2:14:00 PM
Bayi Pramatang bayi pagi tadi
2:14:00 PMarghhhh.....baru ku sedar jam sudah menunjukkan jam 2pm. baru nak bangun tidoo.. giler kentang daku ni bangun lewat matahari dah terpaca...
arghhhh.....baru ku sedar jam sudah menunjukkan jam 2pm. baru nak bangun tidoo.. giler kentang daku ni bangun lewat matahari dah terpacak atas kepala. grrr!!
ini lah penangan orang syif malam. malam berjaga siang membuta. muahaha ^^
berkenaan entry jijah pagi tadi sejurus balik keje klik sini. ramai gak teka ya. pandai korang semuanya. ngeee~~
baiklah baby boy ni memang tak sihat. betol cakap nuyui dan kak halila baby ni tak sihat. tapi baby ni sebenarnya bayi pramatang. iaitu lahir pada usia 32week. masa lahir beratnya 1.2kg je. kecik yang sangat kan.
ni tekaan mereka-mereka. sipi-sipi je jawapan nya. hehe
kami sebagai nurse akan memantau berat bayi ni 2 hari sekali. sehinggalah berat bayi ni mendapat 1.7kg. dan baru boleh di benarkan balik. jadi ketika ini usia bayi ni dah sebulan dan berat 1.68kg. selain tu jika ibu tak cukup beri susu badan. susu tambahan terpaksa di gunakan untuk menaikkan berat badan bayi. pengambilan multivitamin juga di berikan kepada bayi ini.
masa ni jijah tengah mandikan baby boy ni lah. nampak tak tuala tu. oh ya. jijah main dengan baby je sebab jijah keje wad kanak-kanak. weee~~
kesian bayi ni. memang halus sangat. jijah nak mandikan pon takut. takut terlepas je. huhuhu tapi Alhamdulilah semuanya baik.
baiklah bayi pramatang adalah bayi yang di lahirkan sebelum 37 minggu.Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.





