Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

Setiap hari isnin-jumaat 7 malam pasti dah tercongok depan tv tengok drama ni.. memang dah ikuti sejak mula jadi memang tak boleh nak lepa...


Setiap hari isnin-jumaat 7 malam pasti dah tercongok depan tv tengok drama ni.. memang dah ikuti sejak mula jadi memang tak boleh nak lepaskan drama ni. hahaha




sekarang ni konflik pula Indah dengan Tajul Razin. tetiba je Tajul Razin mengelakkan diri daripada Indah dan makin rapat dengan Ilyana lepas dia melamar Indah. bila tengok kesian betul kat Indah tu tau..

akibat tak sabar nak tahu apa akan jadi drama ni.. meh nak kongsi sikit sinopsis drama ni.. 


*************************************************************************

SINOPSIS DRAMA KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN


Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 

Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

sumber


p/s: siapa layan drama ni lagi?? cer komen sikit. hehehe
eh hensem juga kan si Tajul Razin tu bila senyum... ngeee~~


You Might Also Like

9 insan comel komen

  1. Ros memang ikut drama ni Jijah.. Masa gi Kursus seminggu kat putrajaya hari tu pun, teringat-ingat drama ni. nasib boleh tengok online. kikiki..
    masa mula-mula tengok drama ni, tak berapa minat Tajul Razin ni. bila dah lama tengok, memang sesuai dia bawak watak tajul razin , kan?, hihi

    ReplyDelete
  2. time berbuka ni je br sy lyn sblm ni x hehehe

    ReplyDelete
  3. layan jugak..kekadang terlepas tgk online je jijah..tak sabar nak tunggu habis :)

    ReplyDelete
  4. ayie layan juga tpy mmpu tgok online jerlah.. hehe

    ReplyDelete
  5. Eza minat sangat cerita nii. Heee. Best sangat... Heroin dia mmg happening.. sangat mencuit hati..Tapi la ni, Indah terima dugaan pulakk.. Huhu. Kesian tengok Indah sakit..

    ReplyDelete
  6. salam. nak cari novel ni..ehehe

    ReplyDelete
  7. Layan gak citer ni.
    Thanks share sinopsis. Baru la faham, nape Tajul Razin jauhkan diri.
    :)

    ReplyDelete
  8. akak tak tgk sgt tp bila baca entry ni baru paham cite... hihi

    ReplyDelete
  9. akak layan citer nih jijah..dh siap bis bace novel ktar nih....mood bercampur baur bila tgk drama ktar nih...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!