♥eMEDIK
♥Tips Pregnancy
anencephaly
folic acid
set kehamilan shaklee
shaklee
Asid Folik Kepentingan Sebelum dan Semasa Mengandung
4:00:00 PM
Daku nak kongsikan Kepentingan asid folik sebelum dan semasa mengandung. Harus di ingat ya folik asid bukan ubat ajaib untuk kesuburan tetapi membantu untuk kesuburan dan memberi faedah pada bayi dalam rahim.
-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.
Mengapa ia PENTING?
1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).
daku pernah jumpa kes baby anecephaly ni.
nak tengok gambar baby malang ni sila klik link ini bagi yang kuat semangat yer.
2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
-Sumbing lelangit (cleft palate)
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
Bila ASID FOLIK perlu diambil?
-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain
Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.
Wanita yang hamil atau yang merancang untuk hamil perlu mengambil multivitamin dengan asid folik setiap hari.
Ia adalah penting bagi wanita yang hamil untuk mendapatkan acid. cukup folik adalah bukti yang baik bahawa asid folik dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran yang tertentu, termasuk anencephaly.
1. B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress.
2. Vitalea
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
3. Vita C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. .
4. Ostematrix
Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu, ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
5. Omega Guard
Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEHAMILAN SHAKLEE
CARA 1
Klik ke SET KEHAMILAN ini dan membeli terus dengan Shaklee.
CARA 2
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant
71 insan comel komen
ishh...kesian nye bayi tu huhuhu...
ReplyDeleteJika ambil berlebihan ia memudaratkan tak?
ReplyDeleteheee..
ReplyDeletepernah gak dgr org y dh kawin n plan nk ada baby better mkn..hee..beli kat farmasi pn ada kan?
amin...moga jijah cpt2 ngandung..heee
perkongsian yang bagus untuk bakal ibu mengandung :-)
ReplyDeleteps: boleh tolong 'like' sesuatu?
dah kawin nanti bolehlah amalkan pemakanan asid folik ni kan..thanks jijah..bagus nurse ada blog ni.^__^
ReplyDeletebaru tau...
ReplyDeletejijah, ambil supplemen lain x?just for balancing ur nutrient.
ReplyDelete@WuMing jika amik overdose tak memudaratkan.. ia akn di keluarkan melalui air kencing..
ReplyDelete@MissRhana jijah takde amik supplement lain selain folic asid n vitamib B-compleks
ReplyDeleteibu mngndung perlu mnjg kesihtan dgn lbh teliti kan dear..
ReplyDeleteakak ambik dr tahu je peknen sampai dah nak bersalin..hihi.. time peknen akak sk mkn semua vitamin yg nurse bg.. maklumlah.. risau.. hihii
ReplyDeletep/s : jijah.. yg pasal bf tu kan.. kalu BMI akak yg xbrp nk cun ni.. still blh bf ke?.. xda effect apa2 ke?
jijah pas rara g kk kan.misi bg obimin je.tu x yah mkn asid folic ag eh?
ReplyDelete@IntaNBerliaN akak boleh je kak.. asalkan akak cukup tenaga nak susukan alisha.. sebab myusu ni mngunakan tenaga yg banyak.. tu je.. takde kena mngena dgn BMI kak
ReplyDelete@Cikpuan rara kak rara obimin tu dahh menrangkumi semua vitamin yg di perlukan masa mengandung.. tak payah pon xpe.. folik asid dah ada sekali dlm obimin..
ReplyDeleteerrr jijah, ubat ni mmg hanya utk org2 prgnt je ke?
ReplyDelete@MaYa MustWany xjugak! untuk org nak tambahkan darah..kekuatan tulang boleh jugak.
ReplyDeletebleh copy?
ReplyDelete@rizalmat boleh..sila2.. sharing is loving :)
ReplyDeletesy nak tanya kejap?doktor bg folic acid 5mg atau pun 400 mcg?confius saya..sukatan mana yg betul?
ReplyDeleteBakal Suami Yang Concern Untuk Isteri Dan Bakal Anaknya..
@jang83 Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mcg dan 5 mg (5000 mcg). Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5 mg sehari. Pengambilan 400 mcg juga mencukupi untuk keperluan seharian.
ReplyDeletesalam cikjijah..try bcompleks shaklee nak x? dalam tu ada acid folic dah..xyh amek smpai 2..
ReplyDeletehttp://goldenlounge.blogspot.com/2012/08/family-wellness-set.html
salam.. kak, sy copy+paste sket info yg ada ye.. tQ :)
ReplyDelete@Golden Lounge elok yer... kalau nak jijah gitau yer..hehe
ReplyDelete@aizu's life ok boleh... sharing is loving kan...
ReplyDeletesy da mkn ubt nie hampir sbln lebih tp disamping tu sy ada minum SD2...ada kesan x sekiranya sy meneruskan minum SD2..??
ReplyDelete@nurul SD2 kandungan dia ape yer..tu jijah tak tahu la yunk..
ReplyDeletethanx yaa dear, baru tau ^_^
ReplyDelete@iedaurora welcome yunk :)
ReplyDeleteHI, salam.. hani nak tanya iberet folic ( abbott) ni kaum kebarat asid folic ker? hani maybe prgnt..maybe sebab tak check lagi,,buat urine semua -ve ( maybe sebab buat ptg hari )... ada effect ker if hani makan iberet folic ( abbott ) ni? tq.... kalo rajin boleh reply kat ares_niza@yahoo.com :)
ReplyDelete@stichares kalau itu folik acid semua sama jer vitamin... cuma jenama jer yg membezakan :)
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSaya baru ja tau tentang asid folik ni,..kalau nk start makan perlu ke jumpa doktor dulu or terus beli ja kt farmasi? Saya da khawin tp still belum pregnant.. boleh bantu sy?
@Nurul Syuhada boleh je terus beli kat farmasi.. folic asid jer.. sebab ia jenis vitamin..
ReplyDeleteokey..
ReplyDeleteso sukatan mana y perlu sy amik 400 mcg or 5 mg (5000 mcg)?
terima kasih ye.. :)
@Nurul Syuhada Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mcg dan 5 mg (5000 mcg). Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5 mg sehari. Pengambilan 400 mcg pon mencukupi untuk keperluan seharian.
ReplyDeleteSalam,.. sy nk tanya lagi (maaf asyik tanya je) hubby sy ada belikan sejenis asid folik jenama Iberet Folic - 500, so sy nak tahu boleh ke sy makan sb sy xpregnant lg? sesuai ke?
ReplyDelete@Nurul Syuhada iberet selalu jijah dengar kalau kandungan dah besar.. tp sebab folic tak pasti pulak yunk.. try tanya farmasi yang beli tu..
ReplyDeletesalam kak...sy nk tny, sy ad ambil vit c after breakfast.. klu sy ambil asid folic ni lepas ambil vit c bleh ke? ataupun kene jarakkan masa pengambilan??
ReplyDelete@You and Me boleh.. tapi kenapa tak amik sekali folik asid gan vitamin c.. dua2 vitamin tu..
ReplyDelete@azizah :)
ReplyDeletesalam kak,, sy nak tnye..asid folic yg ssuai utk org yg lum pregy yg manae ek kak.. asid folic sahaj or iberet folic 500..?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete@Wany Lazzia kalau lum preggy rasanya asid folik saja.. sebb iberet tu dos kuat rasanya.. untuk kandungan dah besar leh la makan..
ReplyDeleteOwh..cm2 sy da slh bli lah..huhu..so bli yg asid folic sje ye..de yg jnis asid folic appeton...okey ke tu kak..
ReplyDelete@Wany Lazzia kalau dah beli teruskan je makan.. sama je fungsinya..
ReplyDeleteYeke..xde effect pape ea...
ReplyDeleteTq kak.. :) 4 ur info n sharing...
@Wany Lazzia vitamin mane de efek apa2.. bagus utk kesihatan gak..huhu
ReplyDeleteTumpang tanya. Saya berumur 20 tahun dan akan berkahwin ujung tahun ni. Boleh tak klw nak start ambil asid folic ni dr skrg? Dan brape dos perlu saya ambil?
ReplyDelete@ann zack boleh sangat mula dari sekarang... dia pon vitamin gak :) dos ikut lah yg ubt beli kat farmasi..sama je tu..
ReplyDeletekalau suami makan asid folic ni blh ke?
ReplyDeletekalau boleh,untuk ape yer?
nak tnya...suami boleh tak makan asid folic ni?
ReplyDeletekalau boleh,apa faedahnya yer?...
tq...
@Zaujah Ibnu Othman asiffolik tu untuk tambah darah..ia sejenis vitamin.. boleh je makan sesuai peringkat umur
ReplyDeleteTq sharing...sy keliru 400mcg n 5mg..
ReplyDeleteTp skang dah jelas,hihihi
Tq 4 sharing....info baru dpt sy pelajari...
ReplyDeleteInfo yang menarik.. boleh copy tak?
ReplyDeleteBlh ke mkn acid folic time period?tq;-)
ReplyDeleteBlh ke mkn acid folic time period?tq
ReplyDelete@Nur Naj boleh.. folic asid ni vitamin saja :)
ReplyDeleteSalam akak , wut will happen kalau saya makan 2 biji folic acid sehari ? Ada farmasis yang suggest ambil 2 biji sehari , pagi sekali , malam sekali .
ReplyDelete@sitiaisyah yacob biasa yg jijah tahu folik asid sehari sekali je.. mgkin brand lain kot..
ReplyDeleteAssalamualaikum... sya baru shaja dpt ubat acid folic dari doc pakar utk 3 bulan jga.. suami pun dpt ubat provironum utk 3 bulan jgk.. sya doa kn kak jijah dpt baby cpt.. n doa kn sya jga ye.. kami dh kwin nk msuk 1 thun tp xde rezeki lg.. Insya'Allah.. smoga d pmudahkn.. amin...
ReplyDeleteAssalamualaikum...tmpg tnye..mcm mne nk ckp dgn doc untuk dpt kn acid folic tu...sbb sy pn mcm awk jgak...da nk msuk 1taun kwen..tpi xd rezeki jgak...tlg sy
Deleteinsyaallah..aminnn
ReplyDelete^__________^
ReplyDeleteSetuju.... bukan setakat ibu mengandung jer perlukan Vitamin B lebih banyak daripada biasa tetapi juga Ibu Menyusukan anak perlukan Vitamin B lebih daripada biasa
ReplyDeleteAsid Folik juga dikenali sebagai Vitamin B9
Tapi kita biasa dengar ada orang yang tak mengandung dan tak menyusukan anak ambik Vitamin B kan? sebab dia nak jaga kesihatan kulit...
Kalau terlebih ambik Vitamin B pun takpe sebab akan disingkirkan melalui air kencing
@Cik Aien boleh beli kat farmasi.. cakap je nak beli folic asid
ReplyDeletefolic asid 5mg dan folic asid 400mcg,yang manakah dosnya lebih tinggi,dan sesuai untuk seseorang yang ingin mendapatkan zuriat.
ReplyDelete*saya kurang pengetahuan tentang istilah mg dn mcg.
Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mcg dan 5 mg (5000 mcg). Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5 mg sehari. Pengambilan 400 mcg pon mencukupi untuk keperluan seharian.
DeletePil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mcg dan 5 mg (5000 mcg). Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5 mg sehari. Pengambilan 400 mcg pon mencukupi untuk keperluan seharian.
DeleteSunward folic acid ok x..ke appeton lg ok..sya beli kt farmasi..
ReplyDeleteSunward folic acid ok x..ke appeton lg ok..sya beli kt farmasi..
ReplyDeleteHI kak nk tnye skit.. Husband sy blh ke mkn iberet folic 500mg
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!