Ujian Pap Smear Dan Kanser Serviks

8:00:00 AM 9 Comments A+ a-



Siapa dah buat Ujian Pap Smear sila komen!



Apakah ujian Pap Smear??
  • iaitu 1 ujian saringan untuk mengesan kanser serviks pada peringkat awal
  • ia di panggil 'pra kanser' yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tak dirawat
Mengapa ujian pap smear ini penting?
  • sebab kanser serviks adalah kanser ke 2 paling kerap berlaku di kalangan wanita d Malaysia
  • dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks terjadi
  • pengesanan dan rawatan dapat sembuhkan penyakit ni sepenuhnya


Apa itu kanser serviks?
  • keadaan apabila selsel di serviks bertindak secara tak normal dan berkembang menjadi kanser
  • sebelum jadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel selnya. ini di sebut 'pra kanser'
  • peringkat pra kanser ambil masa beberapa tahun sebelum bertukar kepada kanser serviks
  • jangka masa ni boleh di gunakan untuk Doktor kesan serta rawat supaya kanser serviks dapat di cegah dari berlaku



Faktor risiko?


  • semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks terutama umur 20-65tahun
  • risiko lebih tinggi
  1. memulakan hubungan seks usia awal dan pasangan seks ramai
  2. anda @ pasangan dapat jangkitan virus Human Papiloma
  3. hisap rokok
  4. jangkitan penyakit kelamin

Tanda gejala kanser serviks?



  • lelehan faraj berair dan berbau busuk
  • rasa sakit semasa melakukan phubungan seks
  • pendarahan dari faraj antara haid @ selepas hubungan seks
  • sebarang pendarahan dari faraj selepas putus haid

Bagaimana pap smear dilakukan??
  1. ambil masa 5-10minit je...
  2. mudah dan tak menyakitkan
  3. dilakukan oleh doktor atau jururawat
  4. libatkan pemeriksaan faraj serta pengambilan sampel sel serviks
  5. teknik ~~>
  • sampel sel+serviks di ambil secara berhati hati mengunakan berus serviks+spatula
  • sampel di sapu ke atas slaid kaca
  • slaid akan di periksa mengunakan mikroskop di makmal
Bila masa yang terbaik jalankan ujian pap smear??


  1. dilakukan bila bila masa kecuali masa nifas& haid
  2. masa yang sesuai pertengahan pusingan haid/seawal 10 hari selepas hari pertama datang haid
  3. elak hubungan seks 24jam@ 1 hari sebelum jalani ujian pap smear
  4. tiga bulan selepas bsalin
  5. elak selepas penggunaan ubat ke dalam faraj sehari sebelum menjalani ujian pap smear

Berapa kerap ujian pap smear perlu dilakukan??
  • 3 tahun sekali
  • wanita pertama kali melakukan di nasihatkan menjalani ujian pap smear setiap tahun pada 2 tahun pertama. Jika kedua dua normal di ikuti dengan 3 tahun sekali
Di mana dapat menjalani ujian pap smear secara percuma??
  • klinik desa
  • klinik kesihatan
  • hospital kerajaan

Peranan suami dalam membantu mencegah kanser serviks
  • setia pada pasangan
  • galakkan pasangan untuk menjalani ujian pap smear
  • amalkan cara hidup sihat dengan tidak merokok
  • penggunaan kondom boleh membantu mengelak jangkitan penyakit kelamin



Kesimpulan nya................

Para wanita perlu menjalani ujian pap smear ini secara berkala kerana ia mampu mencegah kanser serviks dan dapat menyelamatkan nyawa anda..


Pilihan terbaik untuk kesihatan menyeluruh, tentunya Vivix keluaran terbaik Shaklee.





Jom Vivix!!


VIVIX UNTUK WANITA YANG MENGHIDAP KANSER SERVIKS


Shaklee telah menghasilkan satu formula ajaib, dari kajian 2006, dan terciptalah Vivix Shaklee. Kenapa vivix ini sangat istimewa ? 


1. Vivix sebagai alternatif kepada pesakit kanser


2. Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu perbaiki sel-sel yang rosak seperti sel kanser.

3. Vivix bukanlah ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Ia dibuat daripada 4 ekstrak botani iaitu Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberry Eropah (Sambucus Niagra) dan Polygonum Cuspidatum. .. 


Menurut laporan daripada kajian terbaru yang dibuat oleh University of Missouri pada tahun October 2013, lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveratrol (kandungan utama Vivix!) dan radioterapi berbanding rawatan dengan radioterapi saja.


TESTIMONI PENGHIDAP KANSER YANG MENGGUNAKAN VIVIX







CARA MEMBUAT PEMBELIAN VIVIX SHAKLEE


CARA 1

Klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran melalui GDEX atau Citylink.



CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.



Ingatlah
"Mencegah itu lebih baik daripada megubati"...


saya sudah.. anda bila lagi??



Follow:
Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant





Selamat Hari TLDM Ke 82

10:54:00 PM 7 Comments A+ a-



Selamat Hari TLDM ke 82 buat semua warga TLDM 
terutama encik suami tersayang..




TLDM Siap Siaga Perairan Terpelihara..

~Sedia berkorban..~



Hari ni papa ada perbarisan..
anak teruna acah acah tabik hormat :)

Selamat maju jaya dalam kerjaya tentera laut papa!!




Posted via Blogaway

Teratak Az: Grill

8:30:00 AM 13 Comments A+ a-


Akhirnya grill Teratak AZ telah siap di pasang. Grill mengambil masa seminggu lebih untuk siap. Grill amat perlu untuk setiap rumah baru pada masa kini terutama ianya melibatkan aspek keselamatan. Sekurang kurangnya ikhtiar kita untuk mencegah kejadian pecah rumah atau sebarang kejadian jenayah daripada terjadi.

Grill ni ada pelbagai jenis:

-Stainless Steel
-Wrought Iron
-Mild steel
-Aluminium

Banyak design cantik-cantik tapi memandangkan sedar diri yang bajet ala-ala je daku pilih Mild Steel (besi biasa)! 



pintu hadapan rumah

Ingat nak pasang grill tingkap di luar tapi rasa macam dalam lebih safety. so ini kekdahnya....
Daku pilih grill corak lurus tapi jenis tebal. simple dan berwarna putih. 


style lurus-lurus je pun..

grill untuk satu rumah (pintu hadapan, tingkap hall 2 panel, tingkap masterbed 3 panel, tingkap bilik 2 dan bilik 3, tingkap bilik 4 2 panel, toilet, pintu belakang, tingkap dapur 1panel) itu ini pun dah RM2k++.. kalau pilih corak bunga bunga wrought iron kononnya.. lagi banyak $$$ keluar...huuu *nangiss*  biar simple janji selamat InshaaAllah :)
settle part Grill.. 

Nota kaki: Dah tahu grill warne putih kena la rajin mengelap kalau nampak berabuk!! huhuhu

Checklist Pindah Rumah Baru

9:00:00 AM 13 Comments A+ a-


Alhamdulillah rumah dah dapat kunci dan sedia untuk di duduki..
Sebelum itu pastilah ada beberapa perkara yang perlu di buat sebelum menduduki rumah baru..



1. Exterior (Luar Depan Rumah)

  • Grill
  • Lampu & wiring
  • Plug
  • Tiles
  • Getah Paip
  • Water filter
  • Mangga

2. Ruang Tamu

  • lampu&wiring
  • kipas/ aircond
  • plug
  • tv
  • kabinet tv
  • tikar/karpet
  • langsir/bidai (day&night)
  • railing langsir
  • rak kasut
  • alas kaki
  • set sofa
  • bunga! (bagi cantikkan sikit ruang)
  • frame Allah, Muhammad, atau ayat-ayat Quran
  • grill tingkap dan pintu
  • mangga

3. Bedroom

  • katil/ tilam/ bantal
  • almari
  • meja solek
  • penyangkut baju
  • cadar/ comforter
  • langsir/ railing langsir
  • kipas/ aircond
  • lampu & wiring
  • plug
  • grill tingkap bilik
  • carpet

4. Dining Hall

  • Lampu&wiring
  • kipas
  • plug
  • cermin besar
  • set meja makan

5. Dapur
  • dapur gas
  • tong gas
  • peti ais
  • hob& hood
  • set pinggan mangkuk
  • set cawan gelas jug
  • set pisau
  • set kuali
  • set periuk belanga
  • rice cooker
  • termos/water heater
  • lesung batu
  • set sudip
  • microwave
  • blender
  • kain pengelap
  • sudu garfu
  • kitchen kabinet
  • tirai dapur
  • tong beras
  • tudung saji
  • drying rack
  • grill tingkap& pintu
  • mangga

6. Bilik Air x 2

  • lampu&wiring
  • set mandian
  • baldi & gayung
  • towel hanger
  • cermin
  • water heater

7. Laundry

  • penyidai
  • bakul laundry
  • sabun cuci/ detergent/ softlan
  • hanger & penyepit baju
  • mesin basuh

8. Stor (Bilik 4)

  • lampu wiring
  • langsir/railing langsir
  • plug
  • grill tingkap

9. Lain-lain

  • penyapu
  • mop
  • penyodok sampah
  • plastik sampah
  • bulu ayam
  • extension plug
  • jam besar
  • mangga rumah
  • cat
  • astro
  • lori


Semoga dengan checklist ni dapat membantu anda membuat perancangan teliti untuk masuk rumah baru.. inshaaAllah




IG Baru Zahwa_Shoppe!

5:00:00 PM 6 Comments A+ a-



Daku baru buka 1 acc instagram yang baru untuk bisness. Nasib baik la instagram boleh buat banyak acc kan.. senang sikit nak link.





Memandangkan daku sendiri dalam kerjaya jururawat ni jadi amat mudah daku buka instagram bisness Butik @Zahwa_shoppe untuk jual item item jururawat seperti gunting, yoyo tag kad nama, pentorch, tudung jururawat dll 
ehh bukan bahagian medical pun boleh item macam stoking,poket calculator, pita pengukur, tali card holder, card holder dll

Jadi kalau tak keberatan jemput follow instagram @Zahwa_shoppe ye mana tahu berkenan..

Terima kasih ^___^

Pagezahwashoppe

Home Progress: Table Top Kitchen Cabinet Part 1

8:00:00 AM 12 Comments A+ a-


Payah betul bila kunci dah dapat tapi rumah takde elektrik lagi.. 
terbantut semua-semua kerja wiring, grill dan kabinet nak buat..huuu

15.4.2016
Dorang baru sempat buat rangka table top.. nak potong tiles tapi takde elektrik pula. takde la dorang datang buat kerja.. * nangess* biasalah melayu.. emm bila tah nak siap..




oh ya...daku buat L-shape with counter bar..



20.4.2016
Dah nampak rupa table top sikit dengan sinki dan dapur gas



teringin sangat nak counter bar.. nampak cantik je...malam boleh lepak kat sini sambil minum kopi di temani lampu romantik..kikiki





harap-harap impian menjadi kenyataan lah.. huhuhu
next Grill...
stay tuned!





Teratak Az: The Begining

9:00:00 AM 11 Comments A+ a-


Dalam masa sebulan ni sibuk uruskan Teratak Az ni. Nasib la masih dalam maternity leave. Nanti dah naik kerja takde masa nak uruskan perihal rumah. Alhamdulillah lepas pindah semenanjung rezeki dapat beli rumah di kampung halaman sendiri. untung lah daku dan suami satu kampung. senang nak ulang alik tak jauh mana..


Peringkat Awal Pembinaan

Actually tak pernah terpikir nak beli rumah. kebetulan ada pamplet rumah kat supermarket terus ambil then letak pamplet tu dalam kereta. keesokannya makayah naik kereta tu ternampak la pamplet ni. dorang risik risik rumah baru ni dan bila tengok gaji dan kelayakan loan lepas terus booking! masa tu daku kat sabah lagi. uruskan dokumen melalui faks.

Ini adalah gambar gambar awal masa rumah tu sedang disiapkan, makayah yang selalu datang melakukan site visit. 



november 2014



disember 2015

ikutkan bulan 12 tahun lepas lagi dah siap. tapi ada masalah2 tak dapat di elakkan terpaksa tunggu lagi.. bulan 2 2016 baru dapat CF tapi elektrik dan air takde lagi..

Dan Alhamdulillah dua tahun menunggu 31 Mac 2016 lalu dah terima kunci rumah baru :)


Terima Kunci & Check Defect

Masa terima kunci rumah check aksesori rumah dan check defect.. mana yang ada crack kontractor terus tampal masking tape dan tanda supaya pekerja cepat baiki defect tu. Dalam tempoh 2 tahun kalau ada apa apa defect/kebocoran pada struktur rumah tu, bagitahu pihak pemaju. Alhamdulillah tak banyak defect yang major.

Bila dah dapat kunci rumah ni secara automatik rumah itu dibawah tanggungjawab kita. Jadi kena lah pasang grill cepat-cepat.

Sekarang dalam proses pemasangan grill, wiring dan table top.. Moga berjalan lancar..

Target daku nak masuk rumah baru sebelum puasa. Orang kata nak beraya dengan rumah baru katakan, hihihi Amin mudah-mudahan..

Semoga di permudahkan segala urusan.. Amin.


Maternity Leave

9:00:00 AM 11 Comments A+ a-






Baru teringat nak update daku masih dalam Maternity Leave!
3 bulan tu cuti bersalin...
Tapi sibuk uruskan pindah runah baru..
inshaAllah 2.5.2016 ni mula bekerja..
lama bercuti lemau pula rasa...kihkihkih

Tips Beli Rumah Di Zaman Gawat

8:30:00 AM 5 Comments A+ a-


Serius! harga rumah semakin melambung tinggi. rasa tak berbaloi dengan pendapatan masa kini. gaji RM5k belum tentu dapat beli rumah kan.. tapi rumah ni aset. makin lama harga tanah makin mahal lagi tak mampu jika tak di beli dari sekarang..itu la berlaku sekarang..

ini sedikit tips beli rumah.. 
mana yang baik boleh di gunapakai! 




yang pastinya nak beli rumah ni kena pejam mata bayaran bulanan mahal. janji ada aset sendiri! bila duit rumah dah start kena potong kena lah lebihkan keperluan dari kehendak..

Teratak Az: Air dan Elektrik

8:30:00 AM 7 Comments A+ a-


Nak duduk rumah baru kena ada 2 benda penting ini. Elektrik dan Air. Dapat kunci rumah 31 mac. Masa tu meter dan air takde lagi..dia janji dua hari pasang..Ok..sabar menunggu.. selang dua hari air pun masuk.. 

tapi bab elektrik punya angin sikit, kontraktor tu kata elektrik masuk pada minggu lepas (minggu pertama bulan april) tunggu punya tunggu takde juga api.  dah la minggu ni orang grill dan  kabinet dapur nak start buat kerja.. mereka perlukan elektrik.. telefon banyak kali pun alasan yang sama. tunggu orang TNB pasang.. 

ada sesetengah rumah baru, tuan rumah kena buat sendiri kalau nak masuk rumah.. tapi dalam hal ni semua pemaju yang settlekan.. tapi lambat macam ni lah... emmm sakit hati makk!! dah lah mak nak duduk sebelum bulan 5 oii!! bila nak siap nihh!! sobbb~~


Dapur Jenis Gas Atau Elektrik?

8:00:00 AM 7 Comments A+ a-


Encik suami ada dapur elektrik, orang putih panggil "induction cooker". dia beli masa masuk navy dulu. almost 8tahun juga la..punya la lama simpan..tah boleh guna ke tidak lagi tu..

so..bila nak masuk rumah baru ni, baru lah kami keluarkan dari stor..nak guna dan tengok ukuran konon nya untuk letak kat table top.


Sumber Ikea

electric induction cooker
sekeping..nipis ada dua tempat masak. lap pun mudah.

Masalahnya sekarang daku sedang pertimbangkan pakai dapur elektrik ni untuk letak kat table top kabinet dapur nanti sebab daku tak reti guna.. suami pula dia kata dia akan guna. dia guna tu time weekand jelah..


Sumber: DRKSK

nak tak nak kena buat lagi satu dapur gas sebelah dapur elektrik. tengah confuse pula nak letak dapur gas biasa atas table top tu atau beli dapur gas baru built in terus macam gambar atas ni! kalau letak dua-dua atas table top jadi terhad la pula.. table top bukan besar sangat pun..pening makkk~~

suami beli cooker hob ni dengan perkakas periuk,kuali,sudip khas dia saja. rugi pula kalau tak pakai..
nak beli hod yang tungku tu melayangg lagi duit.. emm..

emmm nak buat table top ni..tapi masih takde keputusan...


ehh siapa kat sini biasa pakai dapur jenis elektrik ni...?? 

built in dapur gas dan induction cooker dua-dua ni ke? 

atau

built in induction cooker ni tapi pakai dapur gas yang boleh alih?









Teratak Az: Kunci Rumah Baru

11:26:00 AM 17 Comments A+ a-


Alhamdulillah.. 31 mac lalu baru dapat kunci rumah yang selama ini ditunggu-tunggu. Fuh! penantian satu penyeksaan!! Ramai kata bestnya nak duduk rumah baru, tapi nak dapatkan rumah baru aset sendiri ni macam-macam dugaan..2 tahun penantian..huu~~




Ini proses masa serah kunci

1. Appointment dengan Pemaju
Sampai je surat untuk serah kunci kat alamat rumah mak terus ayah call HQ untuk dapatkan appointment untuk ambil kunci

2. Serah Kunci
Sampai depan site, kontraktor dah tunggu. Masa serah kunci tu, kontraktor terangkan keadaan rumah tu. Dia bagi dua set kunci dan sign satu borang "hand over"

3. Check aksesori rumah
Check aksesori rumah bersama-sama kontraktor dan kontraktor akan tick pada borang dan kita kena sign. cuma masa serah kunci hari tu rumah belum ada elektrik dan air. jadi kotak dalam borang tu di kosongkan

4. Check Defect
Selepas check aksesori rumah tiba masa check defect pula.. mana yang ada crack kontractor terus tampal masking tape dan tanda supaya pekerja cepat baiki defect tu. Tapi tempoh warranty 2 tahun. Dalam tempoh 2 tahun kalau ada apa apa defect/kebocoran pada struktur rumah tu,bagitahu pihak pemaju. Alhamdulillah tak banyak defect. dan sign lagi borang. memandangkan meter air dan elektrik takde lagi jadi tak boleh nak check api dan air. kena tunggu ada baru boleh check

5. Cari Quotation
Part rumah dah settle so tiba masa nak cari quotation untuk grill dan kabinet dapur pula. 


Macam tak percaya ada rumah sendiri. Opss belum lagi, kerja-kerja wiring, pemasangan, perpindahan pula menyusul. Estimated lebih kurang sebulan lah baru boleh duduk betul.

So next step adalah buat grill. Grill tu yang paling penting. Safety kan.  Dah jumpa kontraktor yang akan grill. Dah ukur awal2 lagi tapi dia sibuk pula.. harap siap secepat mungkin. Boleh letak barang sikit-sikit.



Harap urusan rumah dapat settle dengan segera dan dipermudahkan sebelum naik kerja awal bulan 5 ni. Tak tahan tengok kotak-kotak kat ruang tamu rumah mak sekarang. serabut!! huhuu


Tropika Baby Herbal Cream

9:00:00 AM 6 Comments A+ a-


Masa nur zahwa admit hari tu sebab batuk.. ramai suggestkan KRIM HERBA TROPIKA ni.. serius daku tak tahu kewujudan krim ni sebelum ni sebab dari abg hakimi lagi pakaikan minyak ANUGERAH je 

Rupa-rupanya memang bagus krim ni tak melekit, tak berminyak..baru pun wangi..



KRIM HERBA TROPIKA DIPERBUAT DARI :
🎯campuran Halia
🎯Minyak Kelapa Dara
🎯Minyak Kayu Putih
🎯Herba2 Tropika

KELEBIHANNYA MERAWAT & MENCEGAH :
➡ Batuk & Selsema
➡ Kahak / Nafas Berbunyi / Lelah
➡ Hidung Tersumbat
➡ Kembung Perut Bayi

Krim tidak panas sesuai sangat digunakan dari bayi seusia 1hari hingga dewasa. 100% organik, bebas bahan kimia & steroid.

Hari-hari sapukan nur zahwa dengan Tropika Baby Herbal Cream ni kat dada, belakang, tapak kaki serta perut 3@4 kali sehari sampai terkentut kentut macam bunyi bom..kihkihkih

Alhamdulillah nur zahwa sangat serasi krim ni.. ^__^
daku tak jual tapi korang boleh beli mana-mana online shop.. ini pun hadiah dari hamba Allah untuk nur zahwa...terima kasih kak :)