♥eTIPS
Petua Untuk Memiliki Bibir Menawan
8:01:00 PM
1. Minum lapan gelas air putih setiap hari. Amalan ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah.
2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.
3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.
4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.
6. Hati-hati ketika memilih gincu. Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.
7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.
8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setiamu. Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, kamu boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.
9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering! Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.
10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir. Justeru, kamu tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.
11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.
12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.
13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, juga disarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain.
Mari amalkan...
31 insan comel komen
boleh diamalkan ni.. huhu..
ReplyDeletenice!!
ReplyDeletewah ! good tips yg boleh diamalkan..
ReplyDeletenice~! hahha
ReplyDeleteakan diamalkan dgn minum air.. hehehe
ReplyDeletetips yg bagus sis~ ;)
ReplyDeletepetua-petua..I like. Singgah sini sis...:)
ReplyDeleteelakan mgumpat..hehe
ReplyDeletekdg2 kerana lidah, bibir pecah..huhu
ReplyDeleteelakkan mengumpat tu yg penting .. hahaha
ReplyDeletennt mulut busuk mcm longkang :D
eh kak nk bg tawu .. akak ditag kt latest entri sy :)
ReplyDeletebibir yg mulus akan menyerikan senyuman yg menawan kalbu...manisnya senyumanmu terukir dibibir...(^_^)
ReplyDeleteaddin tak reti nak pakai lipstick ! uhuhu
ReplyDeletegud info. bibir kering sangat T______T
ReplyDeletebes2..
ReplyDeletennt fara cube hee
eiii
ReplyDeleteseksinya bibir he3
oh..air liur
lg tambah kering
baru tau
tips yang berguna..bolehlah diamalkan nak bibir macam angelina jolie seksi sangat
ReplyDeletenurhamizatulzullraooh: bibir angelina jolie sgt cantik kan! peh memang seksi. selamat mencuba ^^
ReplyDeletenk bibir seksi jgn ngumpat tau..hihi ;)
ReplyDelete@ayutsetuju tu :)
ReplyDeleteakk suka entry ni!!! sebab bibir akk memang jenis cepat sangat2 kering..
ReplyDeletennti nak cuba tips yg jijah bgtau ni.. mana tau berkesan kan.. tq dear!
tips yg bagus
ReplyDelete@Zana Adieyza selamat mencuba kak :)
ReplyDeleteThanks sharing cik misi. Misi kena brbibir indah agar pesakit senang hati.
ReplyDeletebibir ku dah munggil ckup menawan wakakaa..hihihi :P
ReplyDelete@Cinta Misteri haha pesakit pon budak2 jer..ngeee
ReplyDelete@shidaR terbaik la shida punya bibir..heee
ReplyDeleteboleh diamalkan.
ReplyDelete@Eca Dwinky Asha ^____^
ReplyDeleteakak, sy paling suke tips yg last skali tu. hehe
ReplyDelete@aisya hehe jom kita amalkan.. pasti bibir kita pon menawan kan..ngehngehngeh
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!