♥happy day we spent holiday together

4:18:00 PM 0 Comments A+ a-


salam kalian blogger :)


semalam aka kemarin...adalah sesuatu yg sgt SWEET untuk diingati...

apakan tidak.....dengan keadaan daku yang jarang berjumpa dengan hubby....daku senantiasa mengingati detik-detik indah daku bersama si hubby...Alhamdulilah DIA telah mengaturkan segala pertemuan dalam perhubungan daku yang terhebat ini....DIA juga telah membenarkan daku kekal bersama si kekasih hati sehingga ke tahap ini 8th anniversary...Syukur :)

dan detik yang terindah ini kami dapat meluangkan masa bersama-sama setelah bersusah payah untuk bertemu selama ini di sebabkan masing2 punya kerjaya dan tanggungjawab yang harus di pikul untuk masa hadapan. si hubby dengan kerjaya lautnyer di sabah nun di sana dan jarang-jarang untuk pulang ke semenanjung....dan pabila tiba hari dan masa yg di tunggu-tunggu, perasan sungguh indah untuk di gambarkan! kami meraikan dengan semangkuk aiskrim supaya dalam hubungan ini kami mengharapkan segala keindahan dan kemanisan yang tidak terhingga dalam hubungan kami ini...




ya...bila da sampai detik bersama ini..haruslah dinikmati sehabis baik saat-saat indah dan manis untuk di rakamkan supaya menjadi moment2 yang manis untuk di kenang...dan ini di buktikan dengan kegembiraan kami berdua! saat-saat sudah lama tidak berjumpa membuatkan daku begitu malu untuk bertentang mata...chewah :P


perasaan yang indah ini dilakarkan lagi dengan suasana di tepian pantai yang sungguh menenangkan hati jiwa lara yang gundah gelana saat terakhir bersama., dan ini sesuatu yang indah di lakarkan bersama! rumah api menjadi simbol detik-detik indah kami bersama semalam.

di kemuncak rumah api la segala-galanya...dengan pemandangan lautan luas yg membiru..sungguh kagum ciptaan Allah :) dan berharap seluas itulah cinta kami berdua!




di saat-saat akhir percutian hubby sebelum meneruskan kerjayanya di bumi sabah..daku mahu sentiasa menghargai kenangan terindah kami dengan meluangkan masa yang tidak terhingga bersama-sama. dan semestinya daku akan sentiasa merindui kenangan semalam yang tersemat dalam kotak ingatan daku ini....

daku berharap sangat agar rasa sayang dan cinta kami sentiasa mekar mewangi dan berkekalan hingga ke akhir hayat kami hendaknya..Insyallah.. :)

jadi, kepada kalian yang daku sayangi..doakan hubungan kami ini bahagia dan kekal hingga ke akhir syurgawi! dan harapan daku semoga daku dan hubby dapat menempuh liku-liku kehidupan yang mencabar dengan indah dan bahagia. semoga daku dapat meraikan hubungan kami sehingga ke 1 abad,2 abad dan sampai akhirnya nanti.... dan berharap juga dapat berjumpa hubby lagi pada percutian beliau akan datang...Insyallah :D


p/s~ sgt sedih bile kekasih hati mahu pulang ke tempat asal untuk meneruskan tugasnya :( apakan daya kehendak perkhidmatan....untuk mencari rezeki!


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!