3rd Pregnancy Diary: Minum Air Gula

8:00:00 AM 12 Comments A+ a-



Ujian air gula atau nama lainnya Modified Glucose Tolerance Test (MOGTT) dijalankan untuk mengenal pasti sama ada seseorang ibu mengandung tu menghidap diabetes@kencing manis semasa mengandung. Ujian ni selalu dibuat kepada golongan2 ibu mengandung yang berisiko seperti:


- sejarah keluarga yang menghidap diabetes (terutamanya ayah & ibu)
- kenaikan berat berlebihan bagi ibu mengandung
- kehamilan pada usia yang lanjut 


Biasa ibu hamil kena buat ujian MOGTT ni 2 kali dalam 14 minggu dan 28 minggu usia kandungan.

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

→Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak mungkin. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran. Mula puasa jam 10 malam
→Minum air gula dalam keadaannya suam. Sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
→Minum sekaligus air gula itu. Jangan minum sedikit demi sedikit kerana ini akan buat kita rasa loya.
→Selesai minum air gula, kumur mulut untuk menghilangkan kemanisan air gula didalam mulut.
→Jika mahu pitam,berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian.
→Selepas ujian darah kali kedua dijalani, jangan terus makan makanan berat. Mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti.


Pengalaman sendiri:

Minum air gula masa kandungan 24 minggu. itu je lah satu kali! Alhamdulillah :)
(Di sebabkan diri sendiri cik misi) Jam 8 am, minta kawan ambilkan darah pre MOGTT di bahagian lengan, then minum air gula kat wad. Air gula tu sendiri ambil kat wad bersalin. 1 pek 75gm gula dan bancuh dalam 250ml air.. 
Tunggu 2 jam, 10 am ambil darah balik untuk post MOGTT.


Result:




Berpuasa : 4.5mmol

Lepas 2 jam minum air gula : 5.7mmol

Tinggi sikit tetapi masih dalam range normal. Alhamdulillah bebas kencing manis!!




Tips Penjagaan Selepas Pembedahan

8:00:00 AM 4 Comments A+ a-


Bersalin secara pembedahan/Ceaseraen masa bersalin kurang sakit berbanding bersalin normal, tetapi yang tak bestnya bersalin kaedah ini, sakitnya selepas proses pembedahan tu. Nak duduk susah, nak pakai bengkung susah, ada pulak tu luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau.





Memang kalau dengar memang mengerikan dan mengilukan. Tapi semua wanita jiwa nya kuat dan tabah. Penjagaan bersalin pembedahan memang lebih rumit. Namun walau apa pun kaedah/ proses anda bersalin, penjagaannya masih tetap sama dan penting. 


 TIPS PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN 

 1. Bergerak lebih awal dan banyak bergerak
 Melancarkan perjalanan darah dan membantu percepatkan penyembuhan luka 

 2. Makan makanan berzat dan seimbang 
Makan makanan yang mengandungi banyak protin,mineral,vitamin,buah- buahan dan sayur- sayuran 

3. Minum air secukupnya 
Buang toksin dalam badan. Mengurangkan sembelit kerana ia memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda bertambah sakit. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 

 4. Mengambil suplement zat besi dan multivitamin 
 Meningkatkan paras hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan anda. 

 5. Makan pil penahan sakit 
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. 
 Makan ubat tahan sakit (jika tiada kontraindikasi) untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak. 

6. Menyusu badan secara eksklusif
Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.

7. Pastikan luka kering dan bersih 
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman. 

8. Pakai bengkung 
Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. 

Tanda-tanda jangkitan kuman selepas bersalin pembedahan; 

1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka


Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang: 

Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot. 

Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. 

Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme. Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim. Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah 

Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari. 

Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan. 

Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut. 

Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. 

Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.




|Berpantang dengan Shaklee|

Pengalaman bersalin dua anak secara caeserean dan normal tetap sama walaupun cara bersalin berbeza.. rahsianya??

Amalkan Set Bersalin Shaklee..bekesan untuk kesihatan dalaman dan luaran



SET BERPANTANG SHAKLEE



ESP
membekalkan tenaga kepada ibu
🌸milkbooster
🌸bantu mnguatkan rahim


Vitalea
🌸sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu
🌸pelengkap nutrisi ibu
🌸bantu penghasilan darah merah setelah proses bersalin

Vitamin C
🌸 memepercepatkan penyembuhan luka
🌸membaiki sel rosak ketika proses bersalin

Alfafa complex
🌸mengecutkan rahim
🌸bantu buang angin dalam badan
🌸bantu banyakkan susu

Ostematrix
🌸elakkan sembelit
🌸melawaskan pembuangan air besar
🌸milkbooster




CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE.

CARA 1

Klik ke SET BERPANTANG SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Whatsapp: 013-2378013

SID 1200083
Your health & beauty consultant



3rd Pregnancy Diary : Supplement Ketika Hamil 1st Trimester

9:00:00 AM 5 Comments A+ a-


Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah sepanjang hamil 3 orang anak ni.. daku tak mempunyai masalah apa.. morning sickness pun takde.. cuma kekurangan HB/ darah rendah saja. memang sejak azali.. kikiki

Cuma nak berkongsi apa yang daku amalkan ketika mengandung tiga-tiga anak ni dari 1st trimester sehingga lah nak masuk 3rd trimester sekarang. Korang kena baca entry ni sampai habis. Mana lah tahu bila korang pregnant nanti boleh cuba supplement ni :p mesti tercari blog daku balik kan.. mihmihmih


Masa 1st trimester dulu, daku just amalkan B-compleks sebab ia mengandungi asid folik! Asid Folik pula wajib ambil untuk elakkan kecacatan pada bayi, sumbing dll. Korang boleh baca sini Asid Folik Kepentingan Sebelum dan Semasa Hamil. 
so mana yang merancang nak kahwin dan hamil dah boleh start makan asid folik ni. biasa doktor syorkan 3 bulan sebelum hamil :)


Inilah supplemen vitamin yang harus ibu hamil amalkan sepanjang kehamilan termasuklah diri sendiri yang tengah hamil nih :P




1. B-Complex 

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. 

2. Vitalea

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


3. Vita C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. .

4. Ostematrix

Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu, ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.



Inilah supplement yang daku dan ibu kat luar sana wajib consume bila hamil untuk 1st trimester.. kemudian bila masuk 2nd trimester, boleh add on ESP dan Omega Guard. nanti daku kongsi kan Supplement untuk 2nd Trimester pada next entry.


Nak dapat rezeki anak bukan senang maka berusaha lah untuk memberikan makanan supplement terbaik untuk bayi anda dalam perut anda. Anda makan bayi anda dapat khasiat!



CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

CARA 1

Klik ke SET KEHAMILAN ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant



3rd Pregnancy Diary: Scan Pertama Buka Buku Merah

2:50:00 PM 10 Comments A+ a-



Dah anak ketiga.. lambat sikit buat buku merah. Period teratur tapi ingat2 lupa bila last tarikh LMP. hahaha

Rasanya bagi tarikh LMP salah kat nurse. Sebab beza 2 minggu dari tarikh EDD sebenar..

Takpelah tunggu 28 minggu nanti scan balik. 




Ini Scan pertama masa buka buku merah!
Alhamdulillah sihat dan aktif bergerak dalam perut mama. Sekarang lagi aktif terutama malam malam.. :)

Mama excited macam anak pertama dan kedua juga.. Sekarang dah masuk 27 minggu.. inshaaAllah EDD 25.5.17 nanti.. tapi mudah-mudahan adikbaby keluar sama tarikh lahir dengan mama 24.5.17. Boleh sambut birthday sesama. Kikiki

Semoga adikbaby sihat sempurna..selamat dan dipermudahkan untuk bersalin nanti.. Amin..




Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"




Kejang Kaki / Cramp Ketika Hamil

10:12:00 AM 9 Comments A+ a-



Sejak masuk 2nd trimester ni ada masanya kaki mulai cramp..
Tak kira masa baring, duduk, tengah memandu mahu pun tengah jalan pun boleh cramp..
sakit hanya Tuhan yang tahu...



Kadang-kadang bila terjaga dari tidur malam-malam sampai terjerit-jerit kesakitan..

Bila search kat google katanya otot yang biasanya menegang ialah otot betis..

Beberapa teori tentang kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :
1. Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. 
Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
2. Minum air secukupnya setiap hari
3. Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
4. Pakai seluar panjang sewaktu tidur
5. Sapu minyak panas pada betis untuk elak angin sejuk masuk
6. Lapik bantal di bawah/hujung kaki. 

Bagi cara pencegahan pula :
1. Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
2. Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
3.Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.


Momies terseksa dengan masalah ini??
Jangan risau! Ostematrix kan ada!




Apa kata mereka tentang Ostematrix??




CARA MEMBUAT PEMBELIAN OSTEMATRIX


CARA 1

Klik ke OSTEMATRIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant


ALFALFA Si Jamu Moden

8:30:00 AM 6 Comments A+ a-









Alfalfa (Medicago sativa) adalah tanaman sejenis tanaman herba tahunan yang memiliki beberapa ciri, yaitu berakar tunjang, batang menyelusur tegak dari dasar kayu dan tingginya berkisar 30-120 cm, serta daun tersusun tiga. Tangkai daun berbulu dan berukuran 5-30 mm. Kedalaman akar alfalfa dapat mencapai 2-4 meter. 

Tanaman ini kaya akan mineral, seperti kalsium, magnesium, fosfor, kalium, dan besi. Alfalfa juga mengandung vitamin B, C, E, dan K




Banyaknye kelebihan Alfalfa Raja Segala Tumbuhan ni...banyak khasiatnya untuk tubuh badan..

Dengan harga yang murah & khasiat yang baik, memang tak rugi ambil Alfafa..



Promosi Februari

Buy 1 Free 1
dengan harga RM56!!

Nak atasi masalah KEPUTIHAN ambil Alfafa
Nak rasa macam PENGANTIN BARU ambil Alfafa
 Nak BANYAK SUSU ambil Alfafa
 Nak BERPANTANG ambil Alfafa
 Nak DETOKS ambil Alfafa
 Nak SLIM ambil Alfafa
 Nak kurangkan BAU BADAN ambil Alfafa
 Nak nyahkan RESDUNG ambil Alfafa
 Nak LAWAS & hilangkan SEMBELIT pun ambil Alfafa



CARA MEMBUAT PEMBELIAN ALFALFA SEBAGAI JAMU MODEN:

CARA 1

Klik ke ALFALFA ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Follow: @shakleebyazizah
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant




Resepi Apam Gula Hangus

5:41:00 PM 7 Comments A+ a-


Resepi Apam Gula Hangus

Sebelum tu panaskan kukusan dulu ye..

Bahan A (gula hangus)

1 cawan Gula pasir
1/2 cawan Air panas




1. Masuk gula dalam periuk masak dengan api perlahan.. 
selalu kacau supaya tak hangit. Gula akan bertukar dari putih jadi warna coklat.
2. Bila gula dah warna coklat tutup api dan masuk air panas cepat cepat tapi dengan berhati hati kerana nanti meletup letup dalam periuk tu. Sambil masuk air panas sambil kacau. Dah siap letak tepi untuk sejukkan.

Bahan B

1/2 cawan Minyak masak
2 biji Telur
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan Marjerin




1. Campur semua whisk kan. Malas whisk pakai blend je..
2. Campurkan bahan A tadi dekat bahan B

Bahan C

1 1/2 cawan Tepung gandum
1 sudu kecil Soda bikarbonat


1. Campur keduanya dan ayak
2. Masuk sikit sikit dekat campuran A dan B. adunan akan jadi warna perang macam gambar atas




  
1. Oles acuan guna marjerin atau minyak
2. Masuk adunan dalam 2/3 acuan (jangan penuh sangat)
3. Api sederhana. Kukus 15 minit untuk acuan kecik kecik macam ni.. kalau pakai loyang or acuan besar kukus 25 minit.




Selamat minum petang ^___^




Bahaya Air Masak Pada Bayi Kurang 6 Bulan

8:30:00 AM 3 Comments A+ a-



Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu di berikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya..

Amalan ini telah di praktikkan sejak turun temurun di merata pelusuk dunia. Di Malaysia juga ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.



Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi.


Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh:


1. Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. apabila perut bayi telah di penuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat di berikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Disamping itu kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran di kaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.


2. Merencatkan Akal

Menurut Pakar Laktasi dari Kanada Anne Kirkham pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang di serang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tak bermaya.


3. Mengancam Nyawa.

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak di titikberatkan. Pencemaran boleh berlaku dari sumber yang tak selamat atau bekas air yang tak bersih.

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang di hasilkan oleh susu ibu dan akan meyebabkan bayi kepada jangkitan.


4. Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat bahaya jika di berikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. sindrom ni di panggil 'oral water intoxication'.


Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu di tambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Oleh itu, jika anda fikirkan bayi anda haus,panas atau sembelit, beri bayi anda susu ibu sekerapnya...



Penyakit Kuning / Jaundis Pada Bayi Baru Lahir

8:00:00 AM 5 Comments A+ a-



JAUNDIS NEONATAL (PENYAKIT KUNING)


APAKAH JAUNDIS NEONATAL ???

Jaundis neonatal ni terjadi apabila paras serum bilirubin dalam darah melebihi paras normal menyebabkan bayi baru lahir mengalami kekuningan pada selaput mukosa dan di kulit semasa berumur kurang 28hari





KERNICTERUS ???

Kernicterus terjadi bila tahap bilirubin dalam darah tinggi dan mendap dalam sel-sel otak. Ia sangat bahaya terutama bagi bayi pramatang (tak cukup bulan ). Ini kerana mendapan ini boleh merosakkan otak dan menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh, sawan dan tidak dapat bercakap bila besar nanti.



APAKAH PENYEBAB KES JAUNDIS NEONATAL ???

Jaundis boleh terjadi akibat

1) Proses Fisiologi normal : iaitu bila bayi baru lahir masih tak mampu untuk mengkumuhkan lebihan bilirubin keluar daripada badan mereka.. terjadi pada hari ke-3 selepas lahir dan hilang selepas hari ke7-10.

2) Ia juga boleh terjadi akibat Proses Patologi (penyakit) dan akibat lain seperti

1)Faktor umum :
-Bayi premature
-Kurang air
-Darah yang terminum oleh bayi semasa proses kelahiran
-Pemberian susu ibu : meningkatkan risiko jaundis

2)Pemecahan darah :

Kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi : ABo atau Rhesus incompatibility. ibu kumpulan O fetus kumpulan A,AB,B. kumpulan darah tak serasi

3)Jangkitan kuman (sepsis):

-Jangkitan otak
-Jangkitan salur kencing
-Jangkitan dalam kandungan: herpes,TORCHES


4)Kesan metabolik :

-Kurang hormon tiroid
-Galaktosemia


5)Sumbatan pada aliran bilirubin :

-Penyempitan salur biliari : biliari atresia
-Jangkitan neonatal hepatitis


APAKAH TANDA GEJALA KES JAUNDIS NEONATAL ???

  1. jaundis berlaku beberapa jam selepas lahir
  2. urin (kencing) warna pekat dan berwarna air teh
  3. najis warna hitam
  4. demam jika ada jangkitan talipusat,talipusat bau busuk
  5. anemia-kurang darah


APAKAH PENGURUSAN KES JAUNDIS NEONATAL ???

Keterukan jaundis neonatal boleh diperiksa dengan

ujian darah venous dan kapilari(serum bilirubin)
kumpulan darah ibu dan bayi
Pemeriksaan lebih menyeluruh oleh doktor mengambil kira umur bayi : lebih bahaya jika bayi umur kurang 24jam

Keadaan umum bayi
Penyebab jaundis
Tahap jaundis @ bilirubin dalam darah



APAKAH RAWATAN YANG BIASA ???

Biasanya rawatan terbahagi pada 2 :

1) Fototerapi



Cahaya spektrum biru lampu khas dapat mengurangkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah 222microm/l. Ia akan diteruskan sehingga paras bilirubin menurun ke tahap lebih rendah. Oleh itu darah akan sentiasa diambil bagi mengkaji keberkesanan fototerapi ini.


Kesan sampingan fototerapi

i. rashes akibat panas sinaran fototerapi

ii.jangkitan mata

iii.retinal damage

iv.kemandulan



2) Exchange Transfusion (ET)



Adalah prosedur bila darah bayi secara berulang-ulang dalam kuantiti yang kecil dikeluarkan dan pada masa yang sama diganti dengan darah penderma. Dengan adanya fototerapi , ET telah kurang diperlukan namun jika bilirubin melebihi 345 microm/l, ia mungkin akan dilakukan.



KOMPLIKASI NEONATAL JAUNDIS
  1. kernickterus
  2. mental retardation
  3. cerebral palsy

GIVE AWAY POCKET CHIA SEED

10:00:00 PM 2 Comments A+ a-



klik banner untuk join



Tarikh Mula : 1 Februari 2017

Tarikh Tamat : 14 Februari 2017



Larangan Lada Hitam, Halia, Kunyit, Jamu Ketika Berpantang

8:00:00 AM 8 Comments A+ a-




Selain ibu berdarah O positive punca anak jaundis. Untuk dua minggu awal bersalin ketika jaundis bayi memuncak muncak jururawat sentiasa pesan jangan makan LADA HITAM, HALIA,JAMU, SUSU KAMBING dan KUNYIT ketika ini. 


Bahan bahan ini panas dan akan mengakibatkan kuning atau jaundis bayi bertambah naik lebih lebih kita menyusukan anak. jadi apa yang kita makan bagi kesan pada bayi. 




Kadang kadang kesian tengok bayi kat wad, jaundis sehingga usia sebulan dan macam macam rawatan kami buat. Salah satu cara phototherapy.
tapi sebagai ibu berpantang, Cara terbaik tinggalkan lada hitam, halia, jamu dan kunyit terlebih dahulu dan perbanyakkan memberi SUSU IBU!


Bila  bayi bebas jaundis paling kurang 2 minggu baru lah ibu boleh masukkan makan makanan tersebut untuk menu berpantang. memang tak sedap tapi demi kesihatan anak baik kita jauhi dahulu..


Mencegah lebih baik dari mengubati!



Simple Birthday Party Untuk Nur Zahwa

6:26:00 PM 8 Comments A+ a-


Alhamdulillah selesai jamuan ringkas sempena birthday Nur zahwa ke 1 tahun semalam.. Selamat Hari Lahir Nur Zahwa :)




Kejap je Anaksolehah nur zahwa dah setahun..moment2 di labour room masih terasa..hihi
sekarang dah pandai jalan.. dah banyak membebel.. bertindak ikut arahan..cuma sayang gigi je malu nak tumbuh lagi.. hihihi


Jamuan kecik kecik je mama buat untuk meraikan hari kelahiran kamu.. Dekorasi dari papa :)



Kek birthday tema Hello Kitty yang super cute khas mama tempah untuk Nur Zahwa. 




Kek birthday Red Velvet yang sangat sedap sponsor dari Mertua :) sedap sangat! ada cheese lagi.. nyumm!







mama, papa dan sepasang anak ^____^



baju raya zahwa tahun ni.. Alhamdulillah.. terima kasih yang memberi :)
mama dalam pantang tak dapat nak beli baju raya zahwa..



Doa mama buat anaksolehah Nur Zahwa,

Ya Allah tumbuhkan nur zahwa dengan sebaik2 pertumbuhan dan jadikanlah dia orang2 yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk.
Ya Allah selamatkanlah dia.. berilah kesihatan dan maafkan dia.. panjangkan umur dia dalam ketaatan dan keredhaanMu.. terimalah amal dia.. sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan Engkaulah yang patut mengabulkan doa. 
Amin..



Dividen dan Bonus Tabung Haji Tahun 2016

8:46:00 PM 5 Comments A+ a-



Akhirnya, Tabung Haji sudah membuat pengumuman Dividen dan Bonus Tabung Haji Tahun 2016 lalu.. Ini yang ditunggu-tunggu oleh pendeposit-pendeposit Tabung Haji.


Terdapat pengurangan peratus agihan Dividen dan Bonus Haji pada tahun 2016 berbanding tahun 2015. 



Tapi Alhamdulillah syukur juga. walaupun di landa kegawatan ekonomi, Tabung Haji masih memberikan dividen.. yang harus diingat menyimpan di Tabung Haji dah siap tolak zakat. inshaaAllah berkat :)





Dapat Hadiah Top Komentator Dari Azhafizah.com

8:27:00 AM 14 Comments A+ a-


Even lambat tapi nak post juga. 
Terima kasih banyak banyak buat blogger Azhafizah kerana sudi menghantar hadiah Top Komentator 2016 sehingga ke rumah!

kelasss kau jah! fiza sampai hantar ke rumah tapi malangnya daku bekerja masa tu. so tak dapat lah jumpa fiza :( so sad!



Suka hadiah bantal IKEA ni.. boleh peluk golek2 depan TV..hihihi

Terima kasih Fiza! Jasamu di kenang! 
Setiakan dalam penulisan.. jijah sentiasa support walaupun lambat tinggalkan jejak :p


Nur Zahwa 1 Tahun

8:00:00 AM 3 Comments A+ a-



Bismillahirrahmanirrahim.....



Ketika usia kandungan 40w+3/7 lahirlah seorang gadis comel dan cantik anak solehah Nur Zahwa Binti Zulkhairi Syafiq pada 2.2.2016@ 7.11pm

Alhamdulillah! 

Nur- Cahaya 
Zahwa- Yang cerdik dan cantik



Happy 1st birthday anak mama!
Selamat Ulangtahun KeLahiran  kesayangan mama, Nur Zahwa!
Mama doakan semoga zahwa di panjangkan usia,
Di kuatkan iman & takwa pada Allah dan Rasul..
Di murahkan rezeki..
Di beri kesihatan yang baik..
Di anugerahkan kejayaan & kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Jadi anak yang baik, cerdik dan petah..
Jadi anak penyejuk mata mama dan papa



HAPPY 1'ST BIRTHDAY NUR ZAHWA!
ANAK SOLEHAH PENYEJUK HATI PUTERI SYURGA!!
AMIN...