keluarga kecilku
penyusuan susu ibu
zulhakimi zaim
Luahan Hati.. BreastFeeding Journey~
9:00:00 AMThrowback kisah lama~~
Zulhakimi zaim dah fully Formula Milk sejak usia 3 bulan.. mesti ada yang judge daku ni mama yang tak guna! yang tak nak fully BF anaknya...
hoii.. jangan cakap ikut sedap mulut dulu yer.. daku tahu susu ibu tu memang susu terbaik di dunia.. even daku nurse sekali pun.. but i have my own reason...it's my baby.. not yours!
rezeki susu daku tak sehebat anda.. anda dan anda kat luar sana.. anda tak pernah tahu bagaimana keadaan daku.. pam/perah/pumping 1oz pun susah nak dapat! pelbagai usaha dah di lakukan tapi kalau bukan di izinkan Allah memang takkan ada rezeki susu..
siapa tak sedih bagi anak susu lembu.. sedih.. rugi sangat tak fully BF anak.. tapi tak kan daku nak biarkan anak daku kelaparan? susu FM pon rezeki buat dia cuma dalam bentuk berlainan..
walau apa pun daku bersyukur.. hakimi membesar dengan jayanya.. tak semestinya anak yang minum susu ibu tak sakit?? konon antibodi kuat?? dan tak semestinya anak yang minum susu FM itu sakit??
daku memang sokong penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun! beruntung pada ibu yang dapat menyusukan anaknya.. seronoknya tengok susu melimpah ruah!
mungkin dah bukan rezeki daku untuk fully BF hakimi.. daku harap anak kedua ni dan seterusnya daku dapat berikan titisan emas itu kepada mereka.. dan berharap even hakimi tak meyusu badan dia akan sihat,kuat menjadi anak yang soleh, bijak serta pandai nanti.. Amin..
pendidikan awal daripada ibubapa tu penting dalam mencorakkan anak-anak menjadi anak yang soleh.. in shaa Allah..
dan Alhamdulillah anak soleh hakimi sekarang sudah usia 2 tahun 3 bulan sangat bijak berkata-kata! sesuai dengan namanya pemimpin bijaksana.. Alhamdulillah ^____^
16 insan comel komen
jangan sedih jijah...biarkan apa yang orang nak kata semua tu kan rezeki, inshaAllah anak yang kedua dan seterusnya nanti boleh cuba lagi.
ReplyDeleteAkak anak yang ke-3 baru fully BF, yang pertama dan kedua, memang tak mahu susu badan. mereka yang tak alami memang cepat menilai, untunglah mereka ada susu melimpah ruah.
tak pe anak yang minum FM pun tak semestinya akan sakit sentiasa, dan tak semestinya anak2 ni tak pandai yang penting didikan kita kepada anak2
khennnnnnnn! itu semua rezeki Allah. Yg penting kita yg usahakan yg terbaik utk ank2 kita.
ReplyDeletedlm hati aida, x pernah pertikaikan apa pun bab breastfeeding.
ReplyDeleteaida breastfeed but bagi gak susu formula pada anak2.
kita ada la sebab kita, kan?
it is not up to other criticism.
moreover, dulu team support breastfeed tak sehebat skang ni.
dulu pun mana ada internet... kita dgn dunia kita aje :)
in shaa Allah. moga hasrat jijah tercapai ye.
Setiap.ibu pun nk yg terbaik utk ank2nya
ReplyDeletetp Allah lebih tahu ap yg terbaik.x ap lah...rezeki hakimi dapat susu ibu sampai 3 bln saja..insyaAllah ada rezeki lain yg lbh baik utk hakimi
ingat jijah dah bersalin..heheh..
ReplyDeletememang betul..
bukan kita tak berusaha..
dan takkan kita nak cerita detail usaha kita tu..
sebab orang takkan paham..
Jijah...faham sangat perasaan tu. Sebab imahpun bukan fully breastfeeding cuma ada rezeki untuk susukan Fayyadh sampi sekarang la. Tapi top up Fm jugak. Peduli la apa orang nak cakap. Semua parent nak yg terbaik untuk anak. Rezeki masing2 xsama kan. Terlebih dekt sana..pasti ada jugak terkurang dekat sini. Anak sihat & membesar dengan baik pun dah cukup Alhamdulillah. Abaikan je apa org cakap sbb kita dah usaha bg yg terbaik =)
ReplyDeletesabar ye....mulut org mmg xleh nk tutup..yang penting kte sbg ibu tahu apa yg terbaik utk anak2 kita... ;-)
ReplyDeleteyg geramnya, spesis2 yg memperlekehkan golongan2 BF ni... audyaiii... kenapa la wujud mereka2 ni....
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletein shaa Allah jijah. pasti ada rezeki utk nyusukan adik2 hakimi nanti.aamiin
insyaAllah jijah.. ada rezeki utk 2nd baby nnt.. semua ibu nak yg terbaik utk anak2 dorg kan.. haq awal2 kuar dr perut ibu dia lg dh minum susu hosp.. susu ibu xkuar2.. after 3 ari br la kuar tu pun skit2.. dh lama br ok..
ReplyDeleteAssalammualaikum jijah..
ReplyDeleteDon't give up ye. Mna thu ada rezeki buat adik hakimi. X semestinya ssu Fm x ok. Kita pula nti klau ada 2nd bby nk ajr fm skli. Bkn apa, klau pam pun dpt x seberapa,jdnk sulamkn dgn fm risau ada emergncy blh tnggal ank..
insyaALlah ada rezeki untuk baby nanti
ReplyDeletebetul tu kan..xleh nak kondem..rezeki masing2 kan :)
ReplyDeletekita mestilah nak yg terbaik untuk anak..
p/s JIJAH!!! ADA SOMETHING UTK JIJAH KT BLOG SY!!! CEPATTTTT ;-)
ReplyDeleteAlhamdulillah...setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak anaknya kan.
ReplyDeletealhamdulillah..ada org susu banyak.ada pulak tak berpeluang nak susukan anak dgn susu ibu.anak pulak alergik
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!