Gastrik oh gastrik!! Seksanya bila sekali gastrik menyerang. Nak duduk atau baring pun serba tak kena.. Apa kata cuba elak untuk gastrik datang lagi dengan ketahui punca dan elak puncanya !!!!
GASTRIK berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang di hasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Ketika kita lapar atau badan memerlukan makanan perut akan merembeskan asid gastrik ini. Jika tidak dapat makanan di dalam perut maka asid gastrik ini akan menghakis dinding permukaan dalam perut.
PUNCA GASTRIK
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, akan dihingapi penyakit gastrik.
Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut. Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
- Merokok
- Meminum minuman beralkohol
- Jangkitan bakteria helicobacter pylori
- Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
- Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
- Gaya hidup yang tertekan (stress)
- Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik. Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.
Tanda-Tanda Penyakit Gastrik:
- Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
- Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
- Demam yang di panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
- Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
- Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
- Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan Penyakit Gastrik:
- Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
- Pastikan bila makan nasi (tengahari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum.
- Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
- Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
- Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dan lain-lain
- Elakkan makan terlalu kenyang
- Elakkan cuka, makanan yang pedas
- Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
- Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
- Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti Milk of Magnesia kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
- Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
- Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Jangan lupa jaga makan, jaga timing makan & ambil supplement untuk membantu pulihkan balik dinding perut yang sudah terhakis.
Supplement yang di syorkan untuk gastrik ni adalah SET GASTRIK SHAKLEE!!
1. ESP
Penting dalam pemulihan (elakkan susu). ESP membekalkan protin yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.
2. Peppermint Ginger Plus
Kombinasi 4 herba yang terdiri dari pudina, halia, jintan (fennel) dan bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik, loya, penghadaman dan sendawa. Ia melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
3. Alfalfa Complex
Sifat semulajadinya yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan mengurangkan keradangan. Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET GASTRIK SHAKLEE
CARA 1
Klik ke SET GASTRIK SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran melalui GDEX atau Citylink.
CARA 2
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Follow Instagram Shaklee :-
Your Health & Beauty Consultant
dulu kerap skt perut igt kn gastrik tp rupanya bukan... sbb alah pada certain makanan... ni nk dkt bkn puasa pasti ramai yg mengadu kena gastrik ;-)
ReplyDeleteNampak sakit kecil tapi bahaya juga ada gastrik ni. memang kena ikut jadual makan
ReplyDelete