Bajet Persediaan Perkahwinan

7:03:00 PM 2 Comments A+ a-






Bagaimana hendak memulakan bajet perkahwinan eh? Tentu agak memeningkan kan? Aduhai....Setiap bakal pengantin sudah tentu mempunyai majlis impian kita sendiri kan. Berapa bajet diperlukan? Bagaimana pula hendak mereliasasikan majlis impian kita mengikut bajet?

Tip yang paling utama daku dapat ialah perlu rajin meninjau dan membuat perbandingan harga. Sekiranya perlu, kalian boleh buat sendiri (DIY) beberapa kelengkapan perkahwinan seperti bunga telur, gubahan hantaran, pelamin, dsb.. untung la kalau kalian kreatif....jimat la bajet...macam daku xpandai la kot...huhu

BAJET MINIMA (RM)

1 Yuran kursus pra perkahwinan ---- RM80 - RM100
2 Cincin tunang -- RM300 - RM400
3 Cincin kahwin --- RM800 - RM1000
4 Barang kemas ---- jika perlu
5 Wang mas kahwin ---- ikut negeri
6 Wang upah kadi --- RM150 - RM200
7 Kad jemputan kahwin - RM0.50/sekeping - RM1.00/sekeping
8 Setem untuk pos kad jemputan --- RM0.60/sepucuk
9 Wang hantaran --- ikut persetujuan
10 Sirih junjung ---- RM45 - RM60 (DIY lagi murah)
11 Kain ela ---- RM60 - RM80
12 Baju kurung --- RM80 - RM150
13 Telekung & Sejadah -- RM80 - RM100
14 Senaskah Al – Quran - RM15 - RM30
15 Beg tangan --- RM60 - RM150
16 Kasut --- RM60 - RM150
17 Jam tangan --- RM100- RM200
18 Set penjagaan badan --- RM40 - RM60
19 Set alat solek --- RM80 - RM100
20 Kek hantaran ---- RM80 - RM200
21 Buah-buahan --- RM30
22 Coklat --- RM20 - RM40
23 Potpurri --- RM20
24 Gubahan barang hantaran termasuk upah --- RM20 - RM40/dulang
25 Hiasan bilik tidur ---- RM800
26 Pelamin ---- (bahagian andaman)/ RM500- RM800
27 Bunga telur --- RM2.50 - RM5.00/batang
28 Bunga pahar
29 Gambar & upah jurugambar --- RM1500 - RM2000
30 Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja (bahagian katering) / RM350 1 kemah
31 Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga (bahagian katering)
32 Set makan beradap (bahagian katering)
33 Penanggah (bahagian katering)
34 Katering --- RM8 - RM11 /sekepala
35 Upah kumpulan kompang --- RM300
36 Upah DJ --- RM400
37 Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38 Kos tempat penginapan
39 Cenderahati untuk saudara dan sahabat -- RM1.00 - RM2.00/satu
40 Upah juruandam ---- RM1500 - RM3000


ni cuma anggaran~ selebihnya terpulang la pada kalian...daku pun masih mencari-cari,meninjau pelbagai bajet lain...
ok....adiossssss!

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

2 insan comel komen

Write insan comel komen
alinac lover
AUTHOR
6/26/2011 1:55 AM delete

Thanks share ye.. Sangat2 membantu :)

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
6/26/2011 2:06 AM delete

alinac;

mekasih dear..selamat mencuba!

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!