Zikir Munajat Dan Zikir Taubat

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta ti...




سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar

اللهُ ، اللهُ ، اللهُ ، يَا اللهُ

Allah , Allah , Allah , Ya Allah

حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

تُبْنَا إِلَى اللهِ وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ وَنَدِمْنَا عَلَى مَا فَعَلْنَا

Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan

فَسُبْحَانَ مَنْ لاَ يَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ

Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya

وَمَنْ هُوَ فَوْقَ الْعَرْشِ فَرْدٌ مُوَحَّدٌ

(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang diesakan

مَلِيْكٌ عَلَى عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنُ

Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

لِعِزَّتِهِ تَعْنُو الْوُجُوْهُ وَتَسْجُدُ

Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajah-wajah)

حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar

مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَادِقُ الْوَعْدِ اْلأَمِيْنُ

Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

أَسْتَغْفِرُ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا

Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

إِلَهِيْ لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاً

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu

وَلاَ أَقْوَى عَلَى نَارِ الْجَحِيْمِ

Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

فَهَبْ لِيْ تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِيْ

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku dan ampunkan dosa-dosaku

فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنْبِ الْعَظِيْمِ

Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar




~Marilah kita berzikir~



You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. Alhamdulillah..salam jumaat :)

    ReplyDelete
  2. zikir yg plg mudah utk dihafal dan diingati

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tq Jijah, secara automatik semua pengunjung akan berzikir

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!