♥eTIPS
Tips Untuk Memilih Kasut Yang Sesuai
7:54:00 PM
1. Kasut mesti berpadanan dengan ukuran kaki anda.
2. Pakai kasut untuk berjalan atau kasut sukan yang lembut pada tapak bahagian dalam. Ia sepatutnya mempunyai bahagian atas yang diperbuat daripada kulit atau kanvas yang membenarkan pengaliran udara, untuk mengelakkan kaki anda berpeluh.
3. Jangan memakai kasut yang terbuka di bahagian hujung atau sandal yang mempunyai tali antara ibu jari dan jari kaki, kerana ia boleh mencederakan jari kaki anda.
4. Kasut anda hendaklah memuatkan ukuran panjang dan lebar kaki dengan ruang yang mencukupi bagi jari-jari kaki.
5. Elak daripada memakai kasut yang terlalu ketat, bertumit tinggi dan bahagian depan yang tirus kerana ia boleh meninggikan tekanan dan boleh menyebabkan kaki anda melecet.
6. Masa terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu petang apabila kaki anda berada dalam keadaan yang sedikit membesar atau bengkak. Jika kasut yang dipakai sewaktu kaki anda membengkak berasa selesa, ia pasti akan dapat memberi keselesaan pada sepanjang hari.
7. Lembutkan kasut baru secara beransur-ansur memakainya tidak lebih daripada 1 jam sehari selama beberapa hari.
8. Sentiasa memakai kasut dengan sarung kaki atau stoking untuk membantu mengelakkan kemelecetan atau kesakitan. Pilihlah sarung kaki yang lembut dan diperbuat daripada kapas atau campuran kapas dan gentian tiruan, yang akan membantu mengekalkan kekeringan kaki. Jangan memakai sarung kaki yang terlalu ketat di pergelangan kaki kerana ia boleh menyekat aliran darah ke kaki anda. Tukar sarung kaki atau stoking setiap hari.
9. Sentiasa periksa bahagian dalam kasut anda samaada terdapat benda-benda asing di dalamnya. Benda-benda asing ini boleh bergesel dengan kaki dan menyebabkan kemelecetan atau kesakitan.
selamat mencuba
23 insan comel komen
bagus2....tp sy beli dh kasut utk raya....hehe....yg no3 tu mmg slalu buat dh....huhu
ReplyDeletelbh selesa pakai slipar jepun cap pasar malam tu je.. haha
ReplyDeletetak suka melecetttt
ReplyDelete;) thanks 4 d tips
ReplyDeletewo0o0...kaki kita kembang waktu petang eh...nk kene beli kasut petang2 la nih...:)
ReplyDeleteYep2...penah dengar org ckp psl waktu terbaik untuk beli kasut...hurmm...tp, cs x beli lagi kasut raya...baju raya...sabtu baru nak terjah jalan TAR...hehe ;)
ReplyDeleteamboih...dh ada tips beli kasut dh... =)
ReplyDeletelecehnya kalau pkai kasut bru kaki melecet... =(
aah
ReplyDeletekalo pkai kst bru sure melect
hehee
Oooooooo...
ReplyDeleteNak pakai SELIPAR je lah..
Baru seploh hengget..
Ha-ha-ha:D
bagosnya tips..bell biasa pakai kasut sarung je..
ReplyDeleteazri pakai kasut lame je jijah :(
ReplyDeletetak dak luit nak beli kasut....
ReplyDeletebelanja kasut..???
tips ni sesuai untuk lelaki dan perempuan ke?
ReplyDeletekasut favorite saya ialah asics
ReplyDeletekasut raya tak beli lg...
ReplyDeletesuke ngn no 5 tu...hehehee...
kaki mudah melecet kalau pakai kasut agak ketat sedikit..
nicelah tips nih jiejah hehe ^_^ mst cuba!
ReplyDeletepemilihan kasut pn pnting utk mnjamin kesihatan kan kak ..
ReplyDeleteermm..rasa2 nk beli kasut baru la
ReplyDeletex jd pakai kasut lama hehe
tak suka pakai kasut yg buat kaki melecet..seksa betol nak berjalan2...huhu
ReplyDeletelebih selesa selipar...hahahaha
ReplyDelete@Mimie selipar o kasut flat kan..
ReplyDeletedah lama plak tak shopping kasut.. bila lah agaknya.. T_T
ReplyDelete@aisya samalah akak dik :) huhuhu
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!