Neonatal Jaundis
5:13:00 PMSalam kalian :)
memandangkan daku bekerja di Paediatrik Ward, daku nak berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan daku kepada kalian. sebab ilmu ni sangat berguna untuk kalian di luar sana jika mengalami masalah begini dan juga jika kalian akan berumah tangga..ilmu ni serba sedikit dapat menaikkan kefahaman kalian tentang masalah yang kalian hadapi..sharing is loving :) xbaik kan kedekut ilmu!
APAKAH JAUNDIS NEONATAL ???
Jaundis neonatal ni terjadi apabila paras serum bilirubin dalam darah melebihi normal menyebabkan bayi baru lahir mengalami kekuningan pada selaput mukosa dan di kulit semasa berumur kurang 28hari
KERNICTERUS ???
Kernicterus terjadi bila tahap bilirubin dalam darah tinggi dan mendap dalam sel-sel otak. Ia sangat bahaya terutama bagi bayi pramatang (tak cukup bulan ). Ini kerana mendapan ini boleh merosakkan otak dan menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh, sawan dan tidak dapat bercakap bila besar nanti.
APAKAH PENYEBAB KES JAUNDIS NEONATAL ???
Jaundis boleh terjadi akibat
1) Proses Fisiologi normal : iaitu bila bayi baru lahir masih tak mampu untuk mengkumuhkan lebihan bilrubin keluar daripada badan mereka.. terjadi pada hari ke3 selepas lahir dan hilang selepas hari ke7-10.
2) Ia juga boleh terjadi akibat Proses Patologi (penyakit) dan akibat lain seperti
1)Faktor umum :
Bayi premature
Kurang air
Darah yang terminum oleh bayi semasa proses kelahiran
Pemberian susu ibu : meningkatkan risiko jaundis
2)Pemecahan darah :
Kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi : ABo atau Rhesus incompatibility. ibu kumpulan O fetus kumpulan A,AB,B. kumpulan darah tak serasi
3)Jangkitan kuman (sepsis):
Jangkitan otak
Jangkitan salur kencing
Jangkitan dalam kandungan: herpes,TORCHES
4)Kesan metabolik :
Kurang hormon tiroid
Galaktosemia
5)Sumbatan pada aliran bilirubin :
Penyempitan salur biliari : biliari atresia
Jangkitan neonatal hepatitis
APAKAH TANDA GEJALA KES JAUNDIS NEONATAL ???
- jaundis berlaku beberapa jam selepas lahir
- urin(kencing) warna pekat dan berwarna air teh
- najis warna hitam
- demam jika ada jangkitan talipusat,talipusat bau busuk
- anemia-kurang darah
Keterukan jaundis neonatal boleh diperiksa dengan
- ujian darah venous dan kapilari(serum bilirubin)
- kumpulan darah ibu dan bayi
Pemeriksaan lebih menyeluruh oleh doktor mengambil kira
umur bayi : lebih bahaya jika bayi umur kurang 24jam
Keadaan umum bayi
- Penyebab jaundis
- Tahap jaundis @ bilirubin dalam darah
APAKAH RAWATAN YANG BIASA ???
Biasanya rawatan terbahagi pada 2 :
1) Fototerapi
Cahaya spektrum biru lampu khas dapat mengurangkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah 222microm/l. Ia akan diteruskan sehingga paras bilirubin menurun ketahap lebih rendah. Oleh itu darah akan sentiasa diambil bagi mengkaji keberkesanan fototerapi ini.
Kesan sampingan fototerapi
i. rashes akibat panas sinaran fototerapi
ii.jangkitan mata
iii.retinal damage
iv.kemandulan
2) Exchange Transfusion (ET)
Adalah prosedur bila darah bayi secara berulang-ulang dalam kuantiti yang kecil dikeluarkan dan pada masa yang sama diganti dengan darah penderma.Dengan adanya fototerapi , ET telah kurang diperlukan namun jika bilirubin melebihi 345 microm/l, ia mungkin akan dilakukan.
KOMPLIKASI NEONATAL JAUNDIS
- kernickterus
- mental retardation
- cerebral palsy
0 insan comel komen
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!