengesot kebelakang la.. hahahaha
sekarang nak masuk 5bulan makin cekap mengesot dan angkat punggung!




macam kat gambar ni dia pusing 360 darjah kat tilam dia tu.. 
bahaya sekarang ni.. kalau dia mengesot ke belakang.. tahu tahu dah sampai ke lantai.. bahaya budak kecik ni kalau tak di pantau!

hai la anak soleh mama..
cepatnya kamu membesar nak...
belum puas mama menikmati setiap perkembangan kamu...


Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

3:00:00 PM 23 Comments A+ a-


Assalammualaikum, peace upon you.

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :

Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

The Motherhood Experience

8:00:00 AM 14 Comments A+ a-


Mommies siapa setuju ??



sejak ada anak ni kehidupan totally berubah!
kadang-kadang tak sempat mandi, masak dan makan..
walaupon penat melayan anak soleh zulhakimizaim tapi enjoy sangat!




no matter what i love!
i enjoy to be motherhood... ^___^




Nombor Akaun Cimb Sudah Berubah 10 Digit

4:00:00 PM 11 Comments A+ a-


Baru-baru ni kan cimb tengah upgrade sistem..
konon kata duit yang ada kat cimb kena transfer ke akaun lain dulu...
takut duit hilang...
Syukur cimb dah boleh guna sekarang...



jadi sekarang no akaun cimb sudah bertukar ke 10 digit berbanding 12-14 digit sebelum ni..
tapi no akaun lama masih boleh detect lagi :)

sesiapa yang ada cimbclicks boleh cek kat 'my account'. akan keluarlah nombor baru korang tu... macam jijah ada letak nombor akaun suami sebagai nombor akaun favourite pun automatik bertukar jadi 10 digit. jadi dari sini lah jijah save nombor akaun jijah dan suami ^___^  kalau takde kena lah korang pergi kat mesin atm.. hehe

harap-harap sistem cimb lepas ni lebih cepat loading senang mama jijah nak beli barang online laju2..muahahaha :p



IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

1:37:00 PM 12 Comments A+ a-


Jom join





Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry


5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)


TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014


klik sini untuk join---> 




Papa Navy Kerja Kat Labuan, Sabah Pula :'(

8:31:00 AM 16 Comments A+ a-


Mulai hari ini papa navy bekerja di Labuan, Sabah sampai bulan 8 nanti...
bermula lah PJJ kembali 
kalau dulu papa navy belayar, seminggu di laut seminggu ada di darat tapi kini dua minggu sekali mahupon sebulan sekali baru dapat jumpa papa.. tu pon weekand sabtu ahad papa balik Kota Kinabalu..


setiap perkembangan anak soleh zulhakimizaim tak dapat la papa tengok lepas ni..


sabar yer mama jijah... papa navy pergi cari rezeki untuk mama dan hakimi..
mama kena kuat.. hakimi kan ada..
mama anggap ini dugaan kecil untuk mama dalam membesarkan hakimi jauh dari papa di sisi.. :'(


p/s: ketika hidup memaksa aku merintih dan mengeluh, aku lebih memilih tabah dan tersenyum :)
in shaa Allah..





Playgym Mainan Baru Hakimi

12:20:00 PM 21 Comments A+ a-


Hakimi nak masuk usia 5bulan baru mama dapat belikan playgym..
suka tengok hakimi main dengan mainan gantung-gantung tu..
secara tak langsung melatih perkembangan motor, visual, sentuhan dan rasa..



aktiviti sekarang suka main kaki.. 
sikit lagi nak gigit ibu jari tu..


aippp hakimi.. no no no!

Alhamdulillah hakimi 144hari sudah.. tak lama lagi 5bulan.. 
membesar dengan sihat dan kuat yer nakk!!
mama love u son!!




Line SLooow!

11:40:00 AM 11 Comments A+ a-


Lamanya tak update entry...rindu -_-
lately modem broadband celcom bikin panas! tetibe tak detect kat usb dengan line yang slooooooow.. 
haihhh rasa nak campak je modem ni ke tingkat bawah! grrr!!

maaf kawan-kawan jijah dapat komen satu entry jer. 
kalau line laju dah lama komen pukal.. rindu nyaa nak baca entry kawan-kawan.. sobsobsob

maaf yer...
harap-harap line laju lepas tahun baru cina ni...