Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah

Alhamdulilah... Tahniah! Pelakon yang manis bertudung Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmee...





Alhamdulilah... Tahniah! Pelakon yang manis bertudung Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman.




Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya tadi kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.

Irma Hasmie menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.




Pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.

Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.







You Might Also Like

20 insan comel komen

  1. sweet nie piccy nie..cantik sgt irma hasmie =)

    ReplyDelete
  2. wah..cantiknya dia.
    Ok sis jijah..smga cpt dpt baby! :)

    ReplyDelete
  3. sangat2 cantik..
    untung suami dia

    ReplyDelete
  4. @Cik tikah cantik sgt kan.. jeles! haha

    ReplyDelete
  5. @zuhaida sejak berhijab memang cantik!

    ReplyDelete
  6. @cik najihah haha cik najihah pon cantik..untung bakal suami najihah nanti :)

    ReplyDelete
  7. suka tengok irma. sweet je kan.

    ReplyDelete
  8. Ramai sangat blogger yg update pasal wedding Irma, :) apapun, Irma mmg sgt sweet.:)

    ReplyDelete
  9. satu lagi baitul muslim telah terbina...
    kak jiejah,moga2 kak jiejah cepat2 mengandung...mesti comel ja kak jiejah nanti...hehehe

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..moga kekal hingga anak cucu

    ReplyDelete
  11. sweetnye diorg berdua ni.. =)

    ReplyDelete
  12. tahniah Irma dan Reza..secocok deme nih..sama cantik sama padan ;)

    ReplyDelete
  13. Berseri je irma tu.... Muga dia bahagia...

    ReplyDelete
  14. @imantizz_truper hehe mane tahu comey? ngeee tenkiu syg.. InsyaAllah bila Allah beri rezeki :)

    ReplyDelete
  15. tahniah untuk irma dan redza..serius cantik dan berseri2..suka dgn tema majlis dia.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!