Tips Melatih Anak Berjalan

Anaksoleh Hakimi start berjalan sebelum usia 11 bulan lagi. Di ikuti pula anaksolehah nur zahwa juga sebelum usia 11bulan dah pandai ber...



Anaksoleh Hakimi start berjalan sebelum usia 11 bulan lagi. Di ikuti pula anaksolehah nur zahwa juga sebelum usia 11bulan dah pandai berjalan! Alhamdulillah dua dua anak cepat berjalan walaupun ada budak lagi cepat dari itu. just nak share pengalaman melatih anak berjalan.. tapi harus di ingat lain anak, lain perkembangannya yer..


1. Anak akan lebih cepat berjalan kalau selalu latih dengan ibu bapa dia. Ajar la tatih 3,4 langkah dengan memegang kedua dua tangan dia. kena pegang sebab dia baru belajar mengimbangi dirinya.
2. Ajak husband pegang tangan anak lagi sebelah. Cuba untuk ajar dia jadi berani jalan dengan pegang sebelah tangan je. Anda boleh memegang tangannya sama ada berdiri atau melutut di depannya. Kemudian lepaskan tangan lagi sebelah dan biar dia tatih sorang-sorang. 
3. Latih anak berjalan tanpa jemu. jangan lupa beri pujian seperti tepuk tangan sebab usahanya untuk berjalan tanpa di bantu.
4. Pastikan ajar anak jalan atas tikar / carpet supaya bila jatuh tak la terlalu sakit.
5. Masa ajar anak berjalan, biarkan kaki anak tanpa stoking / kasut. Ni untuk memudahkan anak kita menyeimbangkan badan dan mengawal pergerakan. Lagipun anak boleh rasa jari-jari dia grab lantai dan dia akan lebih confidence bertatih.
6. Biar anak anda explore sendiri atas lantai. baby yang banyak explore sendiri lagi cepat merangkak, berdiri n jalan berbanding yang selalu kena dukung, duduk dalam buai
7. Doa ibubapa itu penting! Berulang ulang doa supaya anak cepat berjalan untuk memudahkan kerja anda :) Doa ibubapa kan mujarab! 


Sebenarnya, anak tidak perlu ‘diajar’ kerana mereka akan membuat keputusan sendiri berjalan apabila telah bersedia untuk berjalan. 

Jadi kita sebagai ibu bapanya tidak seharusnya membandingkan anak dengan anak orang lain, kerana setiap bayi berbeza tahap pembesarannya. Mereka harus belajar menerima seadanya.




zulhakimi zaim 11bulan


nur zahwa 11bulan




p/s: selamat berjalan jalan dengan baby! yeyyy~






You Might Also Like

11 insan comel komen

  1. Hakimi masa kat Sabah lagik...hahaha

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.

    bgs tips ni jijah..

    ReplyDelete
  3. seronok tgk budak² belajar nak bertatih.. hihihi.. tertonggeng-tonggeng nak imbang badan.. comel je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dear.. bila dah suka berjalan.. dia makin galak nk jalan je

      Delete
  4. Saya tak ada bini.
    Anak kecik kira tak dpt lah.

    Kalau ada anak boleh sjar berjalan.

    ReplyDelete
  5. wahhhh zahwa da pandai jalan!!!

    ReplyDelete
  6. seronok tengok baby dah pandai jalan.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!