Tips Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang dia...




Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.


Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. 

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

InsyaAllah ^^







You Might Also Like

14 insan comel komen

  1. insyaALLAH..terima kasih jijah..

    ReplyDelete
  2. wahhh... baru je baca dari satu buku ni.. :)
    siapa yang tak penat kan. jadi , kita amek cerita ni sebagai iktibar dan sentiasa bersyukur kan. :)

    ReplyDelete
  3. thanks jijah.. akak nk ikutlah tips jijah ni...

    tips nk hilangkan serabut kpala otak ada tak... hahahaaa

    ReplyDelete
  4. terima kasih jijah...malam ni juga akak try...

    ReplyDelete
  5. terima kasih jijah...malam ni juga akak try...

    ReplyDelete
  6. dari dok mengeluh penat lebih baik kita berzikir...dapat juga pahala...

    ReplyDelete
  7. syukran :)

    p/s :eh akak nurse kat mane?

    ReplyDelete
  8. amalan yg baik untuk kita amalkan.. semoga kehidupan kita akn lebih bermakna lagi selepas mengamalkannya..

    ReplyDelete
  9. p/s: jom jijah join =)

    http://nuyuijoinsanesini.blogspot.com/2011/09/simple-lucky-draw-by-cik-purple.html

    ReplyDelete
  10. hehehe..apik akan try yer

    ReplyDelete
  11. Letih sangat nampak anak kucing tuu...

    ReplyDelete
  12. kucing ni comey kan kan...nmpk sgt letih..dan kita tak nak la letih macam tu dengan amalkan selawat ini...wee~~

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!