Pos Kereta Ke Sabah

Sebelum jijah nak posting ke Sabah hari tu...jijah dah pos kereta dari semenanjung .. kereta gerak 24.10.12 melalui kapal kontena.. su...


Sebelum jijah nak posting ke Sabah hari tu...jijah dah pos kereta dari semenanjung..
kereta gerak 24.10.12 melalui kapal kontena..
susah kalau takde transport kat sabah ni.. sementara nak tunggu kereta sampai kena la menyewa kereta orang.. mahal pulak tu.. sobsobb~~

dalam my PE, jijah siap letak mesin basuh, beg lugage, baldi, penyapu, dapur gas..
semuanya barang-barang kelengkapan untuk rumah..
jimatnya kan...hehe

harganya RM1900 hantar ke Port Klang..
apa yang di perlukan hanyalah geran kereta dan ic pemilik kereta..dan semuanya dia uruskan..



Alhamdulilah..barang-barang dalam kereta semuanya ada selamat! calar pon tak.. :)
syukur lah seminggu je dah dapat my PE jijah tu..rinduu wooo >__<
baru bebas bergerak ke mana-mana di Sabah ni... hehehe

kalau korang nak pos kereta dari semenanjung ke sabah/sarawak dan sebaliknya boleh contact Encik Rizal senang berurusan dengan dia...
:
:
v

Riztwo Trading n Services
0123312565



yehuuu~~ kereta plat Negeri Sembilan di Sabah bha...banggaaa!! hahaha~



You Might Also Like

56 insan comel komen

  1. mesin basuh yg besar tu pon boleh masuk ke???

    ReplyDelete
  2. mahal jgk ek..tp xpelah yg penting selamat.. =)

    ReplyDelete
  3. amboii nak dekat 2k tuu .. tp ok lah tu .. byk brg an ... hehe . boleh la pg jalan2 ronda2 sbh dgn hubby kak jijah .. aum3 .. hehe

    ReplyDelete
  4. murah tu.. MBB haritu tanya dalam 2ribu lebih

    ReplyDelete
  5. salam ukhwah...

    wahhh... pos keta ke sabah bah...

    polow awak tau..

    ReplyDelete
  6. akak ne lucu la..macam la baldi penyapu xde kt giant..eh,jgn giant mahal..gi buat kad CKS....murah sikit.wakakaka.tetiba...

    muat mesin basuh dlm tu?hahaha

    ReplyDelete
  7. wewiittt...persona elegance kita kembar..hikhik.Kak Zie auto nyer. coz kak zie bodoh bawa manual. haha

    haaa...pasni tak "patah kaki" lg dah jijah. hehe

    ReplyDelete
  8. wahhh..panjang lah langkah kan jijah..akak ni kereta pon x reti tauu..huhu..

    mahal jgak ek pos die, tp xpe janji selamat sumenyer..;)

    ReplyDelete
  9. @Mrs Lurve mahal kak.. pakai duit mak tu..huhuhu

    ReplyDelete
  10. @Nurul Faiz Bikers tak besar mane lah..ringan je..hehe

    ReplyDelete
  11. @~AmyLiana86~ tu la.. kalau terdesakk terpaksa jugak..huhuhu

    ReplyDelete
  12. @-meeSUPERGIRL- kalau tak ada yang lagi mahal tau yunk..huhuhu

    ReplyDelete
  13. @Shizan Syafik tengok company gak yunk.. ada mahal n murah..kena pandai cari...

    ReplyDelete
  14. @Eca Dwinky Asha muat kat tempat duduk belakang..hehee

    ReplyDelete
  15. @Zie Madini kak zie jijah pon auto.hehe kalau tak jenuh nak tempuh jem tu..hukhuk

    ReplyDelete
  16. @Nens Collection rugi la akak tak reti bawak kereta..huhuhu

    ReplyDelete
  17. muat pulak mesin basuh dlm tu ye jijah..hi..hi

    ReplyDelete
  18. macam murah je kak.. sebab dulu bapa cakap atas 2k.. ingatkan nak bawa Si Kancil kt rumah nk guna kat sini.. tp last2 beli kereta 2nd hand je, drpd htr kereta ulang alik.. lgpun senang sikit ade 1 kereta kat sini dan 1 lg kat sana.. senang nak keluar berfoya2 dgn kwn.. kahkahkah..

    p/s: tgk kak jijah kecik je tp boleh bawa kereta besar.. ni yg teringin nk kereta besar jugak *verangannnnn! blaja tak habis lg*

    ReplyDelete
  19. @Azzahmuat kak azzah dekat tempat duduk belakang tu..hehe

    ReplyDelete
  20. @aisya hehe biar beli sekali besar nanti tak payah nak beli2 kereta lain yunk...tu la bila nak balik semenanjung dah xde kereta..payah gak tu...huhuhu

    ReplyDelete
  21. betul tu kak.. huhu.. plan nye mcm tu jugak lah.. tp memandangkan skrg dh ade kete, kne tunggu kete tu dh betul2 takleh pakai dh, lgpun kete lama jgak tu.. smpat lah nk kmpul duit byk2 nk beli kete besar2.. insyaAllah.. =)
    *harap bukan angan2 mat jenin lah ye*

    ReplyDelete
  22. mak ai..mesin basuh pon sumbat.muat ke ? ? ?hahahahaha....

    ReplyDelete
  23. waaa..mahal jugak meh...Hoho~

    ReplyDelete
  24. selamat berada d Sabah kak. sy kt Tuaran jer. :)

    ReplyDelete
  25. laaa..dh posting dh jijah? ikut abg ke?

    ReplyDelete
  26. persona..sama ngan kita jga

    ReplyDelete
  27. @aisya takpe.. keje nanti beli sekali yang lebih besar.. baru berbaloi...hehe insyaAllah yunk..

    ReplyDelete
  28. @Nor Suhaiza muat yunk.. kat tempat duduk belakang tu..ala mesin basuh ni jenis yg kecik..

    ReplyDelete
  29. @laskar pelangi tu la tu.. terpaksa pos jugak! huhuhu

    ReplyDelete
  30. @다(da)양(yang) tuaran??? dekat dengan akak.. akak kat telipok..

    ReplyDelete
  31. @Niza Romli yer kak dah posting dah ikut suami kat sepanggar KK..

    ReplyDelete
  32. @khairul wah abg khairul pon persona? tapi persona abg dah mekap..hehe

    ReplyDelete
  33. jauhnya pergi kete tuu... hehe.. tp xper ler 2k pon berbaloi...!

    ReplyDelete
  34. @jaakechik tu la berbaloi kereta kita ada di sana..hehe

    ReplyDelete
  35. biarpun mahal tapi berbaloi juga kan... jadi orang sabah bah sudah dia.. heheheeheheh

    ReplyDelete
  36. @Riena Haiqal hehe apa kan daya mengikut suami...hahaha

    ReplyDelete
  37. wahhh ..mahal juga yer jiejah..huhuh..tp xpe sng nk bjln khulu khilirkn jiejah :)

    ReplyDelete
  38. @shidaR betul shida.. lebih selesa...hehe

    ReplyDelete
  39. :) sampai dah kete...blh dh tenang ckit pasni...hihihi

    ReplyDelete
  40. assalam, awk. di mana letaknya office encik rizal tu di port klang? dia memang ade office sendiri atau dia egen sahaja? selamat ke jika saya serahkan kereta saya pada dia utk penghantaran ke lahad datu?

    ReplyDelete
  41. assalam awak...office encik rizal yg hantar kereta awak ke sabah tu terletak di bagian mana port klang? north or south? sebab saya cari alamat company dia, takde pun di publish kat mne2. dia agen je ye? dia memang boleh dipercayai ke?

    ReplyDelete
  42. @alinboleh di percayai je sebab kereta jijah sendiri guna perkhidmatan dia xde masalah.. seingat jijah port klang kat north tak silap. campany tu tak pasti sebab masa berurusan gan dia tak g pejabat pon.. terus hantar kereta kat pelabuhan.. dia yg uruskan.. nak hantar ke lahad datu jijah xpasti la..

    ReplyDelete
  43. Saya ada contact jugak untuk hantar kereta melalui kapal RORO atau guna kontena (Kalau nak masuk barangan lain dalam kontena - sewa kontena terus). Namanya En Shahrizal, call aje dia di 019-3551239 utk maklumat lanjut. Servis dia terbaik jugak.

    ReplyDelete
  44. @Mohd Razali Abdull Razis tq bro.. t kalau nak posting semenanjung balik jijah call yg ni pulak..

    ReplyDelete
  45. assalam.. saya guna perkhidmatan ristwo jga. kereta calar, bumper depan jatuh, meter lari sampai 900km.. heran btul. barang2 dlm kereta ada yg hilang.. mgkin nasib saya. semoga ALLAH Saja dapat membalas perbuatan tu. kereta saya NCL juga...

    ReplyDelete
  46. @nur hayatie oh yeker.. alahaii sabar jelah yer..

    ReplyDelete
  47. kita kena declare barang2 dlm kereta x? takut smpai sabah hilang la

    ReplyDelete
  48. @kamel shukri kalau boleh ambil gambar barang2 anda tu.. mmg takut hilang..

    ReplyDelete
  49. Ingin menghantar kenderaan ke Sabah Sarawak atau Semenanjung Malaysia? Syarikat kami VENTURA TRANS AND SERVICES (IP0439441-T) Sedia menawarkan perkhidmatan yang pantas, selamat dan efisyen.

    Syarikat kami menawarkan perkhidmatan kapal RORO yang dapat membantu
    tuan/puan dalam urusan berpindah/ membawa kenderaan dari Semenanjung ke
    Sabah, Sarawak dan juga Labuan. Pihak kami juga menyediakan
    penghantaran dari Sabah, Sarawak dan Labuan ke Semenanjung Malaysia.

    Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut :

    § Port to Port (Penghantaran melalui pelabuhan)

    § Door to Door (Ambil di rumah & hantar ke destinasi)

    § Door to Port (Dari rumah hantar ke pelabuhan)

    § Port to Door (Dari pelabuhan & hantar ke rumah)



    *Harga tertakluk kepada kawasan pengambilan/penghantaran*


    Harga bermula RM1250 sahaja !!!

    Ventura Trans And Services terdiri daripada pasukan yang cekap,
    terlatih dan berpengalaman dalam penghantaran kenderaan.

    Kaedah pengambilan dan penghantaran yang lebih efektif dan efisyen
    dengan penggunaan Car Carrier di mana dapat mengelakkan penyelewengan
    terhadap kenderaan tuan puan. Lebih memuaskan penghantaran
    kenderaan hanya sekitar 4 hingga 8 hari SAHAJA !! ke destinasi tuan
    puan.

    Kawasan anda di Pedalaman ?? Kami turut menawarakan
    pengambilan/ penghantaran dari Sibu, Bintulu, Miri, Lahad Datu,Tawau, dan
    lain lain.

    Jangan bimbang kami ada untuk selesaikan masalah tuan/puan


    #MARI BUAT TEMPAHAN SEGERA

    #TIDAK PERLU DEPOSIT



    DOKUMEN UNTUK TEMPAHAN :


    * Salinan Geran ( Hadapan & Belakang )
    * Salinan Ic ( Hadapan & Belakang )
    * Surat bank ( jika masih dalam pinjaman )

    #Pastikan dokumen telah di SCAN @ berbentuk PDF bagi urusan tempahan

    hantarkan dokumen ke email :
    venturamalaysia5@gmail.com

    Untuk Makluman lanjut sila hubungi Hunting Line 0103851177 atau terus
    layari laman web kami : www.venturatrans.com.my

    ReplyDelete
  50. Maaf Puan Nur hayatie,

    Saya Rizal dari rizstwo trading and services 012-3312565

    Penghantaran kenderaan dari kota kinabalu ke tawau atau lahad datu menggunakan treller..kita ada cara untuk claim jika ada sebarang masaalah.pihak insurance akan cover untuk kerosakan yang besar.jika ikut kenyataan yang Puan berikan adalah calar dan bumper tertanggal..sila berikan butir-butir kenderaan dan bukti penghantaran untuk tindakan selanjutnye.untuk pengetahuan puan juga kos penghantaran ke sabah dan sarawak telah diturunkan dengan beza harga yang rendah.sila lawati.www.hantarkereta.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  51. Maaf Puan Nur Hayatie.

    Saya Rizal Dari Rizstwo Trading And Services,saya baru terlihat komen Puan,untuk makluman puan kapal dari pelabuhan klang ke sabah akan berlabuh di kota kinabalu sahaja,tentang jarak Km yang berlebihan akan saya siasat.Kami melantik inland carrier untuk penghantaran kenderaan dari kota kinabalu ke tawau,sandakan dan lahad datu atau sebaigainye..tentang calar dan kerosakan sila berikan butir-butir dengan tepat untuk tuntutan.Bagi makluman puan juga kadar tambang ke sbah dan sarawak telah diturunkan.sila lawati web kami..www.hantarkereta.com

    sebarang masaalah boleh terus email pada saya ke email...rizstwo@gmail.com

    Terima kasih.
    012-3312565

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!