Hamil Selepas Keguguran

9:00:00 AM 25 Comments A+ a-




Selepas melalui kesan keguguran yang di alami, anda boleh mula merancang untuk hamil lagi.. Kebanyakan orang tak tahu bahawa anda boleh hamil di antara tujuh hingga 10 hari selepas keguguran terjadi. Biarpun ketika itu anda mungkin mengalami pendarahan, anda tetap mempunyai peluang untuk hamil. Hal ini kerana ovulasi boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dalam kitaran haid.

Anda boleh hamil semula selepas mengatasi keguguran dengan menggunakan kaedah bukan pembedahan. Tetapi sekiranya perlu melalui kaedah seperti dilation dan curettage (D&C) anda perlu menunggu sehingga satu bulan agar rahim sembuh sepenuhnya.

Kebanyakan wanita bimbang keguguran yang di alami akan menjejaskan tahap kesuburan. Oleh sebab itu seboleh mungkin mahu hamil segera apabila sudah bersedia dalam tempoh terdekat. Keguguran yang berlaku secara semula jadi tidak menimbulkan masalah berkaitan kesuburan. Sekiranya kitaran haid anda normal selepas keguguran terjadi, maka tiada apa-apa yang perlu di bimbangkan tentang kehamilan selanjutnya.

Apabila gagal untuk hamil selepas tiga kali kitaran haid, anda patut mendapatkan pemeriksaan doktor menerusi ujian. Ujian tersebut melibatkan suntikan khas ke dalam rahim. Suntikan berkenaan membolehkan doktor mengenalpasti sekiranya terdapat parut pada bahagian berkenaan. Hal ini kerana parut yang ada boleh menghalang tiub fallopio. Prosedur pembedahan mungkin perlu di lakukan bagi membaiki apa-apa yang tersumbat dan membolehkan anda hamil dan mampu mengandung sehingga cukup bulan.

Selepas keguguran...
1. Haid normal akan kembali seperti biasa selepas tiga hingga enam minggu.
2. Jangan berenang atau berendam dalam sauna panas
3. Jangan melakukan hubungan intim sebaik sahaja keguguran.
4. Anda mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah ari-ari sama seperti rasa sakit yang di alami semasa haid. Ia mungkin berpanjangan sehingga dua hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Perlu dimaklumi jika anda berjaya hamil, itu bererti rahim sudah bersedia untuk meneruskan kehamilan terkini.

Kajian mendapati kehamilan selanjutnya lebih sihat jika anda pernah mengalami keguguran mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga dan rakan rakan. Mengekalkan tekanan pada tahap minimum, sentiasa bersikap ceria dan berpandangan positif mampu menyempurnakan kehamilan yang diimpikan..


Alhamdulilah selepas dua kali kitaran haid dan tinggal bersama dengan suami, daku di kurniakan rezeki anak lagi.. syukur ya Allah..




All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

25 insan comel komen

Write insan comel komen
eima
AUTHOR
3/05/2013 10:01 AM delete

take care ye ... TQ info ni aku pun tatau

Reply
avatar
ayut
AUTHOR
3/05/2013 10:55 AM delete

Alhamdulillah....jijah pernah mengalami dan kerana itu jgk jijah kini dberi rezeki anak semula..Bila sampai masanya pasti Allah akan beri...jg dri bek2x ye dear ^^

Reply
avatar
Zana Adieyza
AUTHOR
3/05/2013 1:31 PM delete

semoga jijah & baby sntsa sihat sehingga waktu bersalin nnti..

Reply
avatar
3/05/2013 3:04 PM delete

tp ada sesetengah kes trauma nak ngandung lg.. tp kalau xda masalah boleh je mengandung lg kan.. yg pnting hati tabah n berusaha

Reply
avatar
With Julia
AUTHOR
3/05/2013 3:20 PM delete

wah info bagus nih...yg ptg jgn putus asa...galakan dari suami dan org sekeliling amat main peranan :)

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
3/05/2013 5:43 PM delete

tak pernah gugur seklipon dalam 5 tahun ni..

Reply
avatar
Shida Radzuan
AUTHOR
3/06/2013 11:50 AM delete

wahhh betul ke bkesan ni :)

Reply
avatar
Shida Radzuan
AUTHOR
3/06/2013 11:50 AM delete

wahhh betul ke bkesan ni :)

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
3/06/2013 3:55 PM delete

tapi org cakap kalau pregnant lepas gugur i kena jaga2..sebab risiko akan gugur tue besar...(**pernah jadi kat kawan MV)

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
3/06/2013 4:38 PM delete

Alhamdulillah.. murah rezeki jijah kan.. baby nak dekat dgn abah dia la tu :-)

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/07/2013 11:55 AM delete

@QasehnyaRania itu kalau yg gugur kak.. tapi kalau belum di berikan rezeki.. Allah Maha Mengetahui..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
3/07/2013 11:55 AM delete

@Mrs Velentine yup kak.. jika rahim tak kuat..potensi gugur berulang kali akan terjadi jugak..

Reply
avatar
ayuxandra
AUTHOR
4/06/2013 9:51 AM delete

Bagi I positifkan diri Dan minda yg bnyak m'mbantu diri dlm kebaikan utk terus hamil....

Reply
avatar
Puteri Mama
AUTHOR
6/11/2013 11:16 AM delete

usu pn miscarriage pd 22/5/13, complte miscarriage...doakan jga utk usu k..moga lepas ni ada lg rezeki utk usu...amin..jg diri baik2 dear :)

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
6/11/2013 12:31 PM delete

@Puteri Mama InsyaAllah pasti ada rezeki usu lepas ni..jijah doakan yg terbaik!

Reply
avatar
9/23/2013 7:48 PM delete

Good info..sy br je keguguran awal bulan 9..doc ckp klo nk pregnant selepas 3 bulan..tp xsabar nk pregnant..3 bulan lama sgt..kira nya takde effect la pregnant awal..

Reply
avatar
9/23/2013 7:49 PM delete

Good info..sy br je keguguran awal bulan 9..doc ckp klo nk pregnant selepas 3 bulan..tp xsabar nk pregnant..3 bulan lama sgt..kira nya takde effect la pregnant awal..

Reply
avatar
@DeL
AUTHOR
12/11/2013 1:19 PM delete

Info yang bagus.. 2 x kaguguran dalam tahun ni.. the latest one awal bulan ni... hope dapat mengandung lagi dlm masa terdekat..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
12/11/2013 6:57 PM delete

@Shafinah Hairus seeloknya 3bulan la. tp jijah dulu 2bulan..hehe rezeki :)

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
12/11/2013 6:59 PM delete

@@DeL kalau dah 2x keguguran elok bagi rahim rehat dulu..

Reply
avatar
9/08/2015 11:44 PM delete

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

Reply
avatar
2/01/2017 12:34 PM delete

Salam sis..sy bru keguguran 14/1/17..ank sulung.. tp x buat dnc sbb dh complete..
Doc x pesan blh rancang..nurse klinik desa pula suh rancqng 6 bulan ambil pil perancang..
Tp lamenyer...
Mase masuk wad..doc pesan lpas ggur sy ggur..lgpon xda mslh skit k ape ..

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!