11:16:00 AM
2nd Pregnancy Diary: 40 Minggu Yang Indah :)
11:16:00 AMHari ni 30.1.2016 Tarikh EDD ikut last period! Kalau tak bersalin juga lepas ni overdue la nampaknya.. Hari-hari kena pergi klinik.....
Hari ni 30.1.2016 Tarikh EDD ikut last period! Kalau tak bersalin juga lepas ni overdue la nampaknya.. Hari-hari kena pergi klinik.. huhuhu
Kalau boleh tak nak overdue sebab daku dah ada risiko 1 parut c-zer dulu, jadi doktor tak galakkan induce dan peluang untuk bersalin secara normal amatlah tipis.. sobb~~ hari-hari berdoa supaya berjaya VBAC nanti..
tapi nak buat macam mana, Allah lebih Maha Mengetahui. jadi terima lah segala kemungkinan yang ada nanti.. kun fa yakun!
Baby seronok duduk dalam perut mama lagi. semalam scan estimated 3.4kg!! fuhhh semangat kaoo~~ betul betul ikut jejak langkah abglong dia 3.59kg masa lahir dulu.. itu pun overdue seminggu..!!
Harap sangat dapat bersalin normal sebelum kena admit wad untuk induce atau doktor decide c-zer.. semoga Allah permudahkan.. Amin...
Doakan daku selamat dan kuat untuk mengharungi proses bersalin nanti samaada induce mahupun sebagainya..
"SETIAP ORANG ADA BAHAGIAN DIA MASING-MASING"
~Ya Allah permudahkanlah dan jangan kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala susah adalah mudah bagimu...
Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan dengan rahmatmu ya Arhamarrahimin... ~
Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan dengan rahmatmu ya Arhamarrahimin... ~