Pengalaman Scaling Gigi

9:53:00 AM 6 Comments A+ a-


Di sebabkan ada temujanji dengan doktor gigi, terpaksa buat rawatan scaling atau cuci gigi ni.. kalau tak mengandung confirm tak buat! pastu tak tahu tebal mana karang gigi tu..hahaha

Scaling adalah kaedah pembersihan karang gigi atau plak dari permukaan gigi atau tempat yang sulit di dalam mulut . Karang gigi ni selalu berada di pangkal gigi, di celahan geraham. 

Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategik seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi. 

Apabila plak gigi bertukar menjadi kalkulus (tartar), penskaleran adalah perlu dan hanya boleh dilakukan di klinik gigi oleh doktor gigi. Oleh itu, lawatan ke doktor gigi secara berkala adalah cara paling baik untuk menghindar kerosakan yang boleh dilakukan oleh plak gigi dan kalkulus tersebut.

Scaling penting bagi kekalkan kesihatan gusi dan mencegah jangkitan kuman. Sebab itu lah kita perlu berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali sebab kalau berkerak, gusi gigi bengkak, gosok gigi akan berdarah. Ia juga salah satu penyebab mulut berbau. 







Bermula prosedur scaling, scaler dimasukkan ke dalam mulut. Bila doktor letak je pada gigi, terasa getarannya, terasa sakit dan ngilu. Fuhh...tak boleh di ungkapkan dengan kata-kata betapa ngilunya.. dalam hati berzikir banyak kali.. doktor pesan jangan telan air liur sebab takut kuman masuk dalam perut. tapi tak boleh tahan ngilunya secara tak sedar tertelan juga. proses berlaku lama juga sebab banyak karang gigi perlu di bersihkan. tu sebab bila daku gosok gigi asyik la berdarah.. 


Apabila selesai doktor bagi segelas air untuk berkumur. bila kumur keluar darah dan karang gigi.. Alhamdulillah bila gigi dah buat scaling baru rasa selesa dan licin dekat gigi..


Untuk buat rawatan di klinik kerajaan. Hanya perlu bayar RM1 untuk rawatan scaling ni tapi perlu dapatkan temujanji dulu. Nasib dapat doktor perempuan yang baik hari tu.. hihi:)


Next kena cabut gigi geraham yang rosak pula.. alahai.. getar lutut makk!

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

6 insan comel komen

Write insan comel komen
12/06/2016 12:19 PM delete

yui pun dh buat awal tahun .. nnti nk p lg.

Reply
avatar
eima
AUTHOR
12/06/2016 4:22 PM delete

jijah nk dapat baby lagi ke .... hehehe

ari tu buat juga scaling .... seram

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
12/07/2016 5:07 AM delete

Baca entry ni terus rasa nk pegi bt scaling gigi pula, sbb tak prnah sebelum ni, entah tebal mana la karang tu,hahaha.

Reply
avatar
sya mimie
AUTHOR
12/08/2016 5:04 PM delete

Bab nk jmpa doc gigi ni la rsa seram kn. Hehe

Reply
avatar
12/08/2016 11:11 PM delete

berkaitan dengan gigi memang menakutkan. bab ngilu tu memang tak boleh tahan.

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
12/13/2016 3:57 PM delete

rs mcm dah lama x buat scaling ni...

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!