8:00:00 PM
Review Overall Majlis Tunang dan Akad Nikah
8:00:00 PMAssalamulaikum. ho yeahh! to be continue Majlis Akad Nikah jijah yang baru 2 bulan. ekeke :p ada yang muak ke. tak po la yer nak update...
Assalamulaikum.
ho yeahh! to be continue Majlis Akad Nikah jijah yang baru 2 bulan. ekeke :p ada yang muak ke. tak po la yer nak update gak! tak kira huhuhu ampun ya -_-" so layankan ajer. OP dah bagi cd,album nikah kat jijah. so boleh la nak letak gambar cantik cantik banyak banyak kat sini. kahkahkah
Review Majlis Pertunangan dan Akad Nikah Azizah & Syafiq
Bertunang
11.12.11/ 1.15pm
nenek asben yang sarungkan cincin :)
Akad nikah
11.12.11/2pm
Akad nikah yang sepatutnya berlangsung di dalam rumah jijah bertukar sebaliknya apabila tok imam selepas solat zohor dah siap tunggu di surau di hadapan rumah jijah untuk upacara akad nikah. huhuhu
tapi ok gak sebab kawasan surau tu besar. semua orang boleh tengok. :)
Alhamdulilah jam 2 petang jijah sah bergelar isteri kepada suami tercinta :)
nasib jijah takde baca taklik. just tandatangan borang nikah tu saja. fuh selamat.
kalau tak memang banjir la surau tu dek air mata jijah ni jer. jijah kan cembeng. hahahaha
terketar ketar masa nak sign borang nikah ni.
selesai akadnikah ni di surau. husband solat sunat syukur dan terus ke rumah untuk upacara pembatalan air sembahyang.
*****************************
1. Theme (Pink White)
huhuhu dekor,hiasan,bilik,hantaran,langsir semua warna pink. deko yang sangat simple.
2. Attire
Baju nikah warna off white baju kebaya moden butang belakang. ngam ngam dengan badan kecik molek daku ni. teheeee~~ muntah pink!! baju ni sewa je dari butik MUA. sewa sekali sepasang dengan baju melayu asben. veil,aksesori,crown,rantai,kasut,handbouquet semua dari butik MUA iaitu Suhana Bridal House depan bustand Pekan Port Dickson.
3. Makeup& Pelamin
Suhana Bridal House done all the makeup n design pelamin. sangat puas hati dengan mekap ni. sebab cantik sangat! muka jijah nampak lain daripada yang lain. teheeeeee~~
Suhana Bridal House done all the makeup n design pelamin. sangat puas hati dengan mekap ni. sebab cantik sangat! muka jijah nampak lain daripada yang lain. teheeeeee~~
pelamin indah :)
4. Photographer
OP ni under Suhana Bridal House jugak. ada 3 OP yang amik gambar jijah dari 3 posisi yang berbeza. best la gitu sebab baru ada view lain lain. hehehe letih jugak la nak senyum banyak-banyak. kredit photo OP dari Semiphotographer. klik LIKE Fb yer :)
5. Food
Makan tetamu x 200 orang (katering dari jiran)
- Nasi minyak
- Ayam Masak merah
- acar
- sayur campur
- ulam ulaman+ sambal belacan
- buah buahan
6. Khemah
1 khemah kerusi +meja sewa dari Raja. 1 khemah lagi pinjam dari surau.
7. Item Hantaran 9 vs 11
Dulang tembaga sendiri. Hantaran DIY sendiri
pemberian dari asben
pemberian dari asben
sebahagian daripada hantaran yang jijah buat sendiri untuk asben
- Sirih junjung
- kasut+stokin polo
- baju kemeja
- buah buahan
- kek
- bunga rampai+cincin
- tuala
- set wangian dashing
- sejadah
- kain pelekat
- set purse,tali pinggang
8. Bilik Tidur Pengantin
Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar seperti yang di harapkan. deko yang sangat sangat simple tetapi amat bermakna bagi jijah. seperti bermimpi kami sudah berkahwin :) Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam majlis nikah jijah.
menanti penuh debar majlis resepsi bakal menyusul lepas ni. wink3 ^_-
16 hari lagik! huhuhu





















