Thursday, February 15, 2018

Doula Kelahiran Tak Selamat


Terkini, negara digemparkan dengan kes kematian seorang bayi akibat komplikasi kelahiran berisiko tinggi yang di kendalikan oleh individu yang tidak berkelayakan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Doula". 



[INFO] KENALI & HINDARI DOULA EKSTREMIS

Perkataan doula sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani purba yang membawa maksud “hamba wanita/female slave”.

Peranan mereka pula adalah sebagai PENEMAN/PENDAMPING sebelum, ketika atau selepas kelahiran seorang ibu mengandung dan keluarga ibu tersebut, disamping memberikan sokongan emosi dan bantuan fizikal.

Peranan doula :

1) Mengenal pasti pengalaman ibu bersalin adalah pengalaman bermakna seumur hidup

2) Untuk memahami fisiologi kelahiran dan memahami keperluan emosi ibu ketika bersalin.

3) Membantu ibu dan suami untuk persediaan kelahiran

4) Berada disamping ibu yang hendak bersalin diseluruh proses tersebut

5) Menyediakan sokongan emosi, sokongan fizikal dan apa-apa bantuan untuk si ibu ketika bersalin.

-----------------------------------------------------



Doula Ektremis

Apa yang mejadi kebimbangan kini adalah DOULA EKSTEMIS yang telah membawa ideologi melampau dan melepasi limitasi tugas dan peranan sebagai seorang doula sehingga mengenetepikan nasihat kepakaran doktor perubatan.

Ciri ciri doula ekstremis ini adalah;

1. Menasihatkan ibu untuk melahirkan anak di rumah atau "home birth"

2. Melanggar etika seorang doula

3. Menguatamakan wang ringgit dan mengenakan bayaran melampau sehingga mencecah 2 ribu ringgit.

4. Menyebarkan dakyah terpesong tentang isu kelahiran dan rawatan berasaskan perubatan moden dan sains.

5. Membawa idelogi sesat seperti ANTIVAKSIN

6. Aktif menyebarkan dakyah sesat di laman media sosial

7. Merasakan diri mereka lebih hebat dan berpengalaman berbanding anggota kesihatan walaupun hanya memiliki pengalaman dan pengetahuan yang terhad dalam bidang perubatan.




Katakan TIDAK pada proses kelahiran yang tidak selamat #SayNOtoUnsafeDelivery

Sumber: Berita Harian,
Public Health Malaysia


3 comments:

  1. Macam2 skrg ni ye.
    Hampir semua perkara nak diniagakan. Termasuk la yg melibatkan nyawa..

    ReplyDelete
  2. Lebih baik refer kepada yang lebih pakar. #SayNOtoUnsafeDelivery

    ReplyDelete
  3. salam..
    kenapalah nak risiko kan nyawa anak mcm tu je..
    lagi percayakan org biasa dr doktor..
    peliknya lahai org sekarang ni.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!