Saturday, September 15, 2012

Tangisan di sisi mayat ibu





BAGAN DATOH: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.

“Dia ditemui dalam keadaan pucat dan terbaring di atas katilnya bersama bayinya yang menangis. Doktor yang memeriksa keadaannya selepas itu memaklumkan dia sudah meninggal dunia,” .

Menurut seorang lagi saksi yang enggan dikenali, dia terdengar tangisan bayi berpanjangan sehari sebelum mengetahui berita kematian guru berkenaan, namun dia tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Mangsa meninggal dunia lewat petang Rabu lalu, namun hanya diketahui jiran dan rakan yang ke rumah mangsa pagi esoknya. Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut namun turut menjalankan siasatan bagi mengesan jika ada unsur jenayah,” 

Difahamkan, mangsa dipercayai menetap di rumah berkenaan bersama bayinya yang berusia tujuh bulan, manakala suami bekerja di Johor Bahru.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Gajah petang kelmarin.


Innalilah... mati tak mengenal usia,tempat dan masa kan..
moga rohnya di cucuri rahmat Allah...


13 comments:

  1. kesian baby tu.. huhu
    semoga arwah ibunya ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman.. alfatihah..

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainaillahirojiun..
    semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
    sedihnya bila mengenangkan bayi tersebut menangis disisi mayat ibunya

    ReplyDelete
  3. kesian bayi tu..
    tapi sekarang nie banyak eiqa dengar mengenai kes mati mengejut..

    ReplyDelete
  4. innnalillah.. baru je tau.. kuarters ni sebelah je umah saya

    ReplyDelete
  5. @shizansyafik oh yer...tak sangka kan nak jadi.. moga rohnya di cucuri rahmat!

    ReplyDelete
  6. kesian giler dgn kejadian nih. kecik-kecik dah takde ibu :(

    ReplyDelete
  7. arwah tu kerja satu sekolah ngan adik saya...baby tu baby laki bukan pompuan..dia meninggal atas lantai bukan atas katil macam suwat kaboo tu citer...masa diaraong jumpa..baby tu tak menangis cuma dia kais2 mak dia...kesian..

    ReplyDelete
  8. @mizz miaizzati oh yeker.. biasalah surat kabar ni propa lebih yer..hehe kesiann kan..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!