Cabut Gigi Geraham Di Klinik Kerajaan

Dari mengandungkan anak pertama 4 tahun lepas asyik tangguh nak cabut gigi. gigi ni berlubang tapi setakat ini belum ada rasa sakit lagi. ...


Dari mengandungkan anak pertama 4 tahun lepas asyik tangguh nak cabut gigi. gigi ni berlubang tapi setakat ini belum ada rasa sakit lagi. jadi abaikan saja lah..

Baru baru ni tak boleh di elakkan lagi bila doktor gigi cek gigi ni dan tetapkan tarikh appointment untuk cabut gigi. balik tu bermacam macam pikir.. google sakit ke tidak cabut gigi tu..

Hari di nanti telah tiba. berdebar debar menunggu nombor di panggil untuk cabut gigi macam nak pergi berperang!



Nombor di panggil.. masuk bilik 2 doktor cek gigi geraham yang berlubang dan bagi injection untuk bius di tempat yang hendak di cabut. dan tunggu di luar kira kira 10-15 minit untuk bagi kawasan yang hendak di cabut kebas sebelum nombor di panggil kali kedua untuk cabut gigi..


Masuk je balik bilik untuk cabut gigi hati dah berdebar debar takut sakit punya pasal. doktor minta nganga mulut luas-luas dan mula lah proses mencabut gigi..tarik, cungkil, korek goyang untuk cabutkan gigi geraham yang berlubang. aduhai sakit juga tu walaupun sudah di bius. tak tahu nak gambarkan bagaimana.. cuma Alhamdulillah berkat zikir nabi yunus dalam hati, semuanya di permudahkan dengan sekejap.

Akhir sekali doktor minta kumur kumur. terlihat banyak darah dan doktor letak gauze di tempat yang berlubang itu. 

Setiap setengah jam daku akan kumur dan tukar gauze. 
Keesokkanya makan solid food saja, bila rasa dah sihat dah start makan nasi. kihkihkih

Dua hari dah betul betul sihat. kena rajin berkumur selepas makan sebab kadang kadang sisa makanan ada dalam lubang tu.. hahahahaha

Kos cabut gigi di Klinik Kerajaan hanya lah RM2.. :)




You Might Also Like

3 insan comel komen

  1. emy ni Kalau dah cabut gigi tu nak tunggu luka tempat dicabut tu alahai bercinta jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg takut tu.. jijah pun takut luka tak sembuh lagi

      Delete
  2. rs mcm byk laa pulak sy baca entry psl org cabut gigi hari ni... hehehe... tapi nama pun cabut gigi kan... sakit yg 'paling sakit' lps sakit beranak dan sakit mati...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!