Implanon- Alat Pencegah Kehamilan

8:00:00 AM 13 Comments A+ a-


Apa itu Implanon???
"Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.

Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangat berkesan 99.9%. Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanon yang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semula selepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidak mengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.

Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.
Implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian. Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yang mana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.

Rod implanon perlu dimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, tapi kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjang pemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.

“Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.

Kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka.
50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid atau mengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yang normal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan. Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanon ditanggalkan.

Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempat sebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam di sekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanon ingin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.

Siapa yang boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.

Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.

Fakta mengenai implanon:

Berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.


Cara Pemakaian



Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yang tidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempat termasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.




All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

13 insan comel komen

Write insan comel komen
cik chinta
AUTHOR
10/25/2016 8:22 AM delete

jijah pakai ni ke elak preggy

Reply
avatar
Murni Alysa
AUTHOR
10/25/2016 9:05 AM delete

alahai seriau pulak saya tengok..hehhe

Reply
avatar
10/26/2016 1:48 PM delete

Mne de.. preggy lgi adalah yunk

Reply
avatar
10/26/2016 1:48 PM delete

Mne de.. preggy lgi adalah yunk

Reply
avatar
10/26/2016 1:49 PM delete

Hihihi macam ni la yui

Reply
avatar
10/26/2016 1:49 PM delete

Mula2 je sis.. pas pakai ok dah

Reply
avatar
10/26/2016 1:50 PM delete

Mula2 je sis.. pas pakai ok dah

Reply
avatar
nini
AUTHOR
10/29/2016 11:04 PM delete

Mcm takut plak tgk kaedah ni....hihi

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
10/31/2016 12:07 PM delete

seriau laa plak sy tgk

Reply
avatar
11/03/2016 3:27 PM delete

Menakutkan pulak rasanya.

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!