9:00:00 AM
Hamil Selepas Keguguran
9:00:00 AMSelepas melalui kesan keguguran yang di alami, anda boleh mula merancang untuk hamil lagi.. Kebanyakan orang tak tahu bahawa anda bo...
Selepas melalui kesan keguguran yang di alami, anda boleh mula merancang untuk hamil lagi.. Kebanyakan orang tak tahu bahawa anda boleh hamil di antara tujuh hingga 10 hari selepas keguguran terjadi. Biarpun ketika itu anda mungkin mengalami pendarahan, anda tetap mempunyai peluang untuk hamil. Hal ini kerana ovulasi boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dalam kitaran haid.
Anda boleh hamil semula selepas mengatasi keguguran dengan menggunakan kaedah bukan pembedahan. Tetapi sekiranya perlu melalui kaedah seperti dilation dan curettage (D&C) anda perlu menunggu sehingga satu bulan agar rahim sembuh sepenuhnya.
Kebanyakan wanita bimbang keguguran yang di alami akan menjejaskan tahap kesuburan. Oleh sebab itu seboleh mungkin mahu hamil segera apabila sudah bersedia dalam tempoh terdekat. Keguguran yang berlaku secara semula jadi tidak menimbulkan masalah berkaitan kesuburan. Sekiranya kitaran haid anda normal selepas keguguran terjadi, maka tiada apa-apa yang perlu di bimbangkan tentang kehamilan selanjutnya.
Apabila gagal untuk hamil selepas tiga kali kitaran haid, anda patut mendapatkan pemeriksaan doktor menerusi ujian. Ujian tersebut melibatkan suntikan khas ke dalam rahim. Suntikan berkenaan membolehkan doktor mengenalpasti sekiranya terdapat parut pada bahagian berkenaan. Hal ini kerana parut yang ada boleh menghalang tiub fallopio. Prosedur pembedahan mungkin perlu di lakukan bagi membaiki apa-apa yang tersumbat dan membolehkan anda hamil dan mampu mengandung sehingga cukup bulan.
Selepas keguguran...
1. Haid normal akan kembali seperti biasa selepas tiga hingga enam minggu.
2. Jangan berenang atau berendam dalam sauna panas
3. Jangan melakukan hubungan intim sebaik sahaja keguguran.
4. Anda mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah ari-ari sama seperti rasa sakit yang di alami semasa haid. Ia mungkin berpanjangan sehingga dua hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.
Perlu dimaklumi jika anda berjaya hamil, itu bererti rahim sudah bersedia untuk meneruskan kehamilan terkini.
Kajian mendapati kehamilan selanjutnya lebih sihat jika anda pernah mengalami keguguran mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga dan rakan rakan. Mengekalkan tekanan pada tahap minimum, sentiasa bersikap ceria dan berpandangan positif mampu menyempurnakan kehamilan yang diimpikan..
Alhamdulilah selepas dua kali kitaran haid dan tinggal bersama dengan suami, daku di kurniakan rezeki anak lagi.. syukur ya Allah..




