♥eTIPS
♥Tips Pregnancy
Set Bersalin Shaklee
Tips Penjagaan Selepas Bersalin Pembedahan
8:00:00 AM
Bersalin secara pembedahan/Ceaseraen memang masa bersalin kurang sakitnya berbanding bersalin normal, namun yang tak best nya bersalin kaedah ini, sakitnya selepas proses pembedahan tu. Nak duduk susah, nak pakai bengkung susah, ada pulak tu luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau. Memang kalau dengar memang mengerikan dan mengilukan. Tapi semua wanita jiwa nya kuat dan tabah. Penjagaan bersalin bedah memang lebih rumit. Namun walau apa pun kaedah/ proses anda bersalin, penjagaannya masih tetap sama dan penting.
TIPS PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN
1. Bergerak lebih awal dan banyak bergerak
Melancarkan perjalanan darah dan membantu percepatkan penyembuhan luka
2. Makan makanan berzat dan seimbang
Makan makanan yang mengandungi banyak protin,mineral,vitamin,buah- buahan dan sayur- sayuran.
3. Minum air secukupnya
Buang toksin dalam badan.
Mengurangkan sembelit kerana ia memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda bertambah sakit.
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
4. Mengambil suplement zat besi dan multivitamin
Meningkatkan paras hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan anda.
5. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak.
Makan ubat tahan sakit (jika tiada kontraindikasi) untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.
6. Menyusu badan secara eksklusif
Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
7. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
8. Pakai bengkung
Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin.
Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus.
Mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda.
Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain.
Tanda-tanda jangkitan kuman selepas bersalin pembedahan;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang:
Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.
Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme.
Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.
Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim.
Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah
Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari.
Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.
Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut.Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.
Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.
******************
Amalkan Set Bersalin Shaklee..bekesan untuk kesihatan dalaman dan luaran
SET BERPANTANG SHAKLEE
ESP
membekalkan tenaga kepada ibu
🌸milkbooster
🌸bantu mnguatkan rahim
Vitalea
🌸sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu
🌸pelengkap nutrisi ibu
🌸bantu penghasilan darah merah setelah proses bersalin
Vitamin C
🌸 memepercepatkan penyembuhan luka
🌸membaiki sel rosak ketika proses bersalin
Alfafa complex
🌸mengecutkan rahim
🌸bantu buang angin dalam badan
🌸bantu banyakkan susu
Ostematrix
🌸elakkan sembelit
🌸melawaskan pembuangan air besar
🌸milkbooster
CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE.
CARA 1
CARA 2
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Follow: @shakleebyazizah
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant
p/s: Kite tak mintak bersalin czer melainkan Allah dah tetapkan ni bahagian yang kite kena lalui..jadi jangan la menghina kat orang yang bersalin czer ni sebab sakitnya tak dapat nak diluahkan dengan kata2...jangan fikir bersalin normal je yang sakit sebab bersalin normal sakitnya sekejap tapi bersalin czer bertahun lamanya menanggung... huhuhu :(
19 insan comel komen
kalau boleh semua wanita yang nak bersalin nak bersalin secara normal kan.tapi kalau dah tak boleh,kena ikut apa yang boleh kan.asalkan baby dan mama sihat :).ape pun thanks share ni jijah..orang yang berpengalaman je tahu rasanya kan.
ReplyDeleteentry ni memang bermanfaat.
ReplyDeletekawan Ros pun baru je bersalin secara pembedahan rabu lepas.. Ros boleh share ni dengan dia.. sebab dia tak berpantang kat kampung dia.. (kampung dia kat sarawak).. kitorang kat JB..
ReplyDeletemak yui berankkan adik bgsu scra pmbedahan..leh nmpk kesan awal2 tu..huhu
ReplyDeleteOrg yg da penah melaluinya je tau sakitnya mcm mana kan?
ReplyDeleteTq share info ni. Dlu ira x bengkung sbb sakit. Skg perut muncit cam org peknen..huhu..
terima kasih tuan tanah. Mmg bagus entry ni sbgi rujukan.
ReplyDeleteseram lak tgk mama dia nye luka czer.. rasa cam ngilu lak akak, hehehe.. actually mmg bnyk pantang nye kalo pas bersalin, akak pantang main2.. tak bengkung... sebab akak jenis tak tahan sakit... twin lak time tu banyak meragam.. mmg tak terurus, tak sempat nak baiki badan sendiri, mak akak pun tak menang tangan... tapi dah rasa kesannye kalo tak bertunku..huhuhu... sendiri tanggung la...
ReplyDeleteAKU TAK DE SAPE KOT YG AKAN MENGHINA ORG BERSALIN CZER KOT .. SEMUA NI KETENTUAN ALLAH... KLU KITA MENGHINA SEOLAH2 KITA MENGHINA ALLAH ITU SENDIRI
ReplyDeletesbnrnye org yg czer nih lg seksa tau sbb kne tahan skit lpas bslin..ksian tgk kalo y kne czer..
ReplyDeletemcm mak sy kak jijah, bersalin adik bongsu tu luka bedah adik yg 2nd boleh terbuka balik.. mcm mana entah.. sy pun tak paham sgt.. lebih kurg luka tu still lagi tak sembuh sepenuhnya.. huhu..tu pun selang masa 5 tahun..
ReplyDelete@eima ada kak yg menghina org yg bersalin czer ni..huu
ReplyDeletedulu2 ms ank dara kan, akak pnh cakap2 dgn kwn2 nanti nak bersalin operate sbb xsakit berbanding normal.. tapi bila akak dh kawen, akak rasa takut kalau bedah sbb takut xleh nak handle keje lain.. yela, sbb bedah ni akak rasa lagi rumit sebenarnya kan.. nak kene jaga lebih...
ReplyDelete@IntaNBerliaN betul kak.. mmg kena jaga betul2..
ReplyDeletenape la pertikai cara org lain bersalin
ReplyDeleteitu ketentuan Allah
thanks jijah share
@QasehnyaRania mulut2 org kak..huuu
ReplyDeleteAduhaiii..klu dh name ye beranak tu ttp jgk sakit yer..tak kira la ap bntuk pon..seram dgr..huuuu
ReplyDelete@ayut huu kan.. pape pon janji dua2 selamat..
ReplyDeletedan..sy pon baru bersalin secara c-ser.
ReplyDeleteorg kerapkali pertikaikan kenapa tak bersalin normal...kita hanya mampu merancang kan?
Saya pun ingin berkongsi pengalaman dan tips berpantang ceazer dan normal. Jemput visit http://vitamincerdik.blogspot.com/search/label/set%20berpantang
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!