Perkembangan Bayi Minggu ke 36

36weeks= 5/8/13 Sekarang anda akan melahirkan anak anda dalam beberapa minggu lagi. Anda mungkin memikirkan apa yang dilakukan ...



36weeks= 5/8/13


Sekarang anda akan melahirkan anak anda dalam beberapa minggu lagi. Anda mungkin memikirkan apa yang dilakukan oleh bayi anda sebelum ia dilahirkan. Isi masa anda dengan pelbagai bacaan berilmiah mengenai bayi dan penjagaannya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Ruang untuk bayi bergerak di dalam perut anda semakin sempit. Bayi membesar sedikit perlahan sehingga dilahirkan kelak. Sebagai contohnya, bayi akan mempunyai berat sekitar 2.75kg dan panjang 21 inci atau 46cm tetapi apabila tiba waktu kelahiran kelak, berat bayi sekitar 3.4kg dan panjangnya sekitar 54cm. Sekitar minggu ini, bayi berkembang dan tiada masalah jika ia dilahirkan pada bila-bila masa mulai sekarang. Paru-parunya telah mula matang untuk bernafas apabila lahirnya kelak. Ruang yang sempit ini menyukarkan bayi untuk bergerak dan kadangkala anda tidak merasa ia banyak bergerak seperti sebelum ini.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. 

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan. 



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..

You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. Amin ya Allah. Baca blog kak Jijah dah macam belajar biology ^_^ Hope makin faham la. hehehe

    Insyaallah mudah-mudahan anak kak jijah jadi anak yang soleh dan solehah serta hafiz dan hafizah. Amin :D Kihkih rasa tak sabar pula XD miza pula yang excited

    ReplyDelete
  2. mesti kak jijah rasa tak sabar nak tunggu baby keluar kan? :)

    ReplyDelete
  3. baby dh kat bawah...tak lama dh tu :)

    ReplyDelete
  4. @Cik Chokie hehe InsyaAllah mudah2an... dia jadi anak yg baik..

    ReplyDelete
  5. @aisya mmg xsabar! tapi takut..hehe

    ReplyDelete
  6. @baby comel insyaAllah sampai masanya nanti yer..

    ReplyDelete
  7. @ayut yer ayut.. tak lama lagi ni..huhuhu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!