3rd Pregnancy Diary: Anak Dah Sepasang..Jantina Anak ke 3 Tak Jadi Masalah

Setelah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan, soal jantina anak ke tiga tidak menjadi isu besar. Tapi bagi mama rasa excited nak...



Setelah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan, soal jantina anak ke tiga tidak menjadi isu besar. Tapi bagi mama rasa excited nak tahu lelaki atau perempuan tu tetap tinggi. Untuk papa, tidak kisah lelaki atau perempuan janji anak sihat, cukup sifat dan selamat.


Jom check out!








1) Bentuk Perut.

-jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat melebar ke tepi dan pinggang anda terasa penuh.

-Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam meruncing ke depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.

=Mama rasa perut mama bulat. tak tajam pun =PEREMPUAN


2) Posisi Tidur. 

-Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. 

,-kalau suka mengiring ke kiri atau merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri kemungkinan anak perempuan.

=Tendangan lebih ke bahagian kiri= PEREMPUAN


3) Orang memuji anda. 

-Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik, suka bersolek dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

-Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.

=Muka tak berseri, mama sembap= LELAKI


4) Melihat garisan pada perut ibu.

-kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki

-kalau terputus..kemungkinan perempuan

=LELAKI


5) Mengidam

-setiap kali hamil bayi perempuan mengidam makanan manis, sayur sayuran, buah-buahan

-mengidam makanan berprotein n masin hamil anak lelaki

= Ok. memang suka manis-manis =PEREMPUAN

6) Guna Soda Bikarbonat

-Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.


-Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungannya ialah bayi perempuan.

=Tak try pula.. boleh gitu??



Agak-agak anak jantina apa lah ni kan?? hehehe
kalau lelaki selang bunga.. kalau perempuan boleh jadi kawan main kakak zahwa..
Mama sendiri pun tak pasti.. kepit kepit pula si kecik ni...
Lelaki atau perempuan mama terima seadanya.. janji sempurna, cukup sifat dan sihat!
Semoga Allah permudahkan bersalin nanti.. Amin..



You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. Betul tu..yang utama rezeki dari Allah
    JanjiKita

    ReplyDelete
  2. Yep betul janji baby sihat walafiat, apa khabar jijah dan anak2 lama tak menjengok kesini

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!