Persiapan Mahligai New York Norman Hakim dan Memey

Fuh yoo..Sebanyak tujuh tan bunga segar berwarna putih suci yang diimport dari New Zealand, Belanda dan China bakal menghiasi Dew...



Persiapan Mahligai New York Norman Hakim dan Memey


Fuh yoo..Sebanyak tujuh tan bunga segar berwarna putih suci yang diimport dari New Zealand, Belanda dan China bakal menghiasi Dewan Nirwana, Hotel Crowne Plaza sebagai simbahan rasa kasih dan sayang sempena persandingan bernilai RM12 juta dua sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Bunga-bungaan itu ialah dari jenis phalaenopsis, carla lilly, eustoma, matthila, apple blossom dan cherry blossom yang akan mendapat sentuhan magik daripada Nasrul Nasaruddin atau Nas dari penghias pelamin popular, Nas Great Idea.

Katanya selain bunga-bungaan segar, mahligai ini nanti akan diserikan dengan pelbagai hiasan menarik seperti kaki lilin, kotak cermin kaca, rumah lampu bewarna putih, buah-buahan plastik seperti anggur dan lilin yang akan melitupi seantero ruang dewan, di mana kos keseluruhan mencecah sekitar RM330,000.

"Ini adalah pertama kali saya merealisasikan konsep bercirikan perkahwinan glamor New York, di mana suasana di luar dewan nanti akan berubah wajah menjadi laluan serba putih manakala suasana di dalam dewan akan dihiasi dengan beberapa kanopi berlain suasana setiap satu.

"Inilah kelainan yang saya ingin terapkan dalam konsep perkahwinan Norman Hakim dan Memey kerana memang sudah kebiasannya saya hanya akan melahirkan sekali saja konsep atau identiti tertentu dalam mana-mana acara perkahwinan yang saya laksanakan sebelum ini," katanya.

Selepas majlis resepsi di rumah pengantin perempuan di Kota Tinggi, Johor hujung minggu lalu, pasangan itu sekali lagi bakal tampil dengan sebuah majlis resepsi termahal yang pernah dilaksanakan dalam sejarah perkahwinan selebriti tempatan, di mana hanya 200 tetamu diundang dan memerlukan 90 kakitangan untuk menyiapkan mahligai berkenaan dari peringkat mula sehinggalah ianya siap sepenuhnya. 

Istimewa mengenai mahligai ini menurut Nas, apabila tidak akan ada pelamin seperti mana majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang lain kerana konsepnya lebih memberi tumpuan kepada pasangan pengantin dan tetamu untuk beramah mesra, sama sebagaimana majlis resepsi di kota epal itu.

"Inilah yang ingin saya buktikan dalam rekaan saya kali ini yang mana tidak semua majlis resepsi perlu di buat secara besar-besaran dengan jumlah tetamu yang ramai. Saya percaya konsep 'itimate' seperti ini akan menjadi ikutan masyarakat kita tidak lama lagi," katanya.

kredit: murai.com


You Might Also Like

10 insan comel komen

  1. harap panjang usia perkahwinan....

    ReplyDelete
  2. semoga kekal bahagia...jgn buat hal dan orang rasa ralat kerana menaja...

    ReplyDelete
  3. fulamak..abes semua nak mewah..giler ah..

    ReplyDelete
  4. terlebih duit betul la ni harap nye panas nanti sampai la ke petang..

    ReplyDelete
  5. deorang ni kalo hari tu tak jd kawen sure malu gila kot.

    ReplyDelete
  6. okay... majlis RM12 juta bermula tak lama lagi kan?

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!