politik
Parlimen Di Bubarkan Laluan Bagi PRU13
12:57:00 PM
Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.
sumber: Sinarharian
p/s:
Parlimen telah dibubar. Dengan rasminya semua parti tiada pembangkang, tiada kerajaan..
rakyat adalah ketua dan pembuat keputusan.
Selamat berkempen.. Selamat Mengundi. Jadilah pengundi yang bijak..
10 insan comel komen
hmmm time ni la nk minta duit dpt...kiki
ReplyDeletefirst time mgundi..hihi
ReplyDeleteboleh la kak jijah balik ni.. =)
ReplyDelete@eimahahaha macam2 dapat kan kak.. jijah pernah tgk 5thn lepas punya..
ReplyDelete@nuyui a.k.a miss YUI samalah kita yui.. tapi tak tahu dpt balik ke tak..huhu
ReplyDelete@aisyatak tahu lagi aisya boleh balik ke tak ni..huhu
ReplyDeleteshida pun sama yui..1stime mgundi :)
ReplyDeletejom tunaikan tanggungjawab :)
ReplyDelete@Shida Radzuan haah shida.. kita pon sama...heee marilah mari kita mengundi..hee
ReplyDelete@QasehnyaRania jom mengundi..hee
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!