10:48:00 AM
Bajet Isi Rumah Selepas Berkahwin
10:48:00 AMAlhamdulilah.. perancangan Allah tu Maha Hebat. jijah sudah melalui pengalaman pertama menguruskan rumahtangga bersama suami dan si keci...
Alhamdulilah.. perancangan Allah tu Maha Hebat. jijah sudah melalui pengalaman pertama menguruskan rumahtangga bersama suami dan si kecik.. Jadi, bila kami dah mulakan hidup bersama ni, daku uruskan semuanya.. bukan mudah rupanya nak handle sorang-sorang lebih-lebih lagi kita seorang yang bekerjaya dan suami pula jarang ada di rumah kerana belayar -_-"
Lama betul baru up entry ni.. Takpe lah yer daku nak share juga kelengkapan rumah/ bajet isi rumah bagi yang ingin memulakan hidup berumahtangga.. based on my experienced lah.. cerita setahun lepas.. sebagai kenangan dalam blog ni..hehe
Pertama sekali wajiblah cari Rumah Sewa!!
Kawan suami dapat draft semenanjung. so rumah sewa yang dia duduk dulu dia sewakan untuk kami pula.. apartment saja.. syukur :) murah pulak RM380 sebulan.. bukan mudah nak cari rumah murah kat sabah ni oit.. selalu owner akan minta deposit 2+1+utilities jadinya 380+380+380+100= RM1200. Nanti kalau jijah draft semenanjung jijah kena cari orang tanpa melalui tuan rumah sebab nanti dia nak naikkan harga rumah..
Kos wang: Rumah Sewa RM300-RM500.
Barang rumah di dapur
Ni paling penting.. senang nak simpan stok makanan, barang basah.. boleh main masak-masak.. lepas masak then panaskan balik.. so tak la membazir di situ.. hehe
Kos wang: RM800-RM1000
Dapur Gas/Rice Cooker

Bila dah ada peti sejuk, daku mesti nak masak punya untuk suami. takkan nak makan luar hari-hari kot. lagipon duduk tempat orang ni takut nak makan luar baik masak sendiri lebih baik. ala masak yang simple2 sudah. syukur ibu mertua kasi hadiah dapur gas dulu..
Kos wang: RM200 untuk dapur gas, tong gas, tubing..
Rak pinggan mangkuk [link]
Kena beli rak ni untuk letak dapur gas sebab rumah sewa ni takde kabinet/ tempat letak dapur gas. huhu hajat di hati nak beli kabinet kayu tapi pikir nanti susah nak bawa balik semenanjung maka lupakan. huhu rak ni pun memudahkan letak pinggan mangkuk kuali bagai tu.. yela bukan ada perabot pun kan..
Kos wang: RM100
Beli blender.. senang nak masak! tak dapat hadiah kawen pong.. huhuhu
Kos wang: RM90
hari tu masa balik kampung cuti berpantang nampak ada promosi jadi terus grab. pastu suruh suami bawa balik sabah. hahaha ini memudahkan nak guna air panas,air suam.. tak payah nak masak air lagi dah. hohoho
Kos wang: RM100
Lain-lain barang dapur macam pinggan mangkuk jijah beli jenis plastik je RM2 satu, sudu garfu,sudip,senduk, papan pemotong bawa dari semenanjung dulu.
anggar je kos wang RM100
Emm kalau nak set katil yang cantik dalam rumah sewa ni memang tak la. jijah ni kan hidup normad.. so kami sepakat pakai katil biasa-biasa je ok ape.. tapi ada anak tidur bawah bentang toto depan tv. hikss :p untuk almari pakaian [link] lebih kurang RM300
Kos wang: RM1000
Dan barang-barang rumah lain..
Dan barang-barang rumah lain..
Langsir [link]

Takkan nak biarkan sliding door tu tak bertutup pula kan. Jadi langsir bawa dari semenanjung ihsan dari mak punya. langsir ni untuk lebih kurang 3 sliding door. untuk bilik langsir beli lain.. huhuhu
Kos wang: RM100 la katakan
Kos wang: RM100 la katakan
Mesin Basuh
Kalau duduk seorang boleh la basuh pakai tangan je. ni bila dah kahwin cepat je bertimbun baju ni. suami jijah la ni suka tukar-tukar baju. tak larat nak basuh baju sendiri.. hehee nasib baik mak sudi bagi pinjam mesin basuh dia tu... bawa dari semenanjung dengan kereta..hehehe :p
Kos wang: RM300-RM500
Peralatan lain.

google
Peralatan lain ni macam mop,penyapu,baldi,gayung,alas kaki,bekas letak sabun,berus gigi mesti ada dalam mengemas rumah. beli kedai RM2 sudah.. semuanya bawak dari semenanjung..hehehe
Kos wang: RM50
eh maaplah daku tak beli perabot macam kerusi semua tu sebab susah nak bawa balik semenanjung nanti.. jadi ini rasanya barang keperluan yang penting dan asas.
huhuhu bila tengok wang kos semua kelengkapan mahu mencecah ribuan untuk memulakan hidup baru. dasyat kan. takpe slow slow. rezeki dah kahwin dan lebih-lebih lagi ada anak ni.. InsyaAllah sentiasa ada.
sekarang ni belajar berjimat belajar berdikari bila merantau ni.. tak gitu? hehehe harap-harap murah la rezeki tahun baru buat daku sekeluarga.. Amin..
sekarang ni belajar berjimat belajar berdikari bila merantau ni.. tak gitu? hehehe harap-harap murah la rezeki tahun baru buat daku sekeluarga.. Amin..





























