Bersama pada waktu subur boleh meningkatkan peluang kehamilan. Waktu subur adalah hari-hari di dalam kitaran menstruasi di mana seorang wanita boleh hamil jika telur/ovumnya disenyawakan. Menurut banyak kajian klinikal, kebarangkalian untuk hamil adalah paling tinggi jika hubungan kelamin dilakukan 2-3 hari sebelum dan pada hari ovulasi berlaku. Rujuk entry sebelum ini Pengiraan Waktu Subur
Malangnya, tiada siapa boleh menentukan dengan tepat bila proses ovulasi sedang berlaku dalam tubuh seorang wanita. Bagi yang mempunyai kitaran haid teratur, banyak cara kiraan dan ovulation calendar tool yang terdapat di internet, tetapi ada beberapa tanda ketika proses ovulasi yang menandakan waktu subur seperti;
1. Cecair serviks akan menjadi cair seperti putih telur yang belum dimasak dan jumlahnya juga semakin banyak –wanita akan rasa ‘basah’ sepanjang hari. Lendir serviks yang cair ini boleh bertindak sebagai ‘pelincir’ yang memudahkan proses hubungan kelamin, dan juga merupakan sebahagian dari perubahan fizikal yang akan memudahkan sperma untuk berenang ke arah ovum bagi membantu persenyawaan
2. Peningkatan libido – kajian mendapati kebanyakan wanita lebih mudah berahi semasa ovulasi
3. Senak di sebelah bahagian perut (biasanya sebelah kiri/kanan) – kira-kira 20% wanita mengalami rasa senak/sakit di bahagian perut ketika proses ovulasi, ia dinamakan ‘mittelschmerz’ (painful ovulation)
4. Suhu badan – suhu badan meningkat sedikit ketika proses ovulasi dan akan terus meningkat sehingga haid seterusnya (kaedah ini memerlukan thermometer dan anda harus mengukur suhu badan setiap hari – tetapi ia dipengaruhi factor cuaca sekeliling, dan kurang reliable)
time subur ni kena 'overtime' sikit..hehe
ReplyDeleteha, mcm ni lah sya nak tau waktu subur..senang aje kan.. :)
ReplyDeletegood info... bleh praktik ni...heheh
ReplyDeletesejak period dtg lepas bersalin nie, jadi x teratur macam dulu je..susah nk tau bila waktu subur.. =(
ReplyDeletegood sharing! kadang-kadang orang belum kahwin pun kena tau jugak perkara macam ni. sebagai pengetahuan am dan boleh diguna kelak :)
ReplyDeletePerkongsian yang menarik. Info yang bagus bagi mereka yang baru berkahwin
ReplyDeletebc sbg pengetahuan =) heheh
ReplyDeleteorg bujang x hafal waktu subur ni ;-) hahaha
ReplyDeletekadang kadang confuse jugak ni
ReplyDelete