Virus Zika Tanda Dan Gejala

5:52:00 AM 2 Comments A+ a-


Pada sesiapa yang ingin mendapatkan zuriat, dicadangkan hasrat tersebut ditangguh dahulu. Gunakan kaedah perancang kehamilan buat masa ini. Mungkin agak sukar khasnya kepada pasangan baru berkahwin. Namun secara peribadi ia untuk menimbang kekhuatiran yang ada mengenai Zika ini..



Apabila seseorang ibu mengandung atau didapati mengandung dalam keadaan dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang janin didalam kandungan. Kesannya, bayi didalam kandungan berisiko tinggi menghidapi microcephaly. Iaitu saiz otak yang lebih kecil dari kebiasaan. Bayi yang menghidapi microcephaly, dikaitkan dengan pelbagai masalah ketika membesar kelak. Antaranya seperti masalah sawan, dwarfism (kerdil), kegagalan untuk bertutur atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti memegang, berjalan dsb.


Tanda dan Gejala



✔ Demam biasa yang tak terlalu tinggi suhunya
✔Ruam ruam badan
✔Pening kepala
✔Kurang selera makan
✔Muscle,joint pain
✔Mata merah



Langkah Pencegahan

✔ Banyakkan memakai pakaian labuh atau lengan panjang agar dielakkan dari digigit nyamuk. Elakkan pakaian berwarna gelap kerana pakaian gelap menarik perhatian nyamuk aedes. 

✔Pastikan rumah anda dilengkapi dengan ubat nyamuk atau kelambu.

✔Elakkan keluar dari rumah pada waktu senja/maghrib contohnya ke pasar malam atau kedai makan dsb.

Pencegahan kepada Zika ini bukan perkara baru. Zika tetap disebarkan melalui vektor nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes pula, bukannya benda baru di negara kita. Kita tahu, nyamuk Aedes membiak di persekitaran yang kotor dan bertakung air.
Spesis yang sama menyebarkan denggi, turut menyebarkan zika.

Denggi itu boleh membunuh. Manakala Zika, merosakkan zuriat. Marilah kita sama-sama membersihkan persekitaran rumah kita dikhuatiri ada sarang-sarang Aedes yang mendedahkan kita kepada risiko Denggi dan Zika ini.

Cegah sebelum terlambat!.

Tiada Aedes, Tiada Denggi, Tiada Zika.

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

2 insan comel komen

Write insan comel komen
QasehnyaRania
AUTHOR
9/02/2016 2:50 PM delete

terima kasih jijah
peringatan bersama kan..

Reply
avatar
sya mimie
AUTHOR
9/02/2016 10:21 PM delete

Tkutkn.. Bg ibu2 yng sdang hamil, kna berjaga2 nmpknya..
Moga kita semua dilindungi..

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!