Friday, April 10, 2015

Suara Serak..Seksi kah?



Start suara hilang hari rabu, dah la syif pagi hari tu bila nak bercakap takde suara.. susah nak berkomunikasi dengan ibubapa pesakit. sampaikan bapa pesakit tegur.."hai nurse, takde suara pula hari ni, semalam ok je.." tu dia perihatin betul bapa pesakit kita..

hari ni hari khamis suara dah ok sikit cuma serak2..rockerss ai tell u~~!! actually takde pun demam or batuk, tetiba je hilang suara..mungkin kekurangan minum air suam ni..

So korang,,, kalau ada sakit tekak sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda menunjukkan tanda-tanda yang berikut:

-Mengalami suara serak lebih dari tiga minggu.
-Hilang suara atau suara serak yang teruk lebih dari seminggu.
-Suara serak beserta rasa sakit. Suara serak akibat sakit tekak dan demam biasa terjadi. Namun, suara serak ketika sihat adalah tidak normal
-Suara serak berserta rasa benjolan didalam tekak.
-Suara serak berserta batuk kronik atau batuk berdarah.
-Suara serak berserta kesukaran bernafas.
-Suara serak berserta masalah menelan.


Tips Penjagaan suara

1- Pastikan minum air kosong yang mencukupi
Pengambilan air yang cukup dapat menghindarkan dihidrasi pada peti suara. Ini dapat mengurangkan hentaman peti suara dan mengurangkan risiko kecederaan pada peti suara. Pakar mencadangkan pengambilan air kosong sebanyak 7- 8 gelas sehari.
2- Kurangkan atau elak pendedahan kepada bahan-bahan penyebab kerengsaan.
Antara makanan yang boleh menambah masalah kepada peti suara adalah seperti berikut:
-Produk tenusu boleh menyebabkan penghasilan kahak. Ini boleh mengganggu kejelasan suara seperti susu, aiskrim, keju

-Makanan pedas boleh menyebabkan tekak menjadi perit. Berpunca daripada asid refluks yang boleh menyebabkan iritasi pada esofagus

-Bahan yang mengandungi kafein boleh mengeringkan tekak. Ini boleh menyebabkan suara menjadi serak
3- Elak berdehem

Berdehem akan menyebabkan kerosakan disebabkan pergerakan geseran di antara tisu-tisu peti suara. Minum air apabila berasa tidak selesa pada tekak.
4- Elakkan menjerit

Menjerit akan meningkatkan hentaman pada kedua belah peti suara. Ini akan meningkatkan risiko kecederaan atau kerosakkan pada peti suara.
5- Elakkan bercakap ditempat yang bising
Elakkan dari bercakap di tempat yang bising seperti pasar dan stadium. Ini akan menyebabkan kita terdorong untuk menjerit bagi mengatasi bunyi bising serta memastikan mesej dapat disampaikan kepada pendengar.
6. Elakkan bercakap dalam tempoh yang lama
Berhenti bercakap apabila tekak mula berasa perit atau letih. Keadaan ini adalah petanda suara telah digunakan secara maksima. Penggunaan peti suara yang berlebihan boleh mendatangkan kecederaan atau kerosakan pada otot peti suara yang nipis.

Petua lain:

1- Minum air asam jawa. Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.

2- Kemam strepsils/ Fishersman Friends dan yang seangkatan dengannya.



so korang, ada petua lain tak... jom sharing is loving :)


9 comments:

  1. shekshiii shangat.. hehehehe..

    tq share tips.. :)

    ReplyDelete
  2. Kalau Sya,Sakit tekak ni minum air aje la..lepas tu madu.. vco.. asam jawa tu x boleh nak terima rasanya..minum sikit,buang

    ReplyDelete
  3. wow mmg seksi suara serak2 ni.. suka dgr suara serak rani murkajee hahahaha tetiba kan.. pe2 pun good info jijah.. nnt leh ikut petua n nasihat jijah ni heheh

    ReplyDelete
  4. Moga cpt.sihat ya skt tekak tu..

    ReplyDelete
  5. Penah alami serak hmpr sethn ms form 3.smpi ada y kt sy ni ella..mgkn sbb ms tu selalu tidur mlm bwh kipas n x berselimut. Bdn jd sejuk smpi pg.tp lps pindah tmpt tidur, suara kembali normal...

    Wallahu 'alam

    ReplyDelete
  6. tq bg tips...oowh baru tahu..kena elakkan berdehem...masa sakit tekak ni la yang kita suka berdehem hehe

    ReplyDelete
  7. jijah amalkan minum pati delima gulsan
    in shaa Allah
    masa awal pregnant ri tu ciksu dmm plus sakit tekak,batuk, selsema, tp xnk ambil ubt.risau kan sbb tgh pregnant.ada pembca blog share suruh cuba pati delima.alhamdulillah. lps minum pening kepala semua hilang.morning sickness pon xda sampai la selamat bersalin

    ReplyDelete
  8. kalau akak sakit tekak,minum air suam je.jangan minum air panas atau air sejuk.tambah sakit nanti.hehe.

    ReplyDelete
  9. kadang kadang suka juga suara serak ala² rock gitu tapi bila tekak perit memang banyakkan minum air kosong je la

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!