2nd Pregnancy: Tips Minum Air Gula (MOGTT)

Ujian air gula atau nama lainnya Modified Glucose Tolerance Test (MOGTT) dijalankan untuk mengenal pasti sama ada seseorang ibu mengandu...


Ujian air gula atau nama lainnya Modified Glucose Tolerance Test (MOGTT) dijalankan untuk mengenal pasti sama ada seseorang ibu mengandung tu menghidap diabetes@kencing manis semasa mengandung. Ujian ni selalu dibuat kepada golongan2 ibu mengandung yang berisiko seperti:


- sejarah keluarga yang menghidap diabetes (terutamanya ayah & ibu)
- kenaikan berat berlebihan bagi ibu mengandung
- kehamilan pada usia yang lanjut 


Biasa ibu hamil kena buat ujian MOGTT ni 2 kali dalam 14 minggu dan 28 minggu usia kandungan.

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

→Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak mungkin. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran. Mula puasa jam 10 malam
→Minum air gula dalam keadaannya suam. Sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
→Minum sekaligus air gula itu. Jangan minum sedikit demi sedikit kerana ini akan buat kita rasa loya.
→Selesai minum air gula, kumur mulut untuk menghilangkan kemanisan air gula didalam mulut.
→Jika mahu pitam,berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian.
→Selepas ujian darah kali kedua dijalani, jangan terus makan makanan berat. Mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti.


Pengalaman sendiri:

Minum air gula masa kandungan 24 minggu. itu je lah satu kali!
(Di sebabkan diri sendiri cik misi) Jam 8 am, minta kawan ambilkan darah pre MOGTT di bahagian lengan, then minum air gula kat wad. Air gula tu sendiri ambil kat wad bersalin. 1 pek 75gm gula dan bancuh dalam 250ml air.. 
Tunggu 2 jam, 10 am ambil darah balik untuk post MOGTT.


Result:


Berpuasa : 3.7mmol
Lepas 2 jam minum air gula : 4.4mmol

rendah pula??
nasib la tak kena repeat balik.. hohoho


Alhamdulillah bebas kencing manis masa mengandung!




You Might Also Like

11 insan comel komen

  1. bab ni paling best sepanjang mengandungkan....x tertahan rasanya

    ReplyDelete
  2. 2nd pregnancy pun kne minum air gula jga ke? kite doktor ckp xpyh pun utk anak kdua ni.

    ReplyDelete
  3. tak dpt bygkan acaner rasanya air gula tu ek

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah......kite pon free from kencing mansi gak..hihi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..lega bebas kencing manis tu kan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah sis tak kencing manis. Mesti baby nanti sihat-sihat jer dalam perut.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. ciksu yhg pertama mnm air gula kena bancuh sndiri jugak siap kena beli lagi.biasa je. xda la pekat, melekat sangat. cuma pening tu terasa juga.

    kali kedua baru dpt yg dlm botol, warna oren. sedap. hikhiks.

    so far keduanya alhamdulillah

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!