Petua untuk Berhenti Merokok

Merokok adalah tabiat yang merbahaya. Jika kalian tidak merokok, jangan mulakan kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan p...

Merokok adalah tabiat yang merbahaya. Jika kalian tidak merokok, jangan mulakan kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Fakta-Fakta Penting:
1. Merokok merbahaya tidak kira samaada kalian sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain.
2. Kajian menunjukkan bahawa jika kalian berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, ia mampu mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.
3. Jika kalian berhenti merokok melebihi 10 tahun, tiada risiko mendapat kanser mulut.
4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.
Apa Keburukan Merokok? Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi.
Antaranya :
+ Gigi berkarat (staining).
+ Nafas berbau (halitosis).
+ Penyakit gusi (periodontium).
+ Kanser mulut.
+ Kanser paru-paru.
+ Tekanan darah tinggi.
+ Strok.
+ Penyakit jantung.
+ Mati pucuk.
Perhatian:
Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.
Cara Membuang Tabiat Merokok:
+ Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
+ Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.
Petua Berhenti Merokok -
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
2.Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri kalian yang "kalian boleh membuang tabiat merokok".
3. Dapatkan sokongan.
4. Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :
a)Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
b)Lakukan senaman
c) Mandi dengan lebih kerap
d) Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy)



You Might Also Like

5 insan comel komen

  1. eiu kesian tekak dia. padah mrokok. kan!

    ReplyDelete
  2. ha tu la...merokok lagi! bahaya tu!

    ReplyDelete
  3. azam 2012..tp susah la :(

    ReplyDelete
  4. kin takut lah. baru2 ni dapat tau bf saya merokok. tapi time stress je lah. then bru2 juga dia minta izin , sbb dah x tahan stress.. agak nyesal juga sbb benarkan dia merokok. :(

    ReplyDelete
  5. kin takut lah. baru2 dapat tau si dia merokok. tapi time stress ja lah. agak nyesal jua kasih benar dia merokok td coz dia minta izin , dah x tahan dah coz stress. :(

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!