Seminggu Kehilangan

Dua hari sebelum arwah abg meninggal. Hakimi dah demam panas dulu. Bila arwah meninggal baru terpikir ini mesti petanda arwah nak pergi d...


Dua hari sebelum arwah abg meninggal. Hakimi dah demam panas dulu. Bila arwah meninggal baru terpikir ini mesti petanda arwah nak pergi dulu. Cuma kita je yang tak tau..



Arwah meninggal kerana masalah jantung. Sampai sekarang daku masih tak percaya dia pergi dulu. Kak ipar cakap pagi tu arwah nak pergi mandi,boleh berjalan lagi dari tandas ke katil. Boleh sembang2 walaupun semput. Tak sangka bila doktor round semuanya hilang sekelip mata.. ikutkan minggu ni arwah nak pergi IJN operate jantung tapi tak berkempatan..

Allah sebaik2 perancangan..
10.1.15 makayah nak pergi sabah uruskan perpindahan daku. Masa tu arwah memang da masuk wad sebab sesak nafas. Tapi tak sangka 7.1.15 dia dah tiada. Ngam2 pula kenduri tahlil 3 malam sebelum makayah pergi sabah. Allahuakbar! Nampak tak. Nampak tak yang Allah nak makayah uruskan satu per satu. Saat daku dapat pindah semenanjung. Arwah pula tiada..

Arwah merupakan abg sulung dan lelaki tunggal dalam keluarga ku. Tinggallah kami berdua beradik perempuan. Adik pula tinggal jauh kat kedah ikut suami. Tu sebab makayah suka sangat bila daku dapat duduk dekat dengan mereka. 😢😢

Hari ni dah seminggu arwah meninggalkan kami sekeluarga. Satu per satu kenangan datang mengusik. Terasa betul2 kehilangan.. Walaupun begitu kami tetap redha atas pemergian mu abg..


Damailah engkau di sana. Bertemu penciptaMu. Semoga roh mu tenteram. Aman damai. Di ampunkan dosa2.. dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman.. al fatihah.. 




You Might Also Like

9 insan comel komen

  1. sedihnya bila baca.. al- Fatihah...

    ReplyDelete
  2. bertabah la jijah .....
    semoga arwah berada di kalangan org ug beriman ...amin

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah, semoga arwah tenang di sana. In shaa allah

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah.. maaf Jijah.. Ros baru tahu.. tabahkan hati yer JIjah..

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah.. Allah adalah sebaik2 perancang.. ada hikmahnya jijah dpt pindah.. dekat dgn keluarga.. semoga jijah sekeluarga tabah

    ReplyDelete
  6. takziah utk Jijah sekeluarga.. Sya & family pun pernah rasa kehilangan mcm ni bila adik meninggal sbb lemas.. sampai sekarang masih terasa pedih bila teringat..padahal dah 8 tahun berlalu.

    ReplyDelete
  7. alfatihah
    oo. adik jijah yg kerja penama tu dh nikah erk?
    kedah ddk dekat area mana?
    ciksu asal kedah. hihi

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah...semoga rohnya tenang di sana

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!