Jururawat Terlibat Dalam Kemalangan
3:50:00 PMBaru baru ni gempar seorang jururawat yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta viva degan satria yang berlaku di selekoh kg pa...
Baru baru ni gempar seorang jururawat yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta viva degan satria yang berlaku di selekoh kg pahang sungai soi berhampiran masjid.
Mangsa merupakan kawan sewad sahabat daku iaitu nurain binti muzer 30 tahun seeorang staffnurse yang bertugas di wad mawar 7B HTAA perubatan wanita.
Dimaklumkan mangsa dalam kemalangan mengandung 39 minggu yang tinggal menunggu hari saja dalam perjalanan untuk datang bekerja shift pagi. Hari kejadian merupakan hari terakhir mangsa bekerja kerana pada keesokkan harinya beliau terpaksa membuat pembedahan ELLSCS memandangkan bayi yang di kandung dalam keadaan songsang.
Allahu.. bayangkan ini merupakan bayi pertama beliau setelah 6 tahun menanti zuriat. Tapi takdir mengatasi semuanya, bayi yang di kandung mangsa sudah meninggal dunia di dalam kandungan dan mangsa kini di rawat di wad icu.
Alhamdulillah beliau dah sedar tapi mula mengigau menanyakan perihal anaknya..
Buat sahabat perjuangan..semoga tabah di bawah lindungi Allah. Anak itu menunggu kamu di syurga nanti.. inshaaAllah..