Thursday, May 7, 2015

Tempat-tempat Menarik di Cameron Highland


Akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Cameron Highland pada 30.4.15-1.5.15. Tu pun kebetulan cik suami ambil barang kursus di Lumut.

Perjalanan bermula dari Lumut-Tapah. Di sebabkan kami pertama kali pergi CH ni jadi ikutlah jalan Tapah ni. memang jalan bengkang bengkok sampaikan hakimi mabuk muntah dalam kereta. huuu -_- hujan juga sana. tapi sempat singgah;

1.Hutan Lipur Lata Iskandar, Tapah.
bestnya kalau dapat mandimanda air gunung. sejukk :)



perjalanan di teruskan Tapah-Ringlet-Tanah Rata. Di sebabkan hujan dan takut hotel full sebab keesokannya cuti Hari Pekerja, jadi kami terus cari hotel.Alhamdulillah menginap di HOtel SunBirds Tanah Rata, semalaman RM85! not bad lah :)


keesokkan pagi pergi tempat-tempat menarik di Cameron Highland ni antaranya:

1. Ladang Teh Bharat 


kami memilih Ladang Teh Bharat, Juga dikenali sebagai Cameron Valley.sebab lebih mudah untuk lawati berbanding ladang Boh kerana ia berdekatan dengan jalan besar.



2. Taman Agroteknologi MARDI 




Masuk seorang RM3 baya hakimi free.. sebelum pergi tamannya bergambar buat kenangan di sini. RM25 untuk gambar besar :)

Di sini boleh melihat bunga-bungaan beraneka warna, taman herba, buah-buahan, sayur sayuran, ladang teh, dan buah strawberry. serta taman rabbit. hakimi suka tengok rabbit!


dapat la makan jus strawberry RM2, strawberry coklat RM2 dan 1 pek strawberry RM6.

3. Big Red Strawberry Farm


The Big Red Strawberry Farm di Brinchang ini adalah tempat kita lihat tanaman strawberry sambil merasai beraneka hidangan seperti muffin, donut dan aiskrim berasaskan buah berkenaan. ada pokok kaktus, sayur sayuran juga. salad fresh!



4. Taman Rama-rama

Taman rama-rama di kawasan Kea Farm menempatkan pelbagai spesies rama-rama di samping reptilia lain seperti ular dan katak serta serangga seperti kumbang dan kala jengking. Masuk RM5 dan baya hakimi free. 




masa masuk ni hakimi tido. gagahkan juga dukung dia.. bila mama papa sibuk bergambar dia pun bangun. hehehe



Bee Farm depan sikit dari Taman Rama-rama. ni kami tak masuk..rasa macam tak penting..hehe


Itu je la antara tempat menarik yang sempat daku sekeluarga singgah di Cameron Highlands. Sehari memang tak cukup nak pergi semua tempat, lagi-lagi bawa anak kecil macam hakimi.meragamnya boleh mama jadi hulk!!

selain itu Cameron Highland ada tempat menarik lagi seperti:

-Lavendar Farm
-Kea Farm
-Cactus Valley -Lokasi Cactus Valley berdekatan dengan Big Red Stawberry Farm, peminat cactus boleh singgah sini.
-Muzium Time Tunnel
-Ladang Teh Boh Sg Palas


nak turun dari Brincang pula jem dan hujan. gagahkan juga untuk balik PD.. tak sempat nak beli cenderahati banyak-banyak. yang dapat seketul dua kotak teh Cameron Valley, fidge magnet, dan keychain.. tshirt tak sempat beli :(

air teh Cameron Valley sedapkan..wangii! harummmm~~




semoga berjumpa lagi Cameron Highland!!

16 comments:

  1. dah lama xpergi cameron.. last pegi new yaer thn 2013.. i love to be there. will repeat asap. hee.. terubat rinfu kt ch baca entry mama jijah. hehe

    ReplyDelete
  2. Rindu cameron laaaa....
    Macam nak pegi laaa....
    last pergi 2014

    ReplyDelete
  3. seronok kan ke cameron..sehari tak cukup.mesti borong teh, strawberry, kaktus,sayur²..hihi

    ReplyDelete
  4. wahh murah hotel tu .. ok la .. ssh gak nk dpt hotel yg murah kat sana ... mesti rm100 ke atas wlupun budget hotel

    ReplyDelete
  5. wahh murah hotel tu .. ok la .. ssh gak nk dpt hotel yg murah kat sana ... mesti rm100 ke atas wlupun budget hotel

    ReplyDelete
  6. Seronok bercuti... sy jg yg xsmpi2 lg kt ch ;)

    ReplyDelete
  7. Pernah g cameron..tp ada yg xsempat g semua tempat tu..t plan nk g lagi..

    ReplyDelete
  8. thanksss sahring..saya nak g ahad ni....:)

    ReplyDelete
  9. bestnya... lama xpergi cameron.. last pegi masa peknen kan haq..

    ReplyDelete
  10. nti nk rania ke sana pula hihi
    bestkan

    ReplyDelete
  11. Perghhh naik ikut Tapah..
    Serammm.. :) dengan jalan bengkang bengkok tu...

    Tp bila dah smpai CH terus hilang mabuk loya tadi tu kan :D

    ReplyDelete
  12. syoknya.. hari tu jeles ngan Ciksu gi sana. ni Jijah pula. hihihi.. bila turn Ros ni :)

    ReplyDelete
  13. thx for info, kea farm ade 2 taman rama rama, butterfly garden dan butterfly farm. agaknya yang mana satu best utk dilawati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dua ke..satu butterfly garden satu lagi bee farm..taman lebah..best lagi taman rama2

      Delete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!