6:53:00 PM
Raya Aidilfitri 2017
6:53:00 PMBelum terlewat lagi kan nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN untuk semua. Salam kosong kosong ye..! Raya Aidilfitri 201...
Belum terlewat lagi kan nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN untuk semua. Salam kosong kosong ye..!
Raya Aidilfitri 2017 ini penuh bermakna buat kami sekeluarga kerana hadirnya cahaya mata baru dalam keluarga ku.. Alhamdulillah. Syukur Selalu! :)
Walaupun masih dalam pantang lagi, sempat juga mengenakan baju raya sedondon satu keluarga. Buat syarat bergambar katakan :p
Siapa kata dalam pantang tak boleh beraya?? Nasib lah dua dua belah keluarga kampung dekat dari rumah sendiri jadi dapat la beraya di rumah mak ayah sendiri kemudian ke rumah mertua. Dalam rumah duduk diam2 tunggu orang datang beraya. hihihi
Di kala orang lain makan sedap sedap, daku hanya makan berlaukkan sup sawi dan ikan singgang. kalau lapar makan la biskut cicah kopi. lepas pantang kita makan sedap sedap. masih mood raya lagi. raya kan sebulan :P
Raya kedua dan seterusnya berehat saja di rumah sambung balik pakai kain batik berparam dan pilis serta berstokin. turut kesian pada suami dan anak anak la sebab tak dapat berjalan raya. sob~~
Raya keempat suami dah mula bekerja.
Itu jer cerita raya kami tahun ni. Raya korang macam mana pula?? mesti meriah kan..?