Tuesday, January 25, 2011

7 Tips Nak Kahwin Awal.



Assalamualaikum kalian...

Kahwin awal???
Tentu kalian pernah berbincang atau dengar-dengar tentang isu ini bukan.. Boleh ke? Sanggup kah kalian?? Adakah ia membawa kebaikan daripada keburukan?? Atau Sebaliknya??
Sebenarnya mestilah ada baik buruknya. Kebaikkannya ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri kalian dan pasangan. Lebih-lebih lagi ketika bercinta usia muda-muda ni darah muda memang sedang membuak-buak nak kahwin..Betul tak??? malu pulak kalian ni..ngeeeeee :-)
Berkahwin muda memang banyak cabaran berbanding berkahwin agak lewat. Tetapi jika mempunyai hasrat untuk berkahwin awal teruskan sahaja hasrat murni kalian tu. Tetapi haruslah lebih baik lagi jika kalian sudah membuat persediaan yang rapi sebelum melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

Ha...ini dia 7 tips yang boleh kalian penuhi terlebih dahulu jika kalian berhasrat ingin kahwin awal di usia muda :
  • TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup kalian berdua. Kalau kalian berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan kalian adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, kalian haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian kalian di mana-mana akaun simpanan.
  • TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
  • TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga kalian. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana kalian haruslah mampu menyakinkan mereka kerana kalian ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia kalian yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
  • TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan kalian dan tidak hanya mementingkan diri kalian seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga kalian itu.
  • TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan kalian setelah berkahwin nanti. Kalian dan pasangan kalian masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan kalian mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.
Akhir sekali di ucapkan Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan..dan berusaha lah yang terbaik dalam rumahtangga kalian itu..
Selamat Beramal :)
~ikhlas dari Cik Azizah~


5 comments:

  1. wahh, ada tips lagi.. meh nak baca untuk pengetahuan. hehe

    ReplyDelete
  2. thanks dear....

    jom baca2 tambah ilmu pkahwinan lagi...heeee

    ReplyDelete
  3. @nazrul~muda lagi tu....xleh dengar lagi ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam. Sy setuju. hihi. Kahwin bukan senang. Perkahwinan datang dengan tanggungjawab dan dugaan. Kalo cinta semata-mata tak mampu nak pertahan rumahtangga. Tx for the tips! :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!