Al-Fatihah Untuk Dato' Sosilawati Lawiya

Kehilangan Misteri Dato' Sosilawati Akhirnya Terjawab Apabila Beliau Dibunuh Dengan Kejam Bersama 3 Yang Lain. Keempat-empat mereka dip...




Kehilangan Misteri Dato' Sosilawati Akhirnya Terjawab Apabila Beliau Dibunuh Dengan Kejam Bersama 3 Yang Lain.

Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.

Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu




AlFatihah..semoga roh arwah di cucuri rahmat Allah...



You Might Also Like

0 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!