♥eTIPS
Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai ANAK!
4:39:00 PM
Dulu sebelum mengandungkan hakimi sering kali terdengar orang cakap.. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan? betul.. time tu memang daku tidur sepuas puasnya.. pantang masa terluang.. aktiviti hanya tidur!
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak sangat yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas.
Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita tu, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. dan secara tak langsung kita mampu mengalasnya.. setuju??
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! macam sekarang bulan puasa.. hakimi ikut sama sahur dengan mama seawal jam 3 pagi!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.. kita lebih sanggup sakit daripada anak yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...hihihi
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan happy bila anak kita poo-poo! kalau anak tak poo poo sehari mulalah risau..
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! kadang2 tunggu anak tidur baru mandi.. kalau tak pun mandi tak tutup pintu.. hebat kan!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! kejutan dengan bermacam2 ragam anak yang mencuit hati..
**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda! setiap masa sangat bernilai dalam mendidik anak2**
14 insan comel komen
Memang segalanya akan berubah 360degree kan jijah..yang penting kehidupan yang lagi seronok :)
ReplyDeletebetl lah tu..
ReplyDeletebr bergelar ibu.. br beljr menjadi ibu.
tidak sempurna, cukup baik buat ank ku.
Banyak berubah..Tapi tetap happy..
ReplyDeletealhamdulilah...
ReplyDeletesygi anak anak sebb anakkan salah satu rezeki yg Allah bg
menjadi ibu adalah perkara terbaik dlm hidup aku
ReplyDeleteseronoknya Jijah..
ReplyDeletenikmat sebagai seorang ibu yang dinantikan oleh semua wanita.. Alhamdulillah, syukur untuk para ibu yang tabah mengahrungi kehidupan sebagai seorang ibu :) Moga ada rezeki juga buat Ros :)
ReplyDeletebesar dah hakimi..comel..jadi anak yg soleh ye utk mama..
ReplyDeletebanyak jugak ek.. betul2 kena ready mental & fizikal ni.. hehe..
ReplyDeletebila dah ada peluang dan kesempatan nnti hsna tak nak sia2kn..:)
ReplyDeleteye betul jijah...bile dh de ank memg byk yg berubah
ReplyDeleteni yg buat ciksu tak sabar sangat ni..
ReplyDeleteyang penting happy ;)
ReplyDeletebesar perubahan dia sebenarnya..shida blm kahwin pn mmg xckp tidur adehhh ~_^
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!