"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak telah meninggal dunia disyaki Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan pada 28 Julai 2018. Kanak-kanak tersebut yang berumur 2 tahun 5 bulan, berasal dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah, Sarawak. Beliau mula mengalami demam pada 24 Julai 2018 dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada 25 Julai 2018. Selanjutnya kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Daro pada 25 Julai 2018 dan telah didiagnosa sebagai disyaki HFMD di mana beliau telah diberikan rawatan serta ibunya telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera jika anak beliau masih tidak sembuh.
Pada 27 Julai 2018 malam, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Daro dalam keadaan tidak stabil dan telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia di Hospital Sibu pada pukul 2:08 pagi 28 Julai 2018 dengan penyebab kematian adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dengan jangkitan HFMD. Sampel klinikal telah diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian."
Langkah berjaga-jaga berikut untuk mengurangkan risiko mereka dijangkiti:
a) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
b) Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
c) JANGAN berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu, dan sudu.
d) Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.
e) Basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya, yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak.
f) Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan.
g) Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain.
h) Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, jangan menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.
Nasihat kepada Ibubapa/ Penjaga
1. Penjagaan kebersihan diri;
2. Amalan cuci tangan yang betul;
3. Penjagaan kebersihan persekitaran;
4. Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska / tadika / tabika / pra-sekolah dan sekolah; dan
5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.
HFMD Alert!
Protect your children & protect others
Jika anda berminat, sila hubungi:
Azizah
Ig: @shakleebyazizah
Anda layak menerima:
➔ Jadual cara makan
➔ Dos yang betul
⇒Konsultasi percuma
sekarang ni macam-macam penyakit ada. kena berhati hati lagi-lagi penyakit berjangkit ni
ReplyDelete